Assalamualaikum..
9
ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
"Wahai
manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu
dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah
bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat
perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga
mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka
mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke
atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai
manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah
zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam
taqwa dan amal soleh.
Ingatlah
bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku.
Wahai
manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain
dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan
begitu seterusnya.
Semoga
orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka
yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "
No comments:
Post a Comment