Friday, August 4, 2017

ILHAM DARI ALLAH

“Kalau tak boleh ubah si dia, ubahlah cara kita menangani si dia.”

Itu sahaja nasihat yang sesuai.  Entahlah.. Rasa agak sakit hati, tidak selesa dan serba tak kena penuh di hati petang ini.  Entah kenapa peristiwa pagi tadi memenatkan aku.  Bukan tidak pernah terpaksa alami peristiwa itu, tapi entahla.. setiap kali perkara tersebut terjadi, setiap kali itulah hati serabut.  Mulut berbunyi tapi kalau di depan, tiada apa yang mampu diluahkan seakan-akan terkunci.  Kami sudah mati kata-kata.  Tiada apa yang mampu diluahkan lagi.  Penat terlalu penat melayani sikap si dia.  Setiap kali ditegur, baru bergerak.. seakan-akan paku dan tukul.  Sekali diketuk, sekali masuk ke dalam. 

Aku termenung mengenang nasib.
Sampai bila aku mampu bertahan begini.
Sakit aku, derita aku, tekanan perasaan aku tidak pernah cuba untuk difahami.
Bukan sekadar aku.
Kawan-kawan aku juga mempunyai nasib yang sama.
Entah apalah nasib kami.

Tiba-tiba
Allah hadirkan satu ilham
Satu petunjuk yang datangnya dari Allah
Satu fikiran yang timbul hasil dari pengalaman
Dan yang pasti
Semuanya dengan izin Allah..

“Jika tidak mampu mengubah sesuatu, ubahlah dirimu untuk menerima sesuatu itu”

Serba ringkas cukup padat menyentuh hatiku.
Iya, aku tak akan mampu untuk mengubahnya..
Tapi aku mampu untuk mengubah diriku untuk terimanya.

“Ubahlah dirimu su, cuba fikirkan sesuatu untuk membantu anak-anak itu.  Biarkan si dia dengan angan-angan dan sikapnya yang tidak mungkin aku fahami.  Bantulah anak-anak itu. 


Semoga Allah sentiasa bimbing aku.

Sayang Allah sentiasa.

No comments:

Post a Comment