11
Mei 2017. Memulakan hari kami atas
Gunung Rinjani.. seakan-akan tidak percaya dengan kebolehan diri.. Perjalanan
hari ini mengikut jadual ialah Sembalun Crater Rim(2.639m) – Summit/Top 3.726m
– Segara Anak Lake dan Hotsprings (2008m).
Pagi-pagi
pukul 1 lagi dah bangun dengan semangat walaupun sejuk sangat di atas tu.. Kami
dijamu dengan Okmee (Meggi) sebagai bekalan tenaga untuk ke puncak.. Hari ini
hari penentuan.. Sampai ke tidak ke Puncak Gunung Rinjani. Kalau tahun lepas Su dah kalah dengan
Kinabalu, hari ini insyaAllah.. tiada istilah mengalah lagi.. Kami berkumpul
dan membaca doa.. Macam biasalah kalau gerak pagi-pagi kami hanya mengikut
arahan guide je untuk melangkah.. Cahaya dari headlamp hanya cukup-cukup untuk
menerangi langkah-langkah kami...
Perjalanan
kami cukup mencabar minda disebabkan tidak biasa dengan permukaan tanah yang
berpasir kasar dan akan menjatuhkan kita tanpa sedar.. kami kenal kemampuan
diri dan bukanlah sunrise yang dikejar... hahaha.. dekat-dekat nak sampai ramai
pendaki dah mulai turun.. mereka berkejaran turun acah-acah terer sangat.. kami
yang sedang naik ni dalam hati satu je.. janganlah mereka jatuh tergolek hempap
kami.. dahla nak kekalkan kaki di trek tu susah.. habis hilang jejak kaki orang
hadapan kami yang boleh dijadikan pegangan.. sabar la wahai hati..
Alhamdulillah,
lebih kurang pukul 8.30 pagi kami tiba di puncak.. biar lambat asal selamat..
team kami 5 orang yang gerak sama-sama.. sepatutnya 9 tapi 2 orang dah sampai
lagi awal dan 2 lagi di belakang kami.. cuaca alhamdulillah menyebelahi kami..
agak panas tapi berangin sejuk.. Selesai bergambar, kami bergerak turun ke camp
site.. Lewat jugak kami turun.. iyalah dah alang-alang sampai puncak kan..
lamalah dekat atas tu.. perjalanan turun kurang mencabar seperti naik tapi
tetap perlu berhati-hati sebab pasir tu licin.. Nasib baik ada guide kami yang
setia temankan kami.. Lambat pun tetap bahagia menikmati pemandangan sebab kami
tak berkejar sangat untuk sampai ke bawah..
Sampai
je di campsite, kami makan sarapan dan rehat dulu.. sebabkan kami sampai agak
lewat di campsite, kami rehat sampat makan tengahari dulu baru gerak ke Lake
Segara Anak atau danau.. Waktu normal 2 jam ke Lake Segara Anak tapi macam
biasalah bagi pendaki tak normal macam kami, dah gelap baru sampai ke
campsite. Sepanjang perjalanan kami
terpaksa melalui tangga-tangga besar dan permukaan bukit yang berumput.. agak
mencabar sebab Su memang tak suka turun tangga-tangga yang besar tu sebab masih
lagi trauma dengan tangga Kinabalu.. Kami terpaksa tunda untuk ke Hotsprings
sebab dah gelap.. kami bermalam di situ dengan suasana tenang ditemani
kesejukan hutan dan air danau..
Ada
satu peristiwa yang Su suka apabila Su terpisah dengan guide semasa turun
tu. Guide jaga di belakang dengan sorang
team kami dan Su gerak sendiri dengan sorang kakak team kami... jalan jalan
jalan kami ikut porter pendaki lain dengan penuh yakin.. sampailah ada satu
tempat tu, kami macam nampak jalan mati.. entah macam mana porter tu boleh je
lalu tempat tu dengan beg yang besar.. kagum kejap.. jalan mati tu kami
terpaksa turun ke dalam lubang then panjat dinding lubang tu yang agak tinggi..
Su dan akak tu dah cuak.. macam mana ni.. tiba-tiba dengar..
“
Ayoohh kak.. kita jalan”
“Macam
mana nak jalan ni.. kami tak boleh”
“Kami
tolong akak sesama Islam.. ayoohh kak”
Dengan penuh percaya dan berserah, kami bergantung harap dengan Allah.. Dengan bantuan porter-porter yang masih muda dan lebih kurang saiz kami je tu kami selamat naik ke atas dinding lubang tu..Mereka terpaksa buat rantai bertiga semata-mata untuk tarik kami ke atas.. ya Allah.. murahkan rezeki mereka yang membantu kami..
No comments:
Post a Comment