Thursday, April 26, 2018

“I wish I can be like you”

Aku ingat lagi, ada seorang kawan aku post dekat wall Facebook aku dulu.  Dah lama dah. Kisah masa belajar lagi. Tapi dulu biasalah, fikiran budak-budak.  Ingat biasa-biasa je. Aku boleh balas huha huha lagi dengan dia. Bila dah besar ni, sekali aku baca, aku akan sentap.  Kenapa? Sebab aku rasa tidak layak untuk dikagumi sedikit pun.  Allah tutup aib aku. Allah Maha Besar. Allah buatkan aku boleh sentiasa tersenyum macam tiada masalah langsung.

Ingat semula,
Allah tutup aib aku.
Orang nampak aku selalu tersenyum, selalu positif
Tapi dalam hati aku macam mana biar aku sorang yang rasa.

Entahlah.
Nikmat Allah
Rezeki Allah bagi kepada aku.
Kekuatan yang Allah bagi supaya aku sentiasa tersenyum

Alhamdulillah
Nikmat apa lagi yang kamu dustakan?


TERAPI DIRI CARA AKU

**Cerita Seorang Sahabat**

Tadi aku nangis sendiri lagi.
Nangis dalam hati sambil control sebab tengah drive dengan ma.

Kenapa aku nangis?
Sebab sebelum tu ada orang persoalkan kerja aku sekarang.
“Aku Penganggur.. ohooii penganggur (Lagu Sudirman)..”

Orang takkan pernah faham kan apa aku rasa?
Nak kerja, tapi tak sampai hati nak tinggalkan mak aku termenung dekat rumah tu. 
Aku ada je dapat tawaran kerja kedai makan dekat area rumah, dan aku jenis tak kisah kerja apa, asalkan dapat duit sikit.  Tapi bila bincang, mesti senyap tanpa sebarang jawapan.. tergantung tanpa berita.
Aku nak buat bisnes, “Su tak pandai jual barang.  Orang menjual ni kene banyak cakap, kene cergas.” Hmm.. dekat rumah je aku pemalas. Sebab aku dah penat kerja bermanis muka dekat kaunter tu.
“Susah keje sekarang.  Keje kerajaan pun dapat dekat diorang je” .. Aku tak pernah kisah pun kerja apa yang aku dapat.  Swasta ke, kerajaan ke, yang yang paling kisah sokongan tu.  Ni awal-awal dah fikir negative.. kesian dekat aku.

So, jadi macam mana aku kembalikan mood aku?
Haa.. Selain solat, ngaji semua tu, aku suka juga tulis-tulis ni.  Aku ni tinggal dengan mak aku je dan aku tidak rapat sangat.  Jadi aku lebih kepada tiada tempat nak meluahkan. Bagi aku, lepas menulis, aku akan rasa lega.  Segala yang berada di fikiran aku dah hilang. Biarlah kadang-kadang aku tulis bukan mengikut situasi sebenar pun.  Cukup sekadar jari jemari aku bergerak.  Nak lagi best, aku linkkan video yang comel-comel yang boleh bagi aku hilang tekanan. Dengan cara tu, bagi aku dapat hilangkan tekanan. Sebab aku takut sangat aku akan tertekan dan jadi depress.. oohooii harap-harap tak.

Itu sahaja perkongsian aku
Hidup aku, cara aku.

CINTA ITU BAHAGIA.

 Cinta itu apa?
Adakah dengan menyintai seseorang kita pasti akan bahagia buat selamanya?
Adakah dengan meluahkan isi hati kepada si dia yang kita cinta 
akan buatkan kita pasti tidak akan menangis lagi?
Adakah dengan berkata “Saya Cinta Awak” cukup membuang segala kesedihan dalam hidup ini?

Apa itu cinta?
Kata orang, “ Mencintai tak bermakna perlu memiliki ”.
Kata orang, “ Zaman sekarang perigi pun boleh cari timba”
Kata orang, Matlamat takkan menghalalkan cara”
Kata orang, “Pergilah cari cinta manusia, tapi pastikan cinta Allah tetap di hati”
Kata orang, “ Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor”



Cinta
Selalu buat aku keliru dengan hati
Sering kali membuatkan aku persoalkan diri
Berulang kali menghantui diri, merasuk jiwa

Cinta.

HADIRLAH DALAM JIWA KU.

Tuesday, April 24, 2018

Dance for Preschool - Fly

Love

Love is something that always makes you happy.
Whatever you do, whatever you say,
Always make sure you are happy.

My love,
Please stay positive and pray to Allah.
Our dream will come soon.
InsyaAllah.  

Saturday, April 21, 2018

Bengkel Puan Norazura













KURSUS TASKA


“Awak dari taska mana?” seorang kakak memulakan perbualan dengan bertanya kepada aku.

“Oh, saya datang sendiri. Tak kerja di taska pun.” Aku menjawab  perlahan sambil tersenyum. 

“ooo…” panjang oo kakak tu.

Ya, aku datang sendiri ke bengkel ini.  Aku terjumpa iklan program ini di Facebook dan terus beranikan diri untuk daftarkan diri walaupun keseorangan.  Kawan baik aku tidak dapat sertai bersama sebab jauh.

Dah lama aku tak sertai program sebegini selepas tamat belajar 3 tahun yang lepas. Jadi peluang ini aku gunakan sepenuhnya.  Dan kisah puan ini juga menarik hati aku. Kelulusan lain tapi terlibat dalam bidang kanak-kanak. Pasti aku akan follow rapat-rapat puan ini. 





























Thursday, April 19, 2018

Terima kasih untuk kenangan

Saya dah ada orang lain.  Maaf”

“Hati saya belum terbuka untuk menerima sesiapa. Maaf”

“Awak jangan tunggu saya. Awak jangan berharap dengan saya ye?”

“Awak jangan doa saya untuk awak.  Doa lah yang terbaik buat awak”



Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. 
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
- Surah Yusuf –

Virgoun - Surat Cinta Untuk Starla (Official Lyric Video)

Ku tuliskan kenangan tentang
Caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku mudah
Berikan hatiku padamu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan cantikmu
'kan teramat panjang puisi
'tuk menyuratkan cinta ini

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Aku pernah berpikir tentang
Hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
Yang ku jalani sampai kini

Aku selalu bermimpi tentang
Indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
Meskipun nanti tak hitam lagi

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu

Dan telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu
Untukmu, hidup dan matiku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Ku kan tetap di sini

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu

Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu



IKHWAN FATANNA - BISMILLAH [OFFICIAL LYRIC VIDEO]

Ada yang sedang berjalan
Ada yang sedang berlayar
Ada yang juga di angkasa
Ada yang baru belajar

Ada tengah temuduga
Ada yang bosan dengan kerja
Tak kisah kita dimana
Kita mula dengan nama kebesarannya

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bisimillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah bismillah (3x)

Bila kita menyebut nama-Nya
Nawaitu jahat pun jadikan kita serba salah
Bila kita menyebut nama-Nya
Semoga yang dilaksana semuanya terjaga

Tak kisah kita dimana
Kita mula dengan nama kebesaran-Nya

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bisimillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah bismillah (2x)

Tidakkah kita percaya
Dengan hikmah yang ada padanya
Sempurnakanlah
Segala hela nafas yang ku hembuskan
Setiap amalku Hanyalah untukmu

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bisimillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah bismillah (2x)

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bisimillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah bismillah (2x)
Bismillah
Sebutkanlah bismillah



Wednesday, April 18, 2018

Hajat aku tertunai..

Aku titipkan post ini dengan linangan air mata…
Maafkan aku ya Allah..

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan segala nikmat dah rezeki buat aku.
Aku mohon ampun ya Allah
Maafkan aku kerana terleka dari memandang kekuasaanMu
Maafkan aku ya Allah kerana tidak sedar dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan.

Tanpa aku sedar, Allah perkenankan doa dan hajat aku pada tahun 2017.
Maafkan aku ya Allah. 
Aku buta dalam memandang nikmat-nikmat Mu.

Aku bisu dalam bersyukur kepadaMu.

Maafkan aku ya Allah


Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Supaya aku mempunyai rakan sekerja yang baik.
Alhamdulillah, 
Allah pertemukan aku dengan ramai rakan sekerja yang baik. 
Yang memahami dan saling menyokong.
Alhamdulillah.  

Terima kasih ya Allah kurniakan sahabat bernama Aini kepada aku dalam menyokong impian taska tadika aku.
Terima kasih ya Allah kerana kurniakan aku sahabat bernama Yani yang mempunyai nasib sama seperti aku.  Kami sama-sama menjaga mak di kampung.

Terima kasih ya Allah di atas segalanya. 



Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Untuk menunaikan umrah bersama keluarga aku.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.
Kami dipermudahkan menunaikan umrah pada 1 Disember 2017.
Seramai 11 orang termasuk 3 orang anak sedara aku.

Terima kasih ya Allah di atas segalanya.




Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Untuk bekerja atau sekurang-kurang dapat merasai tempat ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan.
Aku berpeluang jejakkan kaki di sini tahun lepas semasa aku menjadi wakil bos aku menghadiri perjumpaan pengusaha Taska Negeri Kelantan.

Alhamdulillah.  Terima kasih ya Allah. 


Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Untuk dapat mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia.
Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke puncak.
Walaupun pada awalnya aku cukup-cukup takut dan trauma akibat kegagalan Gunung Kinabalu.

Alhamdulillah ya Allah.

Tiada daya dan upaya kami melainkan semuanya dengan kuasa Allah.


Ini impian aku dalam buku impian 2017..

Untuk dapat sejambak bunga dari seseorang yang aku sayang.
MasyaAllah.. tidak aku sangka, tidak aku duga.
Bukan sejambak, tapi aku dapat 3 jambak bunga, seekor teddy bear dan seekor patung harimau.  masyaAllah.. dapat pula dari seorang yang aku baru kenal

masyaAllah.. terima kasih aunty.. terima kasih.