Tok tok tok..
“Kejap-kejap.” Laju aku menjawap sambil
berlari mendapatkan tudung apabila mendengar ketukan pintu itu. Sebelum itu,
aku dah mengintai dari tingkap apabila terdengar bunyi kereta melalui lorong
rumah ini. Dalam kepala ligat berfikir siapa yang datang kerana kebetulan pagi
itu aku masih belum mandi bersihkan diri.
“Ya, nak cari siapa?” Aku bertanyakan
soalan kepada tetamu yang mengetuk pintu tadi. Kelihatan seorang wanita muda,
sebaya kakak aku sedang menunggu di luar. Di tangannya sedang memegang sebuah
paperbag besar.
“Ni Su ya? Saya Kak Ili, kawan Kak
Izu.” Jawap dia perkenalkan diri sambil tersenyum. “Kak Izu ada kirim barang
untuk Su, ni dia.” Tambah dia lagi sambil menghulurkan paperbag yang dipegang.
Aku terus menyambutnya dengan muka yang penuh tertanya-tanya. Entah apa isinya.
“Apa-apa nanti tanya Kak Izu sendiri ye.” Kata Kak Ili ketika meminta izin
untuk mengundur diri.
Aku mengiringinya dengan penuh tanda
tanya.
Entah apa yang dikirimkan oleh Kak Izu
menjadi tanda tanya.
Setelah Kak Ili berlalu pergi, aku
segera masuk ke dalam bilik. Tak sabar rasanya hati untuk melihat apa yang
berada di dalam paperbag itu.
“Paperbag Samsung, oh mungkin Kak Izu
dah siap-siap belikan telefon untuk aku.” teringat perbualan di aplikasi
Whatsapp aku dengan dia semalam mengenai pilihan telefon yang aku ingin beli
bagi menggantikan telefon aku yang rosak dimasuki air.
Dalam paperbag, ada kotak besar.
Dalam kotak besar, ada satu sampul duit
raya.
Aku berdebar-debar ketika membuka
sampul duit raya tu. Mata aku dah mula berair.
Oh, ada duit.
“Banyaknya duit” getus aku ketika
mengeluarkan duit dari dalam sampul. Setitik demi setitik air mata sudah mula
mengalir. Entah apa yang aku rasa sehinggakan air mata semakin laju menuruni
wajahku.
1 2 3 4 …….. aku mula mengira kepingan
duit RM100 yang ada.. masyaAllah.. ada 9 keping, dan duit RM50 ada 3 keping..
menangis teruk aku. habis basah lencun baju yang aku pakai..
masyaAllah.. kuasa Allah. tak pernah
aku sangka. Aku menarik nafas dalam dan pada masa yang sama, laju tangan aku
menelefon kak izu ingin bertanyakan mengenai hadiah ini.
“Kak izu, dah dapat dah hadiah ni..
terima kasih” aku terus mengucapkan terima kasih. Dada terasa sebab, suara
sudah mulai serak.
“Bukan duit kak izu saja tu, tapi duit
semua. Kak izu kutip semua orang.” Aku mendengar penjelasan kak izu. Lagilah
dada aku terasa makin sesak..
“Oh yeke? Terima kasih banyak ye. “ aku
segera menamatkan panggilan. Bimbang nanti kak izu dapat mengesan suara aku
yang dah berubah.
Aku menangis semahu-mahunya.
masyaAllah. Alhamdulillah.
Tak pernah aku jangka aku akan dapat
sumbangan duit untuk membeli telefon baru. Banyak pulak tu. masyaAllah.
Terima kasih ya Allah.
Aku bersyukur dengan segala nikmatMu.
InsyaAllah akan aku gunakan telefon
baru ini dengan sebaik mungkin, dengan perkara yang akan memberikan pahala buat
yang menyumbang.
No comments:
Post a Comment