Tadi
lewat petang, aku dilanda sedikit kekecewaan.
Entah kenapa, hati aku ibarat diletak bawah mendung kelabu, sedikit lagi
akan ditimpa hujan badai. Seakan-akan
ingin turut sama menyertai hujan lebat di luar sana.
“
Aku suruh dia sambung belajar.” Ayat dari si dia berkenaan A itu ringkas namun
terus mematikan mood aku. Entahlah. Hati aku berat terasa. Aku ingatkan si A akan mengambil tugas aku
sebagai PA si dia namun lain pula perancangan si dia. Sikit lagi air mata ingin menitis mengenang
nasib. Ya Allah dugaan apakah ini. Aku merancang, si dia merancang dan Allah
sebaik-baik Perancang.
Selesai
solat Maghrib, aku capai al-quran terjemahan berkulit tebal itu. Al-quran itu pemberian abang aku semasa
aktiviti keluarga tukar-tukar hadiah 2 tahun lepas. Tangan aku bermain-main penanda di al-quran
tersebut. Tak aku sangka, tiba-tiba aku
terbuka Surah Maryam dan mata aku terus menuju kepada terjemahannya.
Allah
berfirman dalam surah Maryam ayat 1 hingga 9 yang bermaksud:
1. Kaaf Haa Yaa ‘Aiin
Shaad.
2. (Ini adalah)
penjelasan tentang rahmat Tuhanmu kepada hambaNya, Zakaria.
3. Ketika Nabi Zakaria a.s. berdoa kepada
Tuhannya dengan suara yang lembut.
4. Dia (Zakaria) berkata, “ Ya Tuhanku,
sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku
belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu ya Tuhanku”
5. “ Sesungguhnya aku
bimbang terhadap kerabatku dalam menyempurnakan tugas agama sepeninggalanku,
isteriku pula seorang yang mandul, maka anugerahilah aku seorang anak lelaki
daripada sisiMu.”
6. “ Yang akan
mewarisi aku dan mewarisi keluarga Nabi Yaaqub a.s. dan jadikanlah dia ya
Tuhanku, seorang yang diredhai”.
7. ( Allah
berfirman), “ wahai Zakaria! Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan
seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami belum pernah memberikan nama
seperti itu sebelumnya.”
8. Dia (Zakaria)
berkata, “ Ya Tuhanku, bagaimana aku akan mempunyai anak, sedangkan isteriku
seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai usia yang
sangat tua?”
9. (Allah) berfirman,
“Demikianlah keadaannya dan jangan dihairankan.” Tuhanmu berfirman, “ Hal itu
mudah bagiKu, sesungguhnya engkau telah Aku ciptakan dahulu, padahal pada waktu
itu engkau belum wujud sama sekali.”
SubhanaAllah..
Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku. Allah gerakkan tangan aku untuk memujuk aku
dengan ayat al-quran ini.
“Su,
jangan sesekali bersikap lemah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Hal apa pun amat mudah bagi Allah
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Jangan pernah kecewa dan berputus asa jika
hajat belum dimakbulkan. Jangan pernah
kecewa dengan Allah. Tiada yang mustahil
Su! Percayalah!”
No comments:
Post a Comment