Assalamualaikum sahabatku sayang..
Alhamdulillah Allah masih lagi bagi
kita peluang untuk bertaubat dan berdoa kepadanya.. Alhamdulillah.. ‘Nikmat
Allah yang mana lagi yang kamu dustakan??!!’
Hari ni nak bercerita mengenai
“Nobody can see us?”.. Speaking sekali sekala.. Alhamdulillah.. Allah ilhamkan
tajuk ini untuk dikongsi dan insyaAllah dengan izin Allah Aishah nak berkongsi
sedikit mengenai tajuk ni..
Waktu kecil dulu, Aishah selalu main
sembunyi-sembunyi dengan jiran Aishah. Ada yang menyorok dalam semak,
belakang pokok, belakang rumah dan yang paling Aishah suka dekat bawah
rumah. Tempat tu memang strategik tapi penuh dengan najis binatang.
Aishah tak kisah asalkan tiada orang jumpa Aishah kat sana. Tapi biasanya
kejap je sahabat jumpa sebab dah tahu tempat biasanya Aishah menyorok.
Nak ceritanya disini, klu kita main nyorok-nyorok tu pun sahabat kita yang
tidak guna kuasa apa-apa boleh jumpa kita, apatah lagi kalau dengan Allah yang
Maha Berkuasa?
Pernah tak ketika sahabat nak buat
sesuatu yang tidak baik bagi pandangan manusia, sahabat akan menyorok-nyorok?
Dengan harapan tiada siapa yang tahu? Mungkin masa tu kita lupa bahawa kita ada
Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tak perlu menyorok atau bersembunyi,
Allah sudah tahu apa yang kita lakukan. Usahkan yang luaran, perkara yang
terlintas di hati kita pun Allah tahu.
Allah berfirman dalam surah Al-An’am:
”Dan pada sisi
Allahlah kunci-kunci semua yang gaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia
sendiri. dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada
sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula). dan tidak jatuh
sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau
yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz).”
SubhanaAllah..
Maka takutlah ketika kita ingin
berbuat dosa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Cuba
kita andaikan, jika kita ingin berbuat sesuatu kesalahan pasti kita akan buat
dibelakang orang yang kita segani. Contohnya, apabila kita dihadapan ibu
yang telah melahirkan kita, kita akan cuba sedaya upaya untuk menjaga
hatinya. Begitu jugalah hubungan kita dengan Allah. Tidakkah kita
MALU jika kita berbuat kesalahan dihadapan Allah padahal kita sayangkan dan
cintakan Allah. Kita mengaku bahawa kita cintakan Allah, tetapi mengapa
tidak malu dengannya?
No comments:
Post a Comment