Assalamualaikum
Sekadar
perkongsian sebuah kisah teladan pada suatu masa dahulu
Pada
zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi
menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia
mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkaat jala dengan menyebut nama
Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukim itu pun menjala
sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan
itu telah jaatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa
mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.
Melihat
hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal
dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah menunjukkan kepada malaikat
tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk orang mukmin itu, iaitu
syurga. Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak bererti apa-apa pun penderitaan
di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga”. Allah juga menunjukkan
tempat orang kafir kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah
tidak berguna apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah
neraka jahanam”.
Pada
hari Kiamat Allah tetap akan menolak
empat alasan atas empat sebab:
1. Menolak
alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata,
“Kekayaan
itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”.
Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi
Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.
2. Apabila
hamba sahaya berkata,
“Oleh
kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat
beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi
hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.
3. Apabila
orang miskin berkata,
“Kemiskinan
inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah
berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari
beribadat kepadaKu”.
4. Apabila
orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan,
“Penyakit
itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah
berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh
Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.
Sehinggakan
tiada orang lagi dapat memberikan alasan kepada Allah kelak di hari Kiamat.
No comments:
Post a Comment