Wednesday, April 18, 2018

Hajat aku tertunai..

Aku titipkan post ini dengan linangan air mata…
Maafkan aku ya Allah..

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan segala nikmat dah rezeki buat aku.
Aku mohon ampun ya Allah
Maafkan aku kerana terleka dari memandang kekuasaanMu
Maafkan aku ya Allah kerana tidak sedar dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan.

Tanpa aku sedar, Allah perkenankan doa dan hajat aku pada tahun 2017.
Maafkan aku ya Allah. 
Aku buta dalam memandang nikmat-nikmat Mu.

Aku bisu dalam bersyukur kepadaMu.

Maafkan aku ya Allah


Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Supaya aku mempunyai rakan sekerja yang baik.
Alhamdulillah, 
Allah pertemukan aku dengan ramai rakan sekerja yang baik. 
Yang memahami dan saling menyokong.
Alhamdulillah.  

Terima kasih ya Allah kurniakan sahabat bernama Aini kepada aku dalam menyokong impian taska tadika aku.
Terima kasih ya Allah kerana kurniakan aku sahabat bernama Yani yang mempunyai nasib sama seperti aku.  Kami sama-sama menjaga mak di kampung.

Terima kasih ya Allah di atas segalanya. 



Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Untuk menunaikan umrah bersama keluarga aku.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.
Kami dipermudahkan menunaikan umrah pada 1 Disember 2017.
Seramai 11 orang termasuk 3 orang anak sedara aku.

Terima kasih ya Allah di atas segalanya.




Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Untuk bekerja atau sekurang-kurang dapat merasai tempat ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan.
Aku berpeluang jejakkan kaki di sini tahun lepas semasa aku menjadi wakil bos aku menghadiri perjumpaan pengusaha Taska Negeri Kelantan.

Alhamdulillah.  Terima kasih ya Allah. 


Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Untuk dapat mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia.
Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke puncak.
Walaupun pada awalnya aku cukup-cukup takut dan trauma akibat kegagalan Gunung Kinabalu.

Alhamdulillah ya Allah.

Tiada daya dan upaya kami melainkan semuanya dengan kuasa Allah.


Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Untuk dapat sejambak bunga dari seseorang yang aku sayang.
MasyaAllah.. tidak aku sangka, tidak aku duga.
Bukan sejambak, tapi aku dapat 3 jambak bunga, seekor teddy bear dan seekor patung harimau.  masyaAllah.. dapat pula dari seorang yang aku baru kenal

masyaAllah.. terima kasih aunty.. terima kasih.




No comments:

Post a Comment