“umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh”
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh”
Lagu yang disampaikan oleh sebuah kumpulan nasyid
yang terkenal masih lagi bermain-main di fikiranku. Lagu lama yang mempunyai maksud yang sangat
mendalam itu aku hayati dengan penuh perasaan.
SELEMAH
MANAKAH KITA?
Umat Islam di akhir zaman ini sering
dikaitkan dengan lemah imannya.
Andai diuji kemiskinan oleh Allah, pasti akan
menyalahkan takdir..
Andai diberikan nasihat berbentuk teguran,
pasti tercabar menyalahkan orang lain..
Andai mendapat sesuatu berita, pasti terus
disebarkan tanpa diselidik..
Sejak 1400 tahun dahulu lagi, Nabi Muhammad
saw telah memberi amaran mengenai keadaan umatnya pada hari ini.
Sebuah hadis diriwayatkan
daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat,
setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu,
orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan
mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun
bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan
masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak
menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah SAW,
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda:
“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
KENAPA
KITA PERLU KUAT?
Umat Islam harus cemerlang dan kuat imannya?
Nabi Muhammad saw sendiri sukakan orang mukmin yang kuat seperti dalam hadis
Nabi dalam riwayat Muslim yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a ia berkata
“Rasulullah saw bersabda,
“Orang
mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin
yang lemah. Pada masing-masing memang
terdapat kebaikan. Capailah (dengan
sungguh-sungguh) apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan
janganlah kamu menjadi lemah. Apabila
kamu tertimpa suatu (kemalangan), janganlah kamu katakan, ‘Seandainya’ tadi
saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu,’
tetapi katakanlah, ‘ Ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendakiNya pasti
akan terjadi. Sesungguhnya ungkapan kata
‘kalau’ (seandainya) akan membukakan jalan bagi syaitan”
APA
YANG PERLU KITA LAKUKAN?
- PERCAYA
PADA KUASA ALLAH
Hidup kita pasti akan kuat apabila kita
percaya pada kuasa Allah. Sebagai contoh
apabila kita diuji dengan kemiskinan.
Jika kita percaya pada kuasa Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Menjadikan, pasti kita akan menjadi kuat berusaha dan tidak mudah berputus asa
apabila diuji. Tiada yang mustahil bagi
Allah. Hal ini telah dibuktikan dalam
kisah Nabi Zakaria a.s yang berdoa kepada Allah untuk mendapatkan anak dalam
Surah Maryam ayat 8 dan 9 yang dapat diringkaskan:
Zakaria
berkata, “ya Tuhanku, bagaimana aku akan mempunyai anak, sedangkan isteriku
mandul dan aku sudah terlalu tua?
Allah
berfirman, “Demikianlah keadaanya dan jangan dihairankan. Hal itu mudah bagiku. Sesungguhnya engkau telah Aku ciptakan
dahulu, padahal pada waktu itu engkau belum wujud sama sekali.
Percayalah pada kuasa Allah. insyaAllah Allah pasti menolong dan
menguatkanmu.
- BERSYUKUR
PADA ALLAH
Allah telah berfirman:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka
akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum
diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
- KUAT
APABILA DITIMPA UJIAN
Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7
yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memperingatkan,
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,
tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), pasti azabKu sangat pedih”
No comments:
Post a Comment