Semalam
mendapat berita kematian suami seorang akak yang sama-sama sertai program
latihan.
Walaupun
aku tidaklah benar-benar mengenali arwah, namun aku sentiasa mengikuti
perkembangannya melalui akaun Facebook akak tersebut.
Arwah
seorang pejuang. Bukan seorang pejuang
tempur di medan perang, tapi musuhnya adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat
melalui mata kasar. Kanser darah mula
menyerang arwah setahun setahun lebih yang lalu selepas aku dan isterinya tamat
latihan.
Arwah
seorang pejuang.
Masih
aku ingat gambar-gambar status isterinya yang mereka sentiasa tersenyum
walaupun hadapi ujian yang berat.
Si
dia masih lagi tersenyum walaupun kepala dah botak kesan dari rawatan
kimoterapi.
Mereka
masih bersyukur walaupun terpaksa beraya di hospital kerana si suami sedang di
rawat..
Setianya
seorang isteri
Akak
itu masih lagi setia menemani walaupun dalam seminggu hanya sekadar sehari 2
mereka dapat pulang ke rumah.
Pokok-pokok
mawar kegemaran yang ditinggalkan di rumah juga tidak terjaga kerana suami
hanyalah satu.
Agak
serabut sikit penyusunan ayat kali ini.
Tiada
idea namun hati kuat ingin mencatat nota kelmarin.
Semoga
aku juga mampu jadi sebaik akak yang setia di sisi suami
Semoga
arwah ditempatkan bersama orang beriman.
Al-fatihah
No comments:
Post a Comment