“Assalamualaikum
awak. Tengah buat apa?. Maafla telefon saya rosak masuk air. Ni baru beli
telefon lain.”
Tegur
aku secara berhati-hati.
Ada sesuatu yang perlukan penjelasan.
Hati seakan-akan dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Waalaikumsalam.
Ok awak.”
………
“Awak,
saya minta maaf.”
“Kenapa
tiba-tiba minta maaf ni? Awak dah ada orang lain ye? Kalau ada, cakap lah. Saya
ok je.”
“Ya
awak. Maaf.”
“Oh.
Ok2. Takpa.”
……………..
Sebelum
ini, janji akan datang rumah menjenguk wali aku.
Sebelum ini, janji akan kumpul duit untuk berkahwin tahun ini.
Sebelum ini, janji ditabur janji.
Harapan disambut dengan penuh pengharapan.
Sakit
hati?
Boleh saja aku mengamuk marah-marah.
Hati
hancur?
Boleh saja aku menangis seharian mengenangkan nasib.
Patah
hati?
Kecewa itu wajib ada.
Patutlah lain macam semenjak 2 menjak ni.
Ya
Allah.
REDHAKAN hatiku.
Aku yakin dan percaya ya Allah, setiap apa yang berlaku adalah ketentuanMu.
Aku yakin dan percaya, Engkau ambil hubungan ini kerana Engkau ingin gantikan yang lebih baik.
insyaAllah.
Ada sesuatu yang perlukan penjelasan.
Hati seakan-akan dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Sebelum ini, janji akan kumpul duit untuk berkahwin tahun ini.
Sebelum ini, janji ditabur janji.
Harapan disambut dengan penuh pengharapan.
Boleh saja aku mengamuk marah-marah.
Boleh saja aku menangis seharian mengenangkan nasib.
Kecewa itu wajib ada.
Patutlah lain macam semenjak 2 menjak ni.
REDHAKAN hatiku.
Aku yakin dan percaya ya Allah, setiap apa yang berlaku adalah ketentuanMu.
Aku yakin dan percaya, Engkau ambil hubungan ini kerana Engkau ingin gantikan yang lebih baik.
Allah tak pernah mungkin janji.
Engkaulah ya Bari' yang Maha Mengaturkan.
No comments:
Post a Comment