Alhamdulillah..
Tepon su dah pun siap baiki.. setelah hampir sebulan hidup tanpa wasap dan
telefon di tangan.. Macam-macam Allah uji.. Tepon rosak, pahtu nak cari kedai
baiki lagi.. dah dapat kedai, kene order barang spare part pulak.. dah order,
tersalah pulak.. order yang murah lagi sebab bajet tak cukup.. dijadikan
cerita, yang murah tu tak sesuai pulak.. terpaksa order yang mahal semula..
ambil masa lagi untuk order semua tu. Lepas tu barulah semuanya selesai.. Allah
uji semua tu..
Sekadar
perkongsian hikmah dari telefon rosak hampir sebulan. Allah beri satu pengalaman yang sangat-sangat
berharga. Allahuakbar.. Allah Maha Besar
dan Maha Bijaksana mengatur perjalanan hidup aku. Tiada apa yang berlaku dengan sia-sia
melainkan ada sesuatu yang Allah ingin ajarkan.
Jadual
hidup aku banyak berubah semasa telefon rosak:
1. Lepas
Maghrib, aku luangkan masa membaca Al-Quran sebanyak mungkin.. baca dan baca
sampailah masuk waktu isyak. Kalau
terlalu penat, aku akan tertido gitu je.
2. Lepas
isyak, keluar bilik kejap. Sama ada
teman ma tonton televisyen atau kemas-kemas dapur atau lipat kain baju. Dah siap semua, masuk bilik, baca Surah
Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk terus tidur.
Kalau tak dapat tidur, zikirlah sampai tertido.
3. Waktu
kerja aku lebih effective. Aku dah tak
luangkan masa dengan telefon tapi sentiasa cari kerja untuk dibuat supaya tidak
bosan. Macam-macam aku buat.
4. Aku
boleh bangun tahajud sebab tidur awal. Yang ni paling aku sayang dan aku
cinta. Sebab Allah bantu aku untuk
bangun tahajud. Alhamdulillah syukur
pada Allah yang uji aku dengan telefon rosak.
Aku
harap sangat, walaupun Allah dah kembalikan telefon aku, aku tidak akan hanyut
dengan telefon lagi. Aku harap sangat
semua amal ibadat yang aku lakukan semasa tiada telefon sebelum ini dapat
diteruskan. Aku harap sangat aku tiada
akan lupa dengan Allah walaupun ketika aku senang. Sebab Allah tidak pernah lupakan aku ketika
aku susah.
Allah
tak pernah uji manusia tanpa sebab.
Allah uji sebab nak tunjuk hikmah disebalik apa yang berlaku. Percayalah.. tiada sesuatu pun yang berlaku
di dunia ni tanpa sebab. Pasti ada
hikmah yang tersembunyi walaupun sekadar bertemu dengan seseorang yang tidak
dikenali pada hari tersebut. Pasti ada
sesuatu yang Allah nak tunjuk.
No comments:
Post a Comment