12
Mei 2017. Hari ke 4 di Lombok dan hari ketiga di atas Gunung. Hari ini ikutkan jadual kami akan bergerak ke
Pos 3 di laluan Senaru.
Pagi-pagi
lagi kami dah bangun. Pukul 5 pagi dekat
situ dah subuh dah.. alang-alang dah bangun awal, guide kami ajak pergi
Hotsprings sebab semalam sampai lewat dah.
Katanya Hotspring tu dah tak berapa panas sebab air dari danau dah
melimpah ke situ. Takpalah. Kami sekadar
nak menghayati ciptaan Allah je.. kami sempat rendamkan kaki kejap dan ambil
gambar banyak-banyak.. masyaAllah sungguh cantik ciptaan Allah.. Lepas ke
Hotsprings kami balik ke khemah semula untuk kemaskan barang dan ambil sarapan
sebelum bertolak.
Selesai
semuanya, kami bergerak ke Pos 3 Senaru.
Perjalanan kami kali ini perlu mengelilingi Lake Segara Anak sebelum
meneruskan pendakian ke Pos 3. Trek kami
kali ini berbatu besar dan melalui hutan rumput. Perjalanan kali ini mungkin agak mudah kerana
hanya perlu memanjat batu-batu besar yang memerlukan tangan dan kali yang
kuat. Perjalanan yang memenatkan tapi
cukup indah kerana perjalanan kami sebenarnya di tepi tebing gunung yang
menjanjikan pemandangan danau dari atas.
Terima kasih kepada guide kami yang setia menolong.
Kami
berhenti rehat di Senaru Crater Rim dan makan tengahari. Kami menikmati lunch kami dengan indah sekali
dikelilingi pemandangan dan sahabat tersayang.
Setelah berehat dan menunaikan apa yang patut, kami bergerak lagi turun
ke Pos 3. Kali ini perjalanan agak
mencabar kerana permukaan tanah yang berpasir halus dan licin. Hujan renyai-renyai juga turun menambah cabaran
kepada Su. Risau dan cuak pun ada sebab
terlalu takut. Kaki Su tak kuat untuk
berpijak di tempat yang licin.
Alhamdulillah ada guide yang setia disisi.. Terima kasih ya Allah
kurniakan guide yang begitu membantu Su dan rakan-rakan. Jalan jalan
jalan. Akhirnya sampailah kami ke Pos 3
di Senaru. Pencapaian aku disambut
dengan sorakan akak-akak team yang telah lama sampai.. hahahaha.. juara di
belakang katakan...
Awal
juga kami sampai di Pos 3 tu... Dalam pukul 3 petang.. dah sampai awal tak tahu
nak buat apa pulak.. sambil-sambil teman porter pasang khemah, kami rehat dan
bergurau senda.. dekat Pos 3 tu juga ada pondok jadi boleh la kami lepak-lepak
di atas tu.. ni dah malam terakhir.. malam
ni la kami bercerita bagai dan bergurau senda dengan guide dan porter.. kesian
jugak dekat porter sebab kami ada masalah komunikasi sikit. Jadi guidelah yang jadi orang tengah antara
kami dengan porter.. malam ini kami
tidur dengan tenang dan kesejukan sebab memang terlalu sejuk kerana Pos 3 ini
terletak di dalam hutan dan kebetulan tadi hujan renyai-renyai menambahkan lagi
kesejukan kami.
No comments:
Post a Comment