Thursday, November 16, 2017

KETENTUAN ALLAH ITU YANG TERBAIK

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksanan mengatur perjalanan hidupku selama ini.  Alhamdulillah diatas segala ujian, cabaran, rezeki yang kadang kala menjengah hidupku, yang kadang kala agak sukar untuk ku mengerti kenapa itu terjadi.  Why me? Orang putih cakap. 

Ayah
Lepas raya hari tu, su ada buat satu catatan di dalam blog ini.  Ayah ingat lagi tak? Catatan yang ada unsur-unsur tidak bersyukur dan mempersoalkan ketiadaan ayah dalam membantu su.  Kalau ayah ada pasti segalanya ok kan ayah.  Tapi kini baru su sedar.  Allah takdirkan sesuatu peristiwa yang tak terduga di akal fikiran semata-mata untuk menegur sikap su.  Allah itu Maha Berkuasa, Maha Kekal dan Maha Mendengar setiap masalah. 

“Kalau selama ini ayah yang bantu su selesaikan masalah,
 namun kini ayah sudah tiada. 
Kalau selama ini pergi berjalan-jalan dapat membahagiakan su, 
namun kini aku hadapi keterbatasan waktu dan kewangan.

Aku lupa,
Bahawa selama ini ayah dan harta bukanlah segalanya. 
Allah lah yang sentiasa ada di sisiku selalu.
Allah lah yang menyelesaikan masalah aku melalui perantaraan ayah.
Allah lah yang membahagiakan aku walaupun tanpa keluar daripada bilik sedikit pun

Maafkan aku,
Kerana terlupa semua itu.”


No comments:

Post a Comment