Hahaha..
taka da cerita lagi.. sikit-sikit jodoh.. sikit-sikit jodoh. Almaklumlah..
sempena meraikan sepupu aku yang nak
kahwin minggu depan. Hohoho.. Sedikit jeles disitu. Aku dah ada calon tapi
entah apa yang terjadi, segalanya menjadi susah. Jadi, SABAR dan REDHA dengan segala ketentuan
Allah.
Kenapa
aku lambat dapat jodoh?
Haa
untuk sedapkan hati aku, aku cuba ingatkan diri aku. Bukan saja-saja Allah
sulitkan. Aku selalu bagi diri aku dua
alasan iaitu yang pertama mungkin aku belum jumpa pasangan aku yang terbaik
bagi aku dan yang kedua, mungkin masanya belum sesuai. Sebab apa aku cakap macam tu, sebab
kadang-kadang aku pelik. Aku rasa macam
aku dah dapat dah calonnya, cuma halangannya tu semacam tak logik. Bagi aku lah.. tapi iyalah. Allah itu Maha
Mengetahui. Kau rasa kau dah jumpa calon pasangan yang terbaik buat kau, tapi
bukannya kau betul-betul kenal pun si dia.
Ataupun mungkin calon kau tu dah betul, masa pula yang belum tepat.
Apapun,
Semua
itu ujian Allah
Pasti
ada hikmah yang tersembunyi.
Percaya
pada Allah
No comments:
Post a Comment