Monday, April 16, 2018

PERAK KE KELANTAN

Alhamdulillah..

Dah selamat sampai dari Perak pukul 6 petang tadi.  Aku bersama keluarga berada 3 hari di Perak sebab adik aku konvo ijazah dia.  Selesai majlis, ambil gambar sikit, pergi makan kemudian terus balik.  Kakak aku yang memandu kereta jadi aku boleh rehat la.  Lagipun kalau kakak aku bawa, laju sikit sampai dari aku.. huhu..

Apa yang aku nak cerita mengenai perjalanan hari ini?

Walaupun aku boleh je nak taip hari lain, tapi takpalah.  Lagipun aku dah draft nak tulis apa dalam kereta tadi. Aku nak berkongsian mengenai……    KEBESARAN ALLAH!

Kebesaran Allah (1)
Pertama kali sepanjang usia aku 27 tahun, aku ternampak gajah didepan mata tanpa ada pagar sebagai sekatan.  Terkedu aku seakan-akan tidak percaya.  Akak aku cakap, “Tu GAJAH!” apabila ternampak gajah sedang alihkan ranting-ranting kayu di sebelah highway tu.  Aku terdiam sebab teringat orang cakap jangan disebut-sebut gajah tu nanti gajah akan muncul.  Sepanjang perjalanan, apabila aku ternampak signboard tanda amaran gajah, aku baca betul-betul sambal berdoa janganla terjumpa. Sekali apabila ternampak di depan mana, terkejut aku.  Kebesaran Allah tak siapa duga.  Apabila Allah kata “Kun, fayakun” maka terjadilah.  Apabila difikirkan kembali, seakan-akan tidak percaya sebab di tepi gajah tu lereng-lereng bukit.  Macam mana seekor gajah boleh tersesat di tempat tersebut dan macam mana gajah boleh bawa diri dia tanpa terjatuh.  Pelik. Ke aku sorang yang fikir pelik. Hahaha

Kebesaran Allah (2)
Sedang elok-elok aku menyanyi menemani akak aku memandu,  tiba-tiba kereta yang bertentangan memberikan tanda lampu kecemasan kepada kami.  Sebuah, 2 buah, 3 buah.. Kami dah cuak.  Apa yang ada di depan? Ada sekatan polis ke di tengah-tengah hutan ni? Ada kemalangan teruk ke? Kami tetap meneruskan perjalanan sambal tertanya-tanya.  Setiap kali selekoh, kami akan panjangkan leher seakan-akan dapat melihat apa yang ada di sebelah sana.  Tidak berapa lama kemudian, kami ternampak asap hitam tebal di udara. Ada kebakaran ke? Ada hati berdoa semoga tiada apa yang teruk berlaku. Kemudian barulah kami ternampak sebuah lori balak terbakar di tepi jalan bertentangan.  Bagaimana ni? Kepala lori sudah habis terbakar.  Polis yang sampai tidak dapat berbuat apa-apa.  Bomba masih belum tiba.  Nak tak nak, kami meneruskan perjalanan juga.  Terasa bahang api apabila kami melalui di sebelahnya.

Haii ciksu ni.  Cerita apa tu mengenai lori terbakar je.  Apa kebesaran Allahnya?

Aku fikir-fikir balik, kenapa Allah tunjukkan kami peristiwa lori terbakar tu?  Mungkin Allah tunjuk sebab nak beritahu kami mengenai kebesaranNya.  Jika difikirkan, tidak logik dan mustahil sebuah lori boleh terbakar di tengah-tengah hujan tersebut.  Langsung tiada kelibat tanda-tanda berlaku kemalangan atau apa-apa penyebab yang boleh menyebabkan kebakaran.  Dan lagi satu, aku pelik sebab lori tersebut berada di laluan bertentangan dan seakan-akan melawan arus sedangkan itu adalah highway yang di tepi kiri kanan adalah hutan tebal dan bukit bukau. Tak terjangkau dek fikiran aku bagaimana sebuah lori balak yang besar itu boleh terbakar sedemikian rupa.  Kuasa Allah.  Allah Maha Berkuasa di atas segala apa yang berlaku.


Itu sahaja perkongsian aku buat kali ini yang aku rasakan cukup rare dan taksub sekali dengan pengalaman aku buat kali ini.  Allah itu Maha Berkuasa di atas segalanya.  Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Berkuasa. Tiada yang mustahil.

No comments:

Post a Comment