Monday, November 23, 2020

JAWAPAN KEPADA CONFESSION: MEMILIH ITU SALAH KE?

Hari ini masih lagi cuti sempena PKPB di Kelantan.
Alhamdulillah, selesai urusan di dapur tadi, aku luangkan masa untuk berFacebook.  Sedang scrol-scrol Facebook terjumpa post dari Page Confessions yang agak popular.
 
Kebetulan tajuknya…
MEMILIH ITU SALAH KE?
 
Biasanya aku sekadar membaca di angin lalu, tapi kali ini aku ringan tangan untuk berkongsi apa yang aku tahu dan sedang amalkan. Doakan aku.
 
Ini petikan komen aku buat confessor.
********************************
Jawapannya, tak salah pun memilih.
Saya nak kongsi beberapa tips jemput jodoh yang saya ada baca. In syaa Allah semoga ada kebaikannya.
 
1. Sabar dan syukur
Jodoh datang lambat, alhamdulillah. Ada masa dengan keluarga lagi. Asyik tak jumpa jodoh sepadan, alhamdulillah. Allah bagi pengajaran apa yang perlu diri kita baiki. Apa pun, alhamdulillah. Allah dah atur molek2 dah hidup kita.
 
2. Buat senarai ciri2 calon yang kita nak.
Yang ni saya dapat dari seorang kakak di Facebook. Lebih kurang macam law of attraction. Setiap hari, doa " Ya Allah, alhamdulillah, syukur ya Allah Engkau kurniakan aku suami yang gini gini gini.......".. Dah doa, percaya sungguh2 yang Allah akan pertemukan dengan dia. Macam mustahil, tapi tiada yang mustahil bagi Allah. Percayalah.
 
3. Minta orang doakan.
Kalau ada orang minta sedekah, bagi dan minta dia doakan" doakan saya dipermudahkan jodoh ye" atau apa2 doa la. Macam tak ikhlas, tapi itu usaha kita nak dapat jodoh. Tambah2 kalau anak2 kecil yang doa, lagilah cepat makbul sebab hati mereka bersih tanpa dosa.
 
4. Perbaiki diri.
Jodoh yang baik untuk orang yang baik. Sentiasa muhasabah diri dan jadi orang yang baik selalu ❤️
 
Cukup la kot 4.
 
Apa pun, tiada yang sempurna di dunia ini. Si dia mungkin 100% macam senarai kita, tapi pasti ada kelemahan dia disisi lain. Itulah tujuan perkahwinan, saling melengkapi.
Semoga dipermudahkan menjemput jodoh yang terbaik bagi yang sedang mencari dan dipermudahkan urusan menghalalkannya. Aaminn❤️

No comments:

Post a Comment