Assalamualaikum
whb
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.. Sesungguhnya hanya Engkau
sahajalah tempat aku bermohon.. Semoga perkongsian ini ikhlas kerana Allah
swt..
Beberapa
hasil daripada forum perdana khas ini yang Aisyah nak kongsi:
::Ustaz Shaaari Abdul
Rahman::
1. Soalan
muhasabah
· Selama
hidup kita sampai hari ini sudah berapa sirah Nabi Muhammad saw yang telah kita
tahu?
· Setakat
mana kalau orang sebut Nabi Muhammad kita akan sambut dengan saw?
· Berapa
banyak sunnah Nabi Muhammad saw yang telah kita amalkan?
2. Sejarah
dan pengajaran zaman muda Nabi Muhammad saw yang boleh kita ambil iktibar iaitu Nabi
Muhammad saw diuji dengan pelbagai ujian tetapi bagaimana Nabi Muhammad saw
respon terhadap ujian tersebut? Kita tak boleh ubah takdir Allah tetapi kita
boleh ubah cara kita respon dengan takdir tersebut.
· Nabi
Muhammad saw kehilangan orang tersayang
-
Tabah dan sabar hadapi ujian
· Nabi
Muhammad saw yatim piatu
-
tapi Nabi hebat sebab rapat dengan orang tua
iaitu bapa saudaranya dan datuknya
· Nabi
Muhammad saw dalam dunia bisnes
-
Nabi belajar untuk senyum dengan semua orang
· Nabi
Muhammad saw mengembala kambing
-
Nabi belajar untuk kita mahukan kejayaan,
perlu ada misi ( padang rumput diperlukan untuk makanan kambing)
3. Ciri
Nabi Muhammad saw
· Pemimpin,
pemalu, rendah diri, kesihkan fakir, bergurau dengan sahabat-sahabat dan tidak
bercakap kecuali yang benar sahaja
4. Pengajaran
daripada Perang Uhud
· Nabi
Muhammad saw tidak menggunakan jawatannya sebagai kuasa untuk membuat
keputusan. Nabi Muhammad saw tidak memberitahu yang Baginda sudah
mendapat mimpi untuk bertahan dalam perang tersebut tetapi Nabi hanya memberi
cadangan untuk bertahan semasa dalam perbincangan. Walaupun cadangannya
ditentang, namun Nabi Muhammad saw tetap mengumumkan keputusan
perbincangan dengan bersemangat. Selesai perbincangan, tutup buku
dan jangan cakap belakang.
::Ustaz Ahmad Mustafa::
1. Kepimpinan
Nabi Muhammad saw dalam berkeluarga
Rasulullah Shallallahu’alaihi
Wasallam pernah bersabda:
“Sebaik-baik
kalian adalah orang yang paling baik (dalam bergaul) dengan keluarganya dan aku
adalah orang yang paling baik (dalam bergaul) dengan keluargaku”
2. THE
LOVE IS POWER SO LET’S LOVE NABI MUHAMMAD SAW
::::::::::::::::::::KESIMPULANNYA::::::::::::::::::
HARGAILAH NABI MUHAMMAD SAW
DENGAN CARA:
1. TAHU
AKAN BERTEMU ALLAH
2. TAHU
DI AKHIRAT KELAK, NABI AKAN BAGI SYAFAAT HANYA KEPADA ORANG YANG SAYANG NABI
3. BERZIKIR
DAN BERSELAWATLAH
No comments:
Post a Comment