Hari
tu berkesempatan untuk berbual panjang dengan seseorang yang sangat dihormati. Lemah
lembut budi pekertinya dan sangatlah baik budi bicaranya. Alhamdulillah.
Apabila
mengetahui diri ini telah menjadi tunangan orang, ada si dia tetap titipkan beberapa
pesanan sebagai pegangan. Dan aku abadikan di sini sebagai nasihat buat diri.
**************************************************
Buat
CikSu yang dikasihi,
Kata
orang, tempoh bertunang ini adalah mencabar.
Bukan sekadar suka-suka, bukan sekadar tempoh untuk sibukkan diri dengan
persiapan majlis perkahwinan, apatah lagi pertunangan ini bukanlah tiket untuk
menghalalkan sesuatu maksiat dengan alasan calon suami telah pasti menjadi
milik kita.
MasyaAllah.
Jagalah
diri baik-baik.
Jagalah
hati baik-baik.
Jagalah
hubungan baik-baik.
Jagalah
iman sebaik mungkin.
Jadikanlah
tempoh bertunang ini sebagai satu tempoh untuk muhasabah diri. Banyakkan istighfar,
banyakkan memohon ampun dan bertaubat dari segala dosa yang pernah dilakukan. Semoga
Allah mengampuni segala dosa, segala perbuatan yang tidak baik, segala maksiat
hati dan anggota badan yang pernah dilakukan. Sebab apa? Sebab tanda syukur
kepada Allah yang kurniakan calon pasangan hidup kepada kita. Berapa ramai lagi
yang masih mencari jodoh, tapi masih belum dipertemukan, maka siapa kita untuk
menidakkan nikmat Allah yang satu ini?
Allah
itu Maha Mengaturkan perjalanan hidup kita. Usah disesali apa yang telah
berlaku, usah dikesalkan apa pernah dilakukan. Teruskan bertaubat kepada Allah,
teruskan melangkah dengan penuh rasa cinta dan sayang dalam hati untuk
istiqamah dalam penghijrahan diri. Bersyukurlah setiap peristiwa yang pernah
berlaku dalam hidup kita, yang tanpa sedar mengandungi hikmah yang cukup hebat
buat pegangan diri menghadapi masa depan.
Duhai
CikSu yang disayangi,
Menjadi
isteri solehah itu ada idaman setiap wanita yang bergelar isteri, yang telah
menyerahkan diri secara sah kepada seorang lelaki yang tidak pernah dikenali
sepenuhnya sebelum ini. Isteri solehah itu bukan satu anugerah yang boleh dapat
hanya dengan mengamalkan tips dari buku atau seperti pelajar yang lulus
peperiksaan, tapi isteri solehah adalah satu perjuangan yang perlu
diperjuangkan oleh seseorang yang bergelar isteri.
Ada
satu hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “ Jika
seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada
suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.”
Bagaimana cara menjadi
isteri solehah?
Banyakkan
berdoa pada Allah.
Teruskan
bertaubat dan istighfar atas segala dosa yang pernah dilakukan.
Belajar
ilmu sebanyak mungkin.
Jauhkan
diri dari maksiat yang akan menjadi kemurkaan Allah
Kawal
diri dari berhubung atau kembali kepada perangai lama yang tidak baik
Sayangi
diri selalu
Duhai
CikSu yang disayangi,
Yang
terakhir, ingatlah..
Seorang
suami itu adalah kurniaan Allah kepada awak, banyak hak dia yang perlu
dipenuhi. Maka, jadikanlah tempoh pertunangan ini adalah satu tempoh untuk perbaiki
diri, jaga hubungan pertunangan ini dari segala bentuk maksiat, supaya awak dan
dia akan dipersatukan dalam redha Allah.
Teruskan berdoa kepada Allah, teruskan mengadu dan serahkan semuanya
kepada Allah walau apa jua cabaran yang dihadapi kerana tiada daya dan upaya
kita melainkan semuanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
Sayang awak selalu kerana Allah.
No comments:
Post a Comment