Thursday, November 9, 2017

Positif sentiasa

"Tak perlu tunjuk rajinlah.  Bukannya dia pandai cakap terima kasih pun"

Haa.. Ada aura negatif di situ.  Kalau mampu menjauh, cepat-cepat la angkat kaki.  Bahaya.  Risau nanti akan menghantui hati dan perasaan. 

Buatlah yang terbaik untuk diri kita semasa bekerja.  Tak perlu harapkan penghargaan dari sesiapa, sebab nanti kita mungkin akan kecewa jika tidak dihargai  Buatlah yang terbaik untuk diri kita semasa bekerja.  Niatkan kerana Allah dan sentiasa ingin memperbaiki diri.  Kadang-kadang kesanggupan kita diuji, buat itu, buat ini namun tiada satupun yang berkaitan tugasan hakiki kita.  Buka hati, buka minda.  Terimalah tugasan tersebut dengan rela hati dan niatkan untuk tambah pengetahuan dan pengalaman diri.  Ada peluang, berbincanglah secara berhemah bukan sekadar bercakap di belakang.  Berhenti tanyakan apa yang dia boleh beri kepada kita, namun tanya pada diri, apakah sumbangan aku kepada dia.
.

Senyum selalu.  Positif sentiasa.  insyaAllah segalanya pasti baik-baik selalu. 

No comments:

Post a Comment