Wednesday, May 24, 2017

Gunung Rinjani (Day 2)

10 Mei 2017.  Hari kedua di Lombok.  Hari bermulanya pendakian kami.

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap.  Sarapan pagi lempeng pisang dan air kopi atau tea.  Walaupun agak tidak berselera sebab tak biasa makan lempeng terpaksalah makan jugak.  Risau nanti tiada tenaga nak berjalan jauh.  Selesai makan, kami diperkenalkan kepada guide kami, Alif dan Fahri oleh Pak Asmadi.  Muda-muda lagi muka mereka.  Sepatutnya Pak As yang guide kami tapi dia ada hal tak boleh elak.  Harap-harap semuanya berjalan lancar.




Lepas dah selesai semua, kami angkut beg masuk special vehicle.  Hahaha.. Macam trak tu.  Beg dan 9 orang kami termasuk guide sorang.  Bayangkan betapa padatnya kami dengan perjalanan lebih kurang sejam di atas tu sebelum singgah untuk pendaftaran di Rinjani Trek Centre di Sembalun dan mulakan perjalanan di Sembalun.  Sebenarnya nak naik Gunung Rinjani ada 2 jalan dari Senaru dan dari Sembalun.. kami memulakan pendakian melalui Sembalun sebab nanti akan turun ke Senaru.  Sampai ada yang nak termuntah pun ada masa naik trak tu.  Tapi Su suka naik tu walaupun kaki agak tidak selesa sebab boleh tengok sekeliling... Tangan ni gatal nak ambil gambar Gunung Rinjani tapi tak pernah berjaya sebab angin yang laju.. *salahkan angin*.. hahaha 


 bergambar sebelum bertolak..

Dah sampai dekat laluan Sembalun, trak kami berhenti.  Tak sangka juga laluannya di situ sebab di celah-celah rumah orang.  Turun trak, kami buat persiapan terakhir.  Tapi nasib baik masing-masing dah selesaikan hajat semasa pendaftaran tadi sebab dekat situ dah tak ada kamar kecil.  Dalam hati berdoa harap-harap mampu bertahan lah.. hahaha.. Sementara kami buat persiapan terakhir, porter-porter dah dah sedia menunggu kami di situ lakukan kerja mereka.  membungkus beg-beg kami.  Bayangkan beg 9 orang nak bawa naik atas.  Kagum kejap dengan mereka.  Beg-beg kami dahla berat.  Almaklumlah 4 hari 3 malam di atas tu.. barang perempuan pulak tu.  Faham-faham sendirilah kalau perempuan berkemas tu macam mana.. hahahaha..




Perjalanan kami pun bermula.  Sambil-sambil jalan ambil gambar.. itupun kalau larat la.. hahaha.. Perjalanan kami sebelum sampai pos 1 perlu melalui padang rumput ditemani angin-angin dari gunung.. Panas tak terkata.. Memang perlukan topi atau sunblock yang tebal.. hahaha.. jalan jalan jalan.. lama tu barulah lalu tepi hutan.. alhamdulillah.. redup sikit..


Tibanya kami di pos 1 lebih kurang pukul 9.30 dan kami take 5 jap..minum air, bergambr n semua lah sblum memulakan perjalanan ke pos 2...pos 1 ni ada orang meniaga air tapi biasalah harganya agak mahal.. coke pon 6 hengget gak... biasalah.. kalau dah tiada pilihan, terpaksalah beli kalau dah tak tahan..

Perjalanan perlu diteruskan.. Baru Pos 1.. J Jalan jalan jalan kami sampai ke Pos 2.. Untuk sampai ke Pos 2, kami lalu kawasan yang berumput tebal dan dah mula mendaki.. Sampai-sampai di Pos 2, kami nampak 2 orang kakak group kami.. hahaha.. sampai awal mereka walaupun dari tadi tak nampak mereka lintas kami.. rupa-rupanya mereka sewa ojet (motosikal) untuk naik ke Pos 2 tu.. tanya jugak kenapa tak naik sampai atas je terus, katanya sebab ojet tu sampai Pos 2 je.. hahaha.. kalau tak silap harganya 250k rupiah jugak untuk naik dari bawah sampai ke Pos 2..

tengah deal nak naik ojet

Di Pos 2 ni, kami dilayan dengan sangat baik.. tikar dah dibentang dan dijamu makan siang bak kata orang Indonesia.. makan tengahari ditengah padang rumput tebal.. itulah kali pertama kami makan masakan porter.. sedap jugak mereka masak.. sepinggan penuh nasi mereka letak.. kesian banyak tak habis sebab kami kurang berselera nak makan.. almaklumlah letih bercampur jauh lagi perjalanan.. dah alang-alang berhenti lama, kami solat dan selesaikan apa yang patut sebelum ke Pos 3..



Dah selesai semua, kami mula jalan ke Pos 3 dan sampai lebih kurang pukul 2.30 petang dengan perjalanan ambil masa selama sejam setengah.. Pos ini yang terakhir sebelum menuju ke Bukit Penyesalan.. hahaha.. bukit yang memang mencabar emosi dan semangat.. asal jumpa orang mesti tanya berapa lama lagi nak sampai.. memang lama.. naik naik naik tak sampai-sampai.. dah nampak dah pucuk (puncak) tu tapi tak sampai-sampai jugak.. tapi alhamdulillah Allah kurniakan pemandangan yang sangat menarik buat peneman jiwa yang sedang bertarung hebat di dalam dada.. aderrr.. hahahaha... 

Segenap langkah perjalanan tu dikuatkan dengan pemandangan hijau di sekeliling yang cukup indah..  Allah juga kurniakan penghibur di antara kami.. siapa? Porter-porter la.. hahaha.. ayoohhh kak.. kita jalan.. merekalah yang bagi semangat kepada kami.. dengan beban yang berat bersama mereka masih lagi mampu tersenyum dan menyanyi bersama-sama.. takkan lari gunung dikejar katanya,, sedangkan kami beg hanya seketul je tapi muka tak boleh dah describe dah.. hahaha.. malu sendiri.. 


Jalan jalan jalan akhirnya kami tibalah di campsite kami lebih kurang pukul 5.30 petang.. dah nak gelap dah pun.. kami camp di Sembalun Crater Rim dengan pemandangan awan karpet yang cukup indah dan lain-lain lagi.. dari sini dah boleh nampak puncak Gunung Rinjani yang akan kami panjat esok pagi..   malam tu kami makan malam, dengar briefing untuk esok dan banyak berehat sambil menikmati pemandangan di atas gunung.. alhamdulillah Allah sampaikan juga aku untuk melihat ciptaan Allah..










No comments:

Post a Comment