SubhanaAllah..
nikmat apa lagi yang kamu dustakan?
Cerita
hari semalam tapi baru nak diceritakan hari ini. Baru ada mood kata orang. Hee
Entah
kenapa, sampai je rumah lepas balik dari kerja, aku terus capai buku “Umrah ke
Langit, Umrah ke Laut” dan baring atas kerusi sofa tempat kegemaran aku. Terus aku baca. Biasanya, kalau aku sampai je rumah, perkara
pertama aku cari adalah nasi, tapi semalam tidak. Aku berusaha baca helaian demi helaian. Aku fikir mungkin sebab aku target nak habiskan
buku tu semalam. Sebab itu aku berusaha
baca bersungguh sungguh tu sampai lupa nak macam.
Baca
dan baca. Helaian demi helaian aku
selak. Sekali sampai satu bab yang berkisarkan tentang bersangka buruk di Mekah
dan aku tersentap apabila baca huraiannya:
Firman Allah SWT dalam surat Al-Hujuraat ayat 12 maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari
prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu
mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat
sebahagian yang lain.
Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya
yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima
Taubat lagi Maha Penyayang”.
Apabila
aku baca je ayat tu, terus terasa sesak dada.
Ibarat peluru ditembak tepat terkena jantung. Aku terdiam.
Allah nak tegur aku. Ya Allah,
maafkan aku.
Teringat
perangai aku petang itu semasa di tempat kerja.
Nak dijadikan cerita, Allah takdirkan kawan sekerja aku terjumpa sesuatu
yang kami tidak sangka. Memang kami
tidak pernah sangka sesuatu perkara seperti itu walaupun sebelum ini kami
pernah juga bermain teka teki namun apabila tiada jawapan, persoalan itu
seakan-akan hilang ditelan masa. Sebab itu,
kami seakan-akan terkejut apabila Allah takdirkan kami terjumpa hal itu.
Kami
seakan-akan masih lagi tidak percaya.
Persoalan itu kembali menghantui kami.
Teruknya kami apabila sanggup mengeluarkan pelbagai teori-teori yang
mungkin terlibat dalam hal tersebut tanpa sedikitpun terfikir yang kami sudah
bersangka buruk dengan si dia. Kami lebih
selesa membuat anggapan sendiri tanpa sedetik pun terfikir bahawa itu perihal
dia, bukan urusan kami.
Ya
Allah, ampunkan kami, ampunkan kesalahan kami yang dilakukan tanpa sedar ya
Allah.
Maafkan
kami ya Allah. Kami bersalah. Allah tegur aku dalam aku tidak sedar. Allah tegur aku dengan cara yang amat
halus. Ya Allah. Ampunilah kami.
No comments:
Post a Comment