Sunday, January 26, 2014

Orang Mukmin VS Orang Kafir

Assalamualaikum

Sekadar perkongsian sebuah kisah teladan pada suatu masa dahulu

Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkaat jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukim itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jaatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.

Melihat hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk orang mukmin itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga”. Allah juga menunjukkan tempat orang kafir kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak berguna apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah neraka jahanam”.

Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan atas empat sebab:

1.      Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata,

 “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.

2.      Apabila hamba sahaya berkata,

“Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.

3.      Apabila orang miskin berkata,
“Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu”.

4.      Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan,
“Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.

Sehinggakan tiada orang lagi dapat memberikan alasan kepada Allah kelak di hari Kiamat.


Wanita Solehah

Assalamualaikum..

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya: 
“Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab:  
“ Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung:
“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
 sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”
(surah Al Ahzab:32) 




 “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”


“Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”


Setelah itu si anak bertanya ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata ”Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,
puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,
maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”

(riwayat Al Bazzar)

Biografi Rasulullah SAW


Wednesday, January 22, 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta 2

Assalamualaikum

SUKAN ANTARA FAKULTI 2013
16 NOVEMBER 2013

Mula-mula malu tapi mahu
Permainan Ragbi menjadi pilihan
Stadium Shah Alam menjadi medan
Suku Akhir menjadi pengakhiran



Kehadiran menjadi sokongan
Kekuatan mental menjadi pertaruhan
Tahniah untuk pasukan Softball



Tak Kenal Maka Tak Cinta

Assalamualaikum..

Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Siapa sangka persahabatan yang bermula dengan pelbagai dugaan
akan menguatkan persahabatan kita?

Siapa sangka pada awalnya dipenuhi dengan pelbagai prasangka
akan berakhir dengan satu kenangan yang penuh dengan kasih sayang?

Siapa sangka dugaan hujan lebat di Shah Alam
sebagai tanda rahmat Allah kepada persahabatan kita?

Siapa sangka dugaan berhimpit dalam kereta
akan mengeratkan persahabatan kita?

Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancangan.
Selagi kita percaya pada kuasa Allah, Allah pasti akan bersama kita.

Terima kasih for the best experience in my life

KEM INDUKSI KARISMA (JASA) UITM
1-3 November 2013

Love u all.. Semoga kita dapat bertemu lagi..










Pendakian Gunung Datuk, Negeri 9

Assalamualaikum..


Sekadar perkongsian gambar pendakian kami ke Gunung Datuk, Negeri 9.. Alhamdulillah selamat sampai tanpa ada sebarang masalah yang timbul.. SubhanAllah cantiknya ciptaan Allah.















Thursday, January 16, 2014

Ku Rindu Padamu ya Rasulullah saw

Assalamualaikum whb

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah tempat aku bermohon.. Semoga perkongsian ini ikhlas kerana Allah swt.. 


Beberapa hasil daripada forum perdana khas ini yang Aisyah nak kongsi:

::Ustaz Shaaari Abdul Rahman::

1.    Soalan muhasabah

·       Selama hidup kita sampai hari ini sudah berapa sirah Nabi Muhammad saw yang telah kita tahu?
·       Setakat mana kalau orang sebut Nabi Muhammad kita akan sambut dengan saw?
·       Berapa banyak sunnah Nabi Muhammad saw yang telah kita amalkan?

2.    Sejarah dan pengajaran zaman muda Nabi Muhammad saw yang boleh kita ambil iktibar iaitu Nabi Muhammad saw diuji dengan pelbagai ujian tetapi bagaimana Nabi Muhammad saw respon terhadap ujian tersebut? Kita tak boleh ubah takdir Allah tetapi kita boleh ubah cara kita respon dengan takdir tersebut.

·       Nabi Muhammad saw kehilangan orang tersayang
-         Tabah dan sabar hadapi ujian

·       Nabi Muhammad saw yatim piatu
-         tapi Nabi hebat sebab rapat dengan orang tua iaitu bapa saudaranya dan datuknya

·       Nabi Muhammad saw dalam dunia bisnes
-         Nabi belajar untuk senyum dengan semua orang

·       Nabi Muhammad saw mengembala kambing
-         Nabi belajar untuk kita mahukan kejayaan, perlu ada misi ( padang rumput diperlukan untuk makanan kambing)

3.    Ciri Nabi Muhammad saw
·       Pemimpin, pemalu, rendah diri, kesihkan fakir, bergurau dengan sahabat-sahabat dan tidak bercakap kecuali yang benar sahaja

4.    Pengajaran daripada Perang Uhud
·         Nabi Muhammad saw tidak menggunakan jawatannya sebagai kuasa untuk membuat keputusan.  Nabi Muhammad saw tidak memberitahu yang Baginda sudah mendapat mimpi untuk bertahan dalam perang tersebut tetapi Nabi hanya memberi cadangan untuk bertahan semasa dalam perbincangan.  Walaupun cadangannya ditentang, namun Nabi Muhammad saw tetap mengumumkan keputusan perbincangan dengan bersemangat.  Selesai perbincangan, tutup buku dan jangan cakap belakang.

::Ustaz Ahmad Mustafa::

1.    Kepimpinan Nabi Muhammad saw dalam berkeluarga

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pernah bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik (dalam bergaul) dengan keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik (dalam bergaul) dengan keluargaku”


2.    THE  LOVE IS POWER SO LET’S LOVE NABI MUHAMMAD SAW

::::::::::::::::::::KESIMPULANNYA::::::::::::::::::

HARGAILAH NABI MUHAMMAD SAW DENGAN CARA:

1.    TAHU AKAN BERTEMU ALLAH
2.    TAHU DI AKHIRAT KELAK, NABI AKAN BAGI SYAFAAT HANYA KEPADA ORANG YANG SAYANG NABI
3.    BERZIKIR DAN BERSELAWATLAH



Tuesday, January 14, 2014

Tanjung Piai, Johor

 Assalamualaikum

SubhanAllah cantiknya ciptaan Allah.  Gambar ini diambil semasa aktiviti meluangkan masa bersama kanak-kanak riang.. SubhanAllah cantiknya ciptaan Allah.  Tanjung Piai dikenali kerana terletak di titik paling selatan di Asia.  wallahualam kuasa Allah sesungguhnya Allah lagi Mengetahui..




Kisah Maulidur Rasul 1435H / 2014M

Assalamualaikum..


Nama yang terpilih

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushay Bin Kilab bin murrah bi Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr (Quraisy) bin Malik ibnul-Nadhr bin Kinanah bin Ma’ad bin Adnan. Mereka semua adalah anak cucu Nabi Ismail B. Ibrahim as.



Akhlak Nabi Muhammad saw

Allah telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 21 mengenai akhlak Nabi Muhammad saw:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” 




Kasih Nabi Muhammad saw terhadap umatnya

Rasulullah saw pernah bersabda:
“Duhai,alangkah baiknya kira aku dapat menjumpai ikhwanku. Para sahabat bertanya”wahai Rasulullah saw, siapakah ikhwanmu? Apakah kami termasuk dari mereka? Beliau bersabda “Tidak, Kalian adalah sahabat-sahabatku. Ikhwanku adalah orang orang yang datang setelah kalian, yang beriman kepadaku seperti keimanan kalian, membelaku sebagaimana pembelaan kalian. Duhai alangkah baik kiranya aku bisa menjumpai ikhwanku”

Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”

Malah Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Ya Allah
Aku memohon ampun kepadaMu
Selama ini aku terlupa mengenai kasih sayang Nabi Muhammad saw
Selama ini aku terlalu sibuk untuk berselawat kepada Nabi Muhammad saw
Selama ini aku terlalu sombong untuk mengikut sunnah-sunnahnya
Selama ini aku alpa untuk bersyukur kepadaMu
kerana dikurniakan seorang Nabi yang terbaik buat kami

Ya Allah
Ampunilah hambaMu ini
Aku mohon kepadaMu ya Allah
basahilah lidahku dengan berselawat kepada Nabi Muhammad saw
perbaikilah akhlakku seelok akhlak Nabi Muhammad saw
terangkan dan permudahkan hatiku untuk mengikuti sunnahnya




Ya Allah
Aku takut ya Allah
andainya aku mati tanpa sempat berselawat sebanyak mungkin
kepada Nabi Muhammad saw
aku takut ya Allah
andainya di akhirat nanti aku tidak mendapat syafaat
daripada Nabi Muhammad saw
maafkanlah aku ya Allah

Ya Rasulullah, kami merinduimu…
Ya Rasulullah, kurniakanlah syafaatmu..


Wallahu’alam..

Monday, January 13, 2014

Surat Cinta dari Seorang Suami...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jikalau engkau ingin punya suami yang kaya raya, punya rumah mewah, mobil banyak, harta melimpah, maka bukan akulah orang yang kau cari. Aku hanya orang sederhana yang tidak begitu suka dengan kemewahan dan kekayaan melimpah.

Jikalau engkau ingin pendamping hidup yang bisa bernyanyi mendendang lagu dengan suara merdu mendayu syahdu, maka bukan aku orang yang kau cari. Aku hanyalah orang biasa yang tak dapat bernyanyi merdu dan aku memang tak suka bernyanyi.

Jikalau engkau mencari suami dengan tampang yang tampan rupawan dan putih, maka bukan aku orang yang kau cari. Aku hanya orang biasa yang tak tampan apalagi putih, hanya tulangku saja yang putih.

Jikalau engkau ingin punya suami yang romantis, maka bukan aku orang yang tepat. Karena aku sama sekali tak tau romantis, aku tak dapat mendefinisikan romantis itu sendiri, selalu kucoba romantis tapi tak pernah bisa.

Aku hanya ingin menjadi suami yang bisa mengajarkan memaknai hidup, bahagia dalam kesederhanaan, membuka matamu melihat setiap jengkal hidup, mengajakmu meniti luasnya dunia, melantunkan ayat-Nya walau dengan tertatih.
Aku ingin membangun rumah kita dengan jerih payahku sendiri dan didalamnya ingin kuwarnai dengan kebahagiaan abadi dijalan-Nya. Aku ingin mengajarimu banyak hal dengan semua yang kumiliki. Karena aku hanya ingin kebahagiaan itu kubangun untuk kita, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Wahai calon istriku..
Hati ini akan kujaga selalu untukmu..
_________________________________________________________________________________

Asma’ binti Kharijah Al Fazary berpesan kepada puterinya ketika menikah (sebelum melepaskan kepergiannya menuju suaminya) :

 “Wahai puteriku sayang, tak lama lagi kau akan keluar meninggalkan ayunan tempat kau ditimang dulu, dan berpindah ke atas ranjang yang belum pernah kau lihat sebelumnya. Kau akan hidup bersama seorang kawan yang belum pernah kau kenal sebelumnya. Oleh karena itu, jadilah bumi tempat ia berpijak, maka ia akan menjadi langit yang menaungimu. Jadikanlah dirimu tempat sandaran baginya, maka ia akan menjadi tiang yang meneguhkanmu. Jadilah pelayan baginya, ia akan menjadi abdi bagimu. Jangan kau merepotkannya sehingga ia merasa kesal. Dan jangan terlalu jauh darinya sehingga ia lupa akan dirimu. Jika ia mendekatimu, maka dekatilah. Jika ia berpaling, maka menjauhlah. Peliharalah pandangannya, pendengarannya dan penciumannya. Jangan sampai ia memandang sesuatu yang buruk darimu. Dan jangan sampai ia mendengar kata-kata kasar darimu. Dan jangan sampai ia mencium bau yang tak sedap darimu. Jadikanlah setiap apa yang ia lihat adalah wajahmu yang cantik berseri-seri. Jadikanlah setiap apa yang ia dengar adalah ucapanmu yang santun dan lembut. Jadikanlah setiap apa yang ia cium adalah aroma wangi tubuh dan pakaianmu.”

Ayahmu dulu berpesan kepada ibumu: Maafkanlah segala kesalahan dan kehilafanku, niscaya cinta kita akan terus bersemi. Ketika aku marah, janganlah kau memancing lagi amarahku. Karena benci dan cinta takkan pernah bersatu. Saat benci datang, cinta pun kan berlalu.”



Maaf dan Dimaafkan??

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum

Saat ini mari kita sejenak membaca ayat-ayat CintaNya, sebagai pesan untuk kita dalam menjalin ukhuwah terutama tentang memaafkan.

Allah berfirman dalam beberapa surat cintaNya:

“…Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran: 134)

“Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.” (Asy-Syuura: 43)

Kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an : “(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS. Ali ‘Imraan [3]:134)

” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (QS. An Nuur [24] ; 22)

” …….karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (QS Ali ‘Imran [3] ; 159)



Dan berikutnya hadis-hadis tentang memaafkan:

Sabda Rasullulah, “Tidaklah Allah memberi tambahan kepada seseorang hamba yang suka memberi maaf melainkan kemuliaan.” (HR: Muslim)

Nabi SAW bersabda : “Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal shalih, maka akan diambil menurut penganiayannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dia aniaya untuk ditanggungkan kepadanya.” [HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a]



p/s: untuk sahabat sekalian



Wallahu ‘alam bi ash-shawab.