Assalamualaikum..
Doa
ini adalah petikan dari buku " Ya
Allah, Jagalah Dia Untukku "
Aku serahkan penjagaannya padaMu ya
Allah.
Kerana kepadaMu hamba berserah diri.
Selagi dia belum halal untukku.
Selagi dia masih menjadi asing bagiku.
Ya Allah
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang
akan
menjadi sebahagian daripada hidupku
Seorang yang sungguh mencintaMu
lebih daripada segala sesuatu
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk
dirinya sendiri tetapi untukMu
Wajah kacak dan daya tarikan fizikal
tidaklah penting
Yang paling penting adalah sebuah hati
yang
sungguh mencintai kepada Engkau
Dan dia haruslah mengetahui untuk
siapa dan mengapa dia hidup,
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seseorang yang memiliki hati yang bijak
bukan hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya
mencintaiku
tetapi juga menghormati aku
Seorang lelaki yang bukan sahaja
memujaku
tetapi dapat juga menasihati ketika aku
berbuat salah
Seorang yang mencintaiku bukan kerana
kecantikanku tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi
sahabat terbaikku
dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku berasa
sebagai
seorang wanita ketika berada di
sebelahnya
Aku tidak meminta seseorang yang
sempurna
Namun aku meminta seseorang yang tidak
sempurna
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna
di mataMu
Seorang lelakiyang memerlukan sokonganku
sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan doaku
untuk kehidupannya
Seseorang yang memerlukan senyumanku
untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk
membuat
hidupnya menjadi sempurna
Dan aku juga meminta:
Jadikanlah aku seorang perempuan yang
dapat
membuat lelaki itu bangga
Berikan aku sebuah hati yang sungguh
mencintaMu
Sehingga aku dapat mencintainya dengan
cintaMu
Bukan mencintainya dengan sekadar
cintaku
Berikanlah sifatMu yang lembut sehingga
kecantikanku datang dariMu bukan dari
luar diriku
Berilah aku tanganMu sehingga aku selalu
mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatanMu sehingga
aku
dapat melihat banyak hal baik dalam
dirinya
Dan bukan hal buruk sahaja
Berikan aku kata-kata kebijaksanaanMu
dan pemberi semangat
Sehingga aku dapat mendukungnya setiap
hari
Dan aku dapat tersenyum padanya setiap
pagi
Dan selalu memberikan semangat untuknya
Dan bilamana akhirnya kamiakan bertemu
Aku berharap kami berdua dapat
menyatakan
“Betapa besarnya Allah itu kerana Dia
telah memberikan kepadaku
Seseorang yang dapat membuat hidupku
Menjadi sempurna”
Aku mengetahui bahawa Engkau
menginginkan kami
bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau
akan
membuat segala sesuatunya indah pada
waktu yang Kau tentukan.
No comments:
Post a Comment