Sekadar perkongsian dari pengalaman aku
menuju punjak Gunung Rinjani.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah..
“Tiada
daya dan upaya kami melainkan semuanya dengan izin dan kasih sayang Allah.”
1. Seboleh-bolehnya gunakan 2 tongkat
Permukaan tanah untuk menuju ke puncak Gunung
Rinjani sangat berpasir dan tiada tempat untuk berpegang. Seakan- akan semuanya bergantung kepada kaki
kita sahaja. Oleh itu, aku cadangkan
seboleh-bolehnya gunakan 2 tongkat sebagai tempat berpaut. Perlu sangat-sangat berhati-hati. Tapi itu ketika naik. Semasa turun, perlu
lebih berhati-hati bagi mengelakkan menggelongsor turun. Tongkat bolehla disimpan atau digantung di
beg sekiranya agak mengganggu pergerakan.
2. Pakai gaiter dekat kaki (halang pasir
masuk ke dalam kasut)
Gaiter ni ibarat macam kain yang menyekat
pasir daripada masuk ke dalam kaki.
Pasir-pasir yang besar dan tajam-tajam boleh mencacatkan pergerakan kita
ketika berada di atas. Sakit andainya
terpijak. Sebab tu aku pentingkan juga
mempunyai gaiter. Tapi ada je yang aku
nampak ikat plastic di kaki.
Terpulanglah kepada kemampuan dan kreativiti masing-masing.
sumber: google
3. Pijak bekas tapak kaki orang di depan
Yang ni penting jugak bagi kurangkan
ketakutan dan ketidakyakinan diri kita ketika melangkah. Pasir yang orang depan dah pijak akan menjadi
lebih mampat dan mengurangkan untuk turun balik ke bawah. Jadi pilihan yang terbaik buat kita adalah
pijak tapak kaki orang depan kita. Kalau
dapat tapak kaki guide yang tengah tarik atau jaga seseorang lagi baik sebab
tapak kaki mereka akan lebih kedalam sebab bebanan.
4. Sunblock
Haa yang ni juga adalah keperluan yang
penting.. Aku hari tu degil. Tak suka
pakai. Lagipun kami lupa bawa
cermin. Kiranya 4 hari di gunung tanpa
cermin jadi tak nampak la perubahan yang berlaku. Namun hari ke 3 akak-akak sepasukan dah tegur
muka aku. Dah merah macam udang kene
bakar dah rupanya. Masih lagi
sombong. Hahahaha.. hari ke 4 dah keluar
hutan dan balik ke hotel, barulah aku terasa.
Habis menggelupas kulit muka aku apabila terkena air mandian. Almaklumlah dekat hutan tak mandi pun.
5. Penutup hidung / topeng (halang habuk)
Yang ni bergantung kepada cuaca ketika berada
di puncak. Alhamdulillah waktu kami di
puncak, cuaca tidak terlalu berangin.
Jadi penutup hidung tidak diperlukan.
Cuma kadang-kadang aku guna untuk tutup hidung sebab terlalu sejuk. Sekurang-kurangnya panas sikit muka kalau
tertutup.
6. Pakaian yang sesuai (terlalu sejuk waktu
pagi)
Pakailah pakaian yang terbaik dan paling
sesuai sebab kalau nak kejar matahari terbit waktu pagi, pukul 1 2 pagi dah
perlu gerak dah. Waktu tu ya Allah..
sejuk yang amat. Terketar-ketar. Tapi janganlah pakai yang sampai menyekat
pergerakan pulak sebab perjalanan tu memang mencabar. Ada mendaki, melalui lorong muat-muat badan,
nak jaga kaki dari tergelincir lagi.
7. Wet tissue/ tisu
Haa yang ni penting sepanjang keberadaan kita
di Gunung Rinjani. Sebab apa? Sebab dekat
gunung ni tak disediakan kemudahan toilet atau kamar kecil. Pandai-pandailah nak lepaskan bom nanti. Wet tissue tu penting untuk bersuci
nanti. Lagi lama kita di gunung tu, lagi
banyak kita perlukan tissue. Masa ni lah
nak praktiskan ajaran bersuci dalam Islam.
Sekian sahaja tips buat kali ini.
No comments:
Post a Comment