MasyaAllah..
Allah Maha Besar.
Kalau
dah ditakdirkan rezeki, tiada siapa yang dapat menghalangnya.
Peristiwa
yang diaturkan Allah.
Dah
lama ma mengirim untuk dibelikan roti canai di kedai berdekatan tempat kerja
aku tapi sering kali dikecewakan. Kadang kala kedai tutup ataupun tidak
dibenarkan bungkus.
Ditakdirkan
Allah
Hari
khamis lepas, kedai roti canai buka. Aku dari pukul 4 petang lagi dah
berkira-kira nak belikan atau tidak. Agak malas sebenarnya menunggu jika ramai
orang.
Sambil-sambil
aku bersiap di dalam kereta untuk pulang, hati masih lagi serba salah. Nak beli
ke taknak. Dah start kereta, aku mengambil keputusan untuk belikan saja. Lagipun
hari tu aku tak perlu berkejar-kejar untuk solat Asar di rumah.
Sambil
berjalan kaki, aku berkira-kira untuk belikan berapa biji. Serba salah untuk
menunggu jika sekadar ingin membeli dua biji. Menunggu biar berbaloi. Sampai saja di kedai, aku terus memesan 3
biji roti canai, 2 biji yang biasa dan sebiji roti telur. Masa tu, ikut kata
hati saja. Siapa yang akan makan aku tak tahu sebab perut aku dah kenyang.
Lama
jugak aku menunggu. Pukul 6 lebih aku baru dapat.
Sampai
saja di rumah, kelihatan kereta Pak Su Pa dari jauh. Oh, datang untuk berurut
kot.
Alhamdulillah,
rezeki Pak Su Pa rupanya roti canai ni. Gembira aku sambil segera hidangkan
kepada Pak Su Pa.
Alhamdulillah.
Rezeki
Paksu Pa sungguh.
***************************************************************
Dan
satu lagi yang buatkan aku sangat bersyukur.
Apabila
ada satu doa tu, aku baru saja amalkan seminggu ni hasil perkongsian daripada
ejen insuran aku, adik Nur Farhana.
Dan
alhamdulillah, Allah makbulkan dan tunjukkan aku kebesarannya yang Maha
Memakbulkan Doa.
Doanya
adalah
“
Wa ufawwidhu amri ilallah, innallah ha ba si rum bil ‘ibadd”
Dan
aku menyerahkan urusanku, kesakitanku, masalahku, ujianku, kesempitanku, kebimbanganku,
kerisauanku, kesedihanku kepada Allah yang Maha Melihat keadaan HambaNya,
Ya
Allah, janganlah kau serahkan diriku untuk menguruskan diri aku. kerana Kau
yang lebih tahu, Kau yang lebih mengenali aku daripada diri aku sendiri. kau
ilhamkanlah aku, Kau pimpinlah aku di setiap detik, setiap perasaan, setiap pemikiran,
setiap tindakan. Jangan Kau serahkan
semuanya kepada aku. Kerana apa pun yang
terjadi walaupun sebesar zarah semuanya berlaku atas keizinanMu.
Ya
Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.
Perkenankanlah
ya Allah.