Petikan daripada Buku Tangisan Umat tulisan Ebit Lew.
Satu hadis yang bila dikenang membuat kita
rasa sedih dan takut. Iaitu 3 jenis
orang yang sangat hebat di mata manusia dari segi amalan agama mereka.
Sebagaimana yang disebut pada hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ Pada hari kiamat orang pertama yang akan
dibuat keputusan azab ke atas mereka ialah seorang yang mati syahid. Orang itu akan dibawa dihadapan Allah
kemudian diperingatkan tentang nikmat-nikmat yang telah diberi oleh Allah
berikan kepadanya dan dia mengakui nikmat itu.
Kemudian Allah bertanya bagaimana kamu telah mempergunakan nikmat itu?
Dia menjawab: “ aku berjihad demi keredhaanMu sehingga aku
mati syahid.”
Allah berkata: " kamu dusta, kamu berjihad
hanya supaya digelar pahlawan dan kamu telah memperolehinya.” Kemudian hukuman pun
diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik dalam keadaan terlangkup dan
dihumban ke dalam neraka jahanam.
Orang kedua itu mempelajari ilmu lalu dia
ajarkan kepada orang lain dan dia juga membaca Al-Quran. Orang itu akan dibawa dihadapan Allah
kemudian diperingatkan tentang nikmat-nikmat yang telah diberi oleh Allah
kepadanya dan dia mengakui nikmat itu.
Kemudian Allah bertanya bagaimana kamu telah mempergunakan nikmat itu?
Orang itu menjawab: “ Aku mempelajari ilmu
dan aku mengajarkan kepada orang lain dan aku juga membaca Al-1Quran keranaMu”.
Allah berkata: " Kamu dusta, kamu mempelajari
ilmu agama supaya dikatakan orang sebagai alim, dan engkau membaca Al-Quran
hanya supaya dikatakan orang lain sebagai qari.”
Kemudian hukuman pun
diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik dalam keadaan terlangkup
dihumban ke dalam neraka jahanam.
Ketiga ialah orang yang diberi nikmat dunia
melimpah ruah dan harta yang banyak.
Orang itu akan dibawa dihadapan Allah kemudian diperingatkan tentang
nikmat-nikmat yang telah diberi oleh Allah kepadanya dan dia mengakui nikmat
itu.
Kemudian Allah bertanya bagaimana
kamu telah mempergunakan nikmat itu? Orang itu menjawab, :” Saya membelanjakan
semua harta yang Engkau beri di jalan yang Engkau suka dan hanya semata-mata
keranaMu.
Allah berkata: " Kamu dusta,
sebenarnya kamu melakukan itu semua hanya supaya dikatakan kamu sebagai
dermawan" . Kemudian hukuman diputuskan
untuk orang itu, lalu mukanya ditarik dalam keadaan terlangkup dan dihumban ke
dalam neraka jahanam.
-
Riwayat Muslim-
No comments:
Post a Comment