Tuesday, November 28, 2017

Sesi Persediaan Umrah (1)

HAJI YANG DITERIMA ALLAH

1) Apa itu Haji yang diterima Allah?
Haji yang diterima Allah adalah hamba Allah yang dijanjikan balasan syurga..

Oleh itu,
Kita perlulah kekalkan perbuatan, perkataan dan tingkah laku kita sehingga kita mati.
Kita perlu sentiasa menjaga diri untuk pastikan kita mendapat syurga.
Bukan setakat 2 3 tahun berubah, namun peliharalah sehingga kita mati.

2) Ya Allah, aku menunaikan umrah kerana Allah
Hanya semata-mata kerana Allah
Hanya semata-mata kerana Allah

3) BUATLAH TARGET KITA..
Ya Allah, aku nak solat malam setiap malam ya Allah
Ya Allah, aku nak solat dhuha setiap hari ya Allah
Ya Allah, aku nak berpuasa isnin dan khamis ya Allah
Dan ...................................

4) Jangan ubah waktu tidur.. 
Pukul 1.30 pagi di Mekah adalah pukul 6.30 pagi di Malaysia.  Kita dah biasa bangun dah waktu tu. 


Ya Allah..
Semoga semuanya dipermudahkan.

*Petikan ceramah Prof Kamil – One Kuliah*

Doa yang baik-baik..

Doa yang baik-baik saja..

Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya..
Teruskan berdoa, teruskan berharap..

Tiada daya dan upaya melainkan semuanya dengan izin Allah 
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..


Wednesday, November 22, 2017

Lovehunters - Sambutlah Kasih

Hari
ketiga tanpa berita..


Sebenarnya,
kalau kita bersama-sama mahu 
membuang masa menatap bintang-bintang di kaki langit, 
hal itu takkan pernah berlaku

Sebab
aku hanya mahu merenung kamu.








Ternyata
kamu lebih indah. 

Devotees ~ Kekasih (Full)

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati


Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua


Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati


Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu




Tuesday, November 21, 2017

Dakmie - Yang Terindah (OST. Adamaya)

Semenjak kau hadir dalam hidupku 

Tiada lagi keresahan 
Kau mengetuk pintu hatiku 
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta 

Kau yang memberi rasa 
Kau yang ilhamkan bahagia 
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna 

Tika bahagia mula menjelma 
Bila keyakinan datang merasa 
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu 

Merindui dirimu 
Memiliki dirimu 
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta 

Kau yang memberi rasa 
Kau yang ilhamkan bahagia 
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta 

Hingga aku rasa indah


Monday, November 20, 2017

TAHAJUD






UNTUK AWAK




LIRIK LAGU I AM ME

I Want
I Want You
I Want
I Want You

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen

I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang


I Am Me
I Am Me
I Am Me

BUAT YANG TERBAIK

“The amount of money someone is willing to pay you 
will be in direct proportion to the amount of confidence 
they have in your ability to get then results."


Dalam apa pun aktiviti kita, buatlah yang terbaik
Jika beribadah, lakukan yang terbaik
Jika sedang bekerja mencari nafkah, buatlah yang terbaik
Jika sedang berusaha mencari jodoh, jadilah yang terbaik
Jika sedang jatuh dan lemah, jadilah yang terbaik diantara yang lemah

Teruskan tersenyum, doa yang baik-baik saja
Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang


KEAJAIBAN ITU MASIH ADA


Kata bijak pandai, “ Ada dua penyakit hati iaitu menyesal perkara yang telah terjadi dan takut dengan perkara yang belum terjadi”.

Siapa ada penyakit ini?
Terlalu banyak risau mengenai masa hadapan..
Masa belajar, risau tidak dapat kerja bagus la..
Masa dah kerja, risau nak cari calon pasangan la..
Masa dah dapat calon, risau mak ayah tolak pinangan la..
Masa dah setuju, risau hari majlis ada masalahla..
Dan seterusnya hidup dalam kerisauan..

Siapa ada masalah tersebut??

Sayang,

Yakin dan percayalah pada kuasa Allah.
Tiada daya dan upaya kita melainkan semuanya dengan izin Allah.
Teruskan berharap, teruskan berdoa, teruskan berusaha..
Andai kata itu bukan rezeki kita, percayalah

Allah itu Maha Bijaksana Mengatur segalanya. 

Thursday, November 16, 2017

PERIGI MENCARI TIMBA

Terima kasih
Kau bukan seperti yang lain
Kenakalanmu bisa mengatasi sikap garang aku
Senyumanmu ibarat api yang mampu mencairkan hatiku yang keras
Sikapmu yang bersahaja berjaya mengoyak perangai pentingkan diri aku
Penampilanmu yang kemas mengingatkan aku kepada hero kesayanganku
Kesabaranmu melayani sikapku bisa meruntuhkan nafsu keegoanku
Sikap tanggungjawabmu mencuit hati nuraniku
Keyakinanmu terhadap diriku menambahkan sayangku

Terima kasih
Andai kata ada jodoh kita
Harap sudilah jadikan diri ini sebagai pasangan sehidup semati
Terimalah aku sebagai amanahmu untuk di didik dan di jaga selalu
Kita jadikan perjuangan hidup kita untuk mendapatkan redha Allah
Semoga kita bersama sehingga di syurga Firdaus kelak

Terima kasih
Andai kata Allah tentukan yang sebaliknya
Semoga kita menerima dengan redha setiap yang Allah aturkan
Kerana Allah Maha Bijaksana tentukan yang terbaik untuk kita.




Yang Benar,
Perigi mencari timba

KETENTUAN ALLAH ITU YANG TERBAIK

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksanan mengatur perjalanan hidupku selama ini.  Alhamdulillah diatas segala ujian, cabaran, rezeki yang kadang kala menjengah hidupku, yang kadang kala agak sukar untuk ku mengerti kenapa itu terjadi.  Why me? Orang putih cakap. 

Ayah
Lepas raya hari tu, su ada buat satu catatan di dalam blog ini.  Ayah ingat lagi tak? Catatan yang ada unsur-unsur tidak bersyukur dan mempersoalkan ketiadaan ayah dalam membantu su.  Kalau ayah ada pasti segalanya ok kan ayah.  Tapi kini baru su sedar.  Allah takdirkan sesuatu peristiwa yang tak terduga di akal fikiran semata-mata untuk menegur sikap su.  Allah itu Maha Berkuasa, Maha Kekal dan Maha Mendengar setiap masalah. 

“Kalau selama ini ayah yang bantu su selesaikan masalah,
 namun kini ayah sudah tiada. 
Kalau selama ini pergi berjalan-jalan dapat membahagiakan su, 
namun kini aku hadapi keterbatasan waktu dan kewangan.

Aku lupa,
Bahawa selama ini ayah dan harta bukanlah segalanya. 
Allah lah yang sentiasa ada di sisiku selalu.
Allah lah yang menyelesaikan masalah aku melalui perantaraan ayah.
Allah lah yang membahagiakan aku walaupun tanpa keluar daripada bilik sedikit pun

Maafkan aku,
Kerana terlupa semua itu.”


Sunday, November 12, 2017

8 surah untuk diamalkan ketika hamil

  • -          Surah al-Fatihah

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

  • -          Surah Yusuf

Bagi yang inginkan cantik rupa dan cantik akhlak anak

  • -          Surah Yassin

Untuk ketenangan hati dan anak dijauhkan godaan syaitan yang mengajak ke arah maksiat

  • -          Surah Luqman

Untuk mempunyai anak cerdik akal dan cerdik jiwa

  • -          Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

  • -          Surah At-taubah

Untuk membersihkan jiwa dan terpelhara daripada maksiat

  • -          Surah Al-Hujurat

Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

  • -          Surah An-nahl ayat 79

Untuk melahirkan anak berdisiplin


Saturday, November 11, 2017

JANGAN BIMBANG | Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain, Dan L...

UNIC - Seindah Sabar (Official Lyric Video) ᴴᴰ

seringkali kita tertanya
mengapakah kita diuji
silih ganti
tak berhenti
kadang kala tak terdaya

ada waktu kita tak mampu
ada waktu kita keliru
kita rebah
meratapi nasib
bangkitkan semula harapan
kepadaNya
 حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر
musibah itu hikmah
 حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر
sabarlah menempuhi
dugaanNya
ujian itu pengajaran
untuk kita renung kembali
dimanakah letaknya
keimanan

fikirlah sedalamnya wahai insan

 حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر
muzibah itu hikmah

حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول
ونعم النصیر
cukup Allah bagiku
sebaik-baik pembantu

حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول
ونعم النصیر
khabarkan berita gembira
bagimu syurga
bagimu syurga


bagimu syurga




LET'S GO

Travel and tell no one, 
live a true love story and tell no one, 
live happily and tell no one, 
people ruin beautiful things
- Kahlil Gibran





I just wanna go on more adventures.  
Be around good energy.  
Connect with people.  
Learn new things. 
Grow

i love u

There is only one happiness in this life, to love and be loved. 
- George Sand

The best way to pursue happiness is to help other people.  
Nothing else will make you happier. 
- George Lucas

KENANGAN BERSAMA AYAH

Ayah ku sayang..

Ayah nak tahu tak..

Tadi su hantar abe min naik bas dekat Pasir Puteh.  Masa balik tu sambil-sambil layan perasaan, teringat yang su selalu teman ayah dulu kalau nak hantar sapa-sapa naik bas.  Tadi ma yang teman su ayah.  Su dok menggagau radio pun lagu yang ok cumalah radio klasik.  Aduh teringat kita nyanyi sama-sama.. hahaha.. 

Masa ayah mula-mula takda lagi su dah terkesan Cuma belum berkesempatan nak catat di sini.  Malam ni su nekad ayah.  Su nak tulis sebab su rindu sangat kenangan ni ayah. 

Dulu masa kita hantar sapa-sapa naik bas atau sambil-sambil tunggu su naik bas, kita mesti duduk tunggu dalam kereta je.  Pahtu ayah akan pasang lagu dekat radio.  Paling penting kita akan dengar radio klasik.  Malam-malam biasanya dia akan pasang lagu-lagu kegemaran ayah.  Haa apa lagi.  Menyanyilah kita dalam kereta tu.. hehehe.. su nyanyi perlahan je tapi ayah mesti tanya “Eh, Su nyanyi”.. terus terdiam su.. hehehe.. nak buat macam mana.  Dah terbiasa layan lagu dengan ayah.  Kalau atas kereta kita jalan jauh, mesti pasang lagu.  Kita dua masing-masing nyanyi nak hilangkan ngantuk.


Tapi itu dulu.  Sekarang tak lagi.  Su pasang lagu su yang nyanyi sorang-sorang.  Su rindu ayah sayang.  

Dia seorang pejuang

Semalam mendapat berita kematian suami seorang akak yang sama-sama sertai program latihan.

Walaupun aku tidaklah benar-benar mengenali arwah, namun aku sentiasa mengikuti perkembangannya melalui akaun Facebook akak tersebut.
Arwah seorang pejuang.  Bukan seorang pejuang tempur di medan perang, tapi musuhnya adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar.  Kanser darah mula menyerang arwah setahun setahun lebih yang lalu selepas aku dan isterinya tamat latihan. 

Arwah seorang pejuang.
Masih aku ingat gambar-gambar status isterinya yang mereka sentiasa tersenyum walaupun hadapi ujian yang berat.
Si dia masih lagi tersenyum walaupun kepala dah botak kesan dari rawatan kimoterapi.
Mereka masih bersyukur walaupun terpaksa beraya di hospital kerana si suami sedang di rawat..

Setianya seorang isteri
Akak itu masih lagi setia menemani walaupun dalam seminggu hanya sekadar sehari 2 mereka dapat pulang ke rumah.
Pokok-pokok mawar kegemaran yang ditinggalkan di rumah juga tidak terjaga kerana suami hanyalah satu.

Agak serabut sikit penyusunan ayat kali ini.
Tiada idea namun hati kuat ingin mencatat nota kelmarin.

Semoga aku juga mampu jadi sebaik akak yang setia di sisi suami
Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
Al-fatihah



Thursday, November 9, 2017

DREAM ON

Everytime that I look in the mirror
All these lines on my face getting clearer

The past is gone, it went by like dusk to dawn
Isn't that the way, everybody got the dues in life to pay
I know nobody knows
Where it comes and where it goes

I know it's everybody's sin
You got to lose to know how to win

Half my life's in books written pages
Lived and learned from fools and from sages
You know it's true
All the things come back to you

Sing with me, sing for the year
Sing for the laughter and sing for the tear
Sing with me, just for today
Maybe tomorrow the good Lord'll take you away


Sing with me, sing for the year
Sing for the laughter and sing for the tear
Sing with me, just for today
Maybe tomorrow the good Lord'll take you away


Dream on, dream on, dream on
Dream until your dream come true
Dream on, dream on, dream on
Dream until your dream come true

Dream on, dream on
Dream on, dream on
Dream on, dream on
Dream on


Sing with me, sing for the year
Sing for the laughter and sing for the tear
Sing with me, just for today
Maybe tomorrow the good Lord'll take you away
Sing with me, sing for the year
Sing for the laughter and sing for the tear
Sing with me, just for today
Maybe tomorrow the good Lord'll take you away

Never Give Up!


Quitters never win and winners never quit! I believe in you

Believe is such a magical word isn't it?

Positif sentiasa

"Tak perlu tunjuk rajinlah.  Bukannya dia pandai cakap terima kasih pun"

Haa.. Ada aura negatif di situ.  Kalau mampu menjauh, cepat-cepat la angkat kaki.  Bahaya.  Risau nanti akan menghantui hati dan perasaan. 

Buatlah yang terbaik untuk diri kita semasa bekerja.  Tak perlu harapkan penghargaan dari sesiapa, sebab nanti kita mungkin akan kecewa jika tidak dihargai  Buatlah yang terbaik untuk diri kita semasa bekerja.  Niatkan kerana Allah dan sentiasa ingin memperbaiki diri.  Kadang-kadang kesanggupan kita diuji, buat itu, buat ini namun tiada satupun yang berkaitan tugasan hakiki kita.  Buka hati, buka minda.  Terimalah tugasan tersebut dengan rela hati dan niatkan untuk tambah pengetahuan dan pengalaman diri.  Ada peluang, berbincanglah secara berhemah bukan sekadar bercakap di belakang.  Berhenti tanyakan apa yang dia boleh beri kepada kita, namun tanya pada diri, apakah sumbangan aku kepada dia.
.

Senyum selalu.  Positif sentiasa.  insyaAllah segalanya pasti baik-baik selalu. 

Early bird catches the worm

Biasanya orang kaitkan kata-kata ini dengan bangun diawal pagi untuk mencari rezeki.
Tapi kali ini aku ingin berkongsi mengenai sudut pandang aku dari kaca mata seorang pencari jodoh.

"Early bird catches the worm"

Kalau lambat nyatakan hasrat, melepas la kau.
Kalau tidak yakin dengan diri sendiri, pasti si dia akan menjadi milik orang.
Lepas tu dengan selamba berkata, "Sudah tiada jodoh dengan aku"

Heeiii
Usahalah kawan.
Mana tahu sebenarnya si dia suka dekat kau tapi sebabkan kau nampak macam tak serius pun, baiklah dia cari orang lain.
Sampai bila nak tunggu serius.
Umur makin meningkat, kesihatan semakin lemah.
Melepaslah kau "Kenapalah semua yang baik-baik dah jadi milik orang?"

Orang cakap perempuan tu kalau sudah move on, jangan haraplah dia nak kembali kepada kau lagi.
Hasratnya macam tu la.
Jangan kau menyesal kemudian hari sudah.
Dah!
Pergi cakap dekat dia yang kau harap kau dapat halalkan perhubungan tu
Dia tolak ke terima, itu bukan kuasa kau
Yang penting kau dah cakap
Kau lega, dia pun tenang
Sekurang-kurangnya status hubungan jelas dan nyata
Faham tak kawan?

Haa tunggu apa lagi?
Pergilah beritahu sekarang.

Thursday, November 2, 2017

BLACK - Anugerah Terindah (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

Lirik Lagu Anugerah Terindah – Black

Saat terlihatmu ada sesuatu

Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini



Namun hati menguasai diri

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya



Mampukah ku halang rasa cinta

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah



Kerap ku berdoa agar cinta kita

Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku janjiku padamu
Takkan ada cela cinta lain
Hanya kamu yang ku mahu selalu



Haruskah ku luahkan padamu

Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya



Mampukah ku halang rasa cinta

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah



Dan tak akan ada daya

Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama



Haruskah ku luahkan padamu

Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya



Yang terpendam sekian lama

Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah