Saturday, October 10, 2020

Kalau dah rezeki

MasyaAllah.. Allah Maha Besar.

Kalau dah ditakdirkan rezeki, tiada siapa yang dapat menghalangnya.


Peristiwa yang diaturkan Allah.

 

Dah lama ma mengirim untuk dibelikan roti canai di kedai berdekatan tempat kerja aku tapi sering kali dikecewakan. Kadang kala kedai tutup ataupun tidak dibenarkan bungkus.

 

Ditakdirkan Allah

Hari khamis lepas, kedai roti canai buka. Aku dari pukul 4 petang lagi dah berkira-kira nak belikan atau tidak. Agak malas sebenarnya menunggu jika ramai orang.

 

Sambil-sambil aku bersiap di dalam kereta untuk pulang, hati masih lagi serba salah. Nak beli ke taknak. Dah start kereta, aku mengambil keputusan untuk belikan saja. Lagipun hari tu aku tak perlu berkejar-kejar untuk solat Asar di rumah.

 

Sambil berjalan kaki, aku berkira-kira untuk belikan berapa biji. Serba salah untuk menunggu jika sekadar ingin membeli dua biji. Menunggu biar berbaloi.  Sampai saja di kedai, aku terus memesan 3 biji roti canai, 2 biji yang biasa dan sebiji roti telur. Masa tu, ikut kata hati saja. Siapa yang akan makan aku tak tahu sebab perut aku dah kenyang.

 

Lama jugak aku menunggu. Pukul 6 lebih aku baru dapat.

 

Sampai saja di rumah, kelihatan kereta Pak Su Pa dari jauh. Oh, datang untuk berurut kot.

 

Alhamdulillah, rezeki Pak Su Pa rupanya roti canai ni. Gembira aku sambil segera hidangkan kepada Pak Su Pa.

 



Alhamdulillah.

Rezeki Paksu Pa sungguh.

 

***************************************************************

Dan satu lagi yang buatkan aku sangat bersyukur.

 

Apabila ada satu doa tu, aku baru saja amalkan seminggu ni hasil perkongsian daripada ejen insuran aku, adik Nur Farhana.

 

Dan alhamdulillah, Allah makbulkan dan tunjukkan aku kebesarannya yang Maha Memakbulkan Doa.

 

Doanya adalah

 

“ Wa ufawwidhu amri ilallah, innallah ha ba si rum bil ‘ibadd”

Dan aku menyerahkan urusanku, kesakitanku, masalahku, ujianku, kesempitanku, kebimbanganku, kerisauanku, kesedihanku kepada Allah yang Maha Melihat keadaan HambaNya,

 

Ya Allah, janganlah kau serahkan diriku untuk menguruskan diri aku. kerana Kau yang lebih tahu, Kau yang lebih mengenali aku daripada diri aku sendiri. kau ilhamkanlah aku, Kau pimpinlah aku di setiap detik, setiap perasaan, setiap pemikiran, setiap tindakan.  Jangan Kau serahkan semuanya kepada aku.  Kerana apa pun yang terjadi walaupun sebesar zarah semuanya berlaku atas keizinanMu.

 

Ya Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.

Perkenankanlah ya Allah.

No comments:

Post a Comment