**Cerita
Seorang Sahabat**
Tadi
aku nangis sendiri lagi.
Nangis
dalam hati sambil control sebab tengah drive dengan ma.
Kenapa
aku nangis?
Sebab
sebelum tu ada orang persoalkan kerja aku sekarang.
“Aku
Penganggur.. ohooii penganggur (Lagu Sudirman)..”
Orang
takkan pernah faham kan apa aku rasa?
Nak
kerja, tapi tak sampai hati nak tinggalkan mak aku termenung dekat rumah tu.
Aku
ada je dapat tawaran kerja kedai makan dekat area rumah, dan aku jenis tak
kisah kerja apa, asalkan dapat duit sikit.
Tapi bila bincang, mesti senyap tanpa sebarang jawapan.. tergantung
tanpa berita.
Aku
nak buat bisnes, “Su tak pandai jual barang. Orang menjual ni kene banyak cakap, kene
cergas.” Hmm.. dekat rumah je aku pemalas. Sebab aku dah penat kerja bermanis
muka dekat kaunter tu.
“Susah
keje sekarang. Keje kerajaan pun dapat
dekat diorang je” .. Aku tak pernah kisah pun kerja apa yang aku dapat. Swasta ke, kerajaan ke, yang yang paling
kisah sokongan tu. Ni awal-awal dah
fikir negative.. kesian dekat aku.
So,
jadi macam mana aku kembalikan mood aku?
Haa..
Selain solat, ngaji semua tu, aku suka juga tulis-tulis ni. Aku ni tinggal dengan mak aku je dan aku
tidak rapat sangat. Jadi aku lebih
kepada tiada tempat nak meluahkan. Bagi aku, lepas menulis, aku akan rasa
lega. Segala yang berada di fikiran aku
dah hilang. Biarlah kadang-kadang aku tulis bukan mengikut situasi sebenar
pun. Cukup sekadar jari jemari aku
bergerak. Nak lagi best, aku linkkan
video yang comel-comel yang boleh bagi aku hilang tekanan. Dengan cara tu, bagi
aku dapat hilangkan tekanan. Sebab aku takut sangat aku akan tertekan dan jadi
depress.. oohooii harap-harap tak.
Itu
sahaja perkongsian aku
Hidup
aku, cara aku.
No comments:
Post a Comment