“Awak
dari taska mana?” seorang kakak memulakan perbualan dengan bertanya kepada aku.
“Oh,
saya datang sendiri. Tak kerja di taska pun.” Aku menjawab perlahan sambil tersenyum.
“ooo…”
panjang oo kakak tu.
Ya,
aku datang sendiri ke bengkel ini. Aku
terjumpa iklan program ini di Facebook dan terus beranikan diri untuk daftarkan
diri walaupun keseorangan. Kawan baik
aku tidak dapat sertai bersama sebab jauh.
Dah
lama aku tak sertai program sebegini selepas tamat belajar 3 tahun yang lepas. Jadi
peluang ini aku gunakan sepenuhnya. Dan kisah
puan ini juga menarik hati aku. Kelulusan lain tapi terlibat dalam bidang
kanak-kanak. Pasti aku akan follow rapat-rapat puan ini.
No comments:
Post a Comment