Status ini aku kongsi di Facebook dari seorang sahabat Facebook yang dikenali sebagai Abu Hanifah. Status dia 2 tahun yang lepas dan masa tu jugak aku pasang niat nak pergi umrah. InsyaAllah 1 Disember 2017 nanti aku akan menjejakkan kaki ke rumah Allah. Doakan aku ya.
************************************************************
Ada
seorang ustaz ni pesan pada saya,
.
‘Untuk
anak muda, setiap kali lepas solat, dalam sujud terakhir tu, lamakan sujud, dan
minta dalam doa, supaya Allah beri izin untuk jejakkan kaki ke Tanah Haram,
untuk ibadah Umrah sebelum usia sampai ke umur 40’.
.
‘Kenapa
kena minta sebelum usia 40 ustaz?’
.
‘sebabnya
orang kita, bila dah cecah usia 40, macam macam penyakit akan datang. Jadi kita
minta dengan Allah supaya kita dapat pergi masa kita kuat, masa kita sihat’.
.
Jadi
ini yang saya lakukan, selepas dapat sedikit peringatan dari ustaz tersebut.
.
Saya
kira, tidak sampai setahun pun selepas ustaz ni tinggalkan pesan, hari ini
Allah izin untuk saya beribadah disini.
.
Nak
kata saya ni senang dan mudah dengan duit tak juga, Tapi Allah yang izinkan,
dan asbab untuk saya ke sini juga Allah hantar keluarga dan teman teman yang
sentiasa bantu kita untuk perkara yang baik.
.
Bila
keinganan dinyatakan dengan usaha, inshaAllah. Allah akan beri jalan, Allah
akan bantu.
.
Tips
ini saya kongsikan buat kawan kawan seusia saya, ataupun yang lebih muda dari
saya. Mohon amalkan.
.
Saya
doakan buat semua yang membaca, semoga diberikan kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan untuk sampai disini, betul betul di depan
kain hitam yang menyentuh perasaan setiap insan yang memandangnya.
.
InshaAllah,
saya pasang niat untuk ke sini lagi tahun hadapan, siapa yang berhajat,
dan
berkehendak, boleh pm saya, kita pergi sama sama. InshaAllah ta'ala.
--
via abuhanifah
No comments:
Post a Comment