Kahwin ni dik macam ni..
Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga
Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh
Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan
Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit
kesan
Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun
tersenget hati sambil memendam
Ada ketika ipar duai mulut macam celaka
Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan
Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke
belakang
Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan
Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan
Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak
berjalan2
Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan
Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman
Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan.
Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta
padahal tak jadi kahwin in the future
Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka
Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to
each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada
diri akan bersama dalam duka dan suka.
Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul
3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung
sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.
Realiti tak sama dengan fantasi
No comments:
Post a Comment