Wednesday, April 4, 2018

JADUAL NGAJI ADIK BERADIK

Hai Assalamualaikum..



Hari ni nak cerita mengenai jadual ngaji adik beradik Su.  Haa jangan macam-macam. Kami adik beradik pun ada jadual ngaji tau.  Tapi perkongsian ini bukanlah untuk menyombong atau membanggakan diri kepada orang lain. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 148;
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat).  Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Bagaimana kami mendapat cetusan idea mengenai jadual ngaji ini?
Jadual ngaji ni bermula selepas kami kehilangan arwah ayah yang tersayang.  Mengikut orang tua-tua, selepas kematian seseorang,  waris si mati perlu panggil pelajar tahfiz untuk membaca al-quran 30 juzuk.  Ma kami dah risau dah.  Mana nak cari pelajar tahfiz ni? Sebab sebelum ni biasanya ayah kami yang akan uruskan segalanya.  Fikir punya fikir, bincang adik beradik, kami bersetuju untuk membaca al-quran secara beramai-ramai. 30 juzuk bahagi dengan 10 beradik jadi sorang dapat 3 juzuk setiap bulan.

Berkesan ke tak jadual ni?
Hihihi mestilah bukan 100%. Cukup sebulan ada yang tidak sempat habiskan 3 juzuk.  Memang nampak sikit je.. 3 juzuk je untuk sebulan.  Tapi bagi kami yang sedang berusaha menjadi baik ini, ada masanya iman naik turun.  Masa iman naik, 1 juzuk 2 3 hari pun boleh habis dan biasanya itu yang aku buat masa nak kejar hujung-hujung bulan tu. Haha. Masa iman turun, dan biasanya sebabkan kesibukan mengejar duniawi, memang terpaksa diganti di lain hari la. Tambah-tambah ketika uzur, memang dah seminggu dua kene ganti semula..

Apa nak buat apabila jadual tidak ditepati?
Yang ni aku memang sayang lebih la dekat adik beradik aku.  Sikap tolak ansur tu masih tinggi.  Nak dekat hujung-hujung bulan tu pasti akan ada yang dah hantar report dah habis baca. Aku yang baca report tu apa lagi. Cuak la kalau banyak lagi nak habiskan.. hahaha.. Macam- macam cara kami buat kalau tak sempat tu.  Ada masanya aku mintak tolong kakak aku yang dah habis baca bahagian dia ambik cover yang aku sikit, ada masanya kakak aku minta tolong anak dia baca bagi habis. Tapi selalunya andai tak sempat habis, kami akan redha ajelah. “Proceed dulu nanti I kejar” hahaha.. itulah biasanya.  Tapi bukan mudah nak kejar pun.  Kalau banyak dan dah terbiasa, teruk jugak. Hahaha.

Itu sahaja perkongsian mengenai jadual mengaji kami adik beradik.
Terpulang pada cara masing-masing bagaimana cara terbaik untuk ajar diri supaya sentiasa mengaji surat cinta dari Allah itu.

SEMOGA ALLAH REDHA!


No comments:

Post a Comment