Monday, April 9, 2018

Kerja Kau Allah yang Pilih

Assalamualaikum.
Hari ini sekadar perkongsian.
Pagi-pagi lagi aku terfikir sesuatu berkenaan pekerjaan aku.  Entah kenapa tiba-tiba aku seperti mendapat sesuatu petunjuk.  Apa petunjuknya? Ini dia

**********************************
Semasa aku pergi umrah bulan Disember tahun lepas, aku tidak melepaskan peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh.  Iyalah. Jarang-jarang sekali peluang nak berdoa menghadap kaabah.  Antara doa yang sering aku ulang setiap kali aku berada di depan kaabah ialah, “ Ya Allah, kurniakanlah aku pekerjaan yang terbaik.  Pekerjaan yang dekat dengan rumah, pekerjaan yang masanya fleksibel supaya aku dapat menjaga ma, serta dengan gaji yang agak tinggi.  Aku tidak tahu bagaimana atau dimana pekerjaan itu ya Allah tapi Engkaulah sebaik-baik yang Maha Mengetahui.” Aku ulang doa tu, aku baca doa tu sungguh-sungguh.

Nak dijadikan cerita, aku balik ke Malaysia.  Aku sambung bekerja semula di tempat kerja asal aku. Entah macam mana, aku sempat bekerja sampai penghujung bulan Januari sahaja.  Ada hal yang tidak dapat aku elakkan dan hati aku kuat nyatakan supaya aku berhenti.  Dan sekarang, aku masih lagi penggangur.  Dah masuk bulan ke 3 dan aku masih lagi tidak berjaya dapat pekerjaan walaupun aku usaha mohon pelbagai cara. Dan apa aku buat selama tidak bekerja ni? Aku jadi pemandu ma.  Setiap hari kecuali hari ahad, aku akan hantar ma pergi berubat terapi di Tanah Merah dan tunggu sampai ma habis yang kebiasaannya mengambil masa 3 4 jam setiap hari.  Hari ahad, aku jadi pemandu untuk ke pasar borong atau bertemu kawan-kawan ma.

Aku renung, aku kenang semula
Ya… Allah dah makbulkan doa aku ketika umrah itu.  Mungkin sukar untuk difahami, tapi inilah pekerjaan aku yang Allah pilih.  Aku bekerja sebagai pemandu ma.  Ya Allah, Allah tunaikan permintaan aku melalui cara ini.  Sukar nak nampak, sukar untuk diterima.  Tapi Allah sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui. 

Alhamdulillah, syukur bagi Allah.


Dan malam ni, kebetulan cerita Dakwah Live bercerita mengenai topik pekerjaan.  Ya Allah, semoga Engkau redha dengan pekerjaan aku ini.  Aku akan usahakan yang lain, tapi buat masa sekarang, redhakanlah hatiku. 

No comments:

Post a Comment