Wednesday, August 30, 2017

SURAT BUAT BAKAL SUAMIKU

Assalamualaikum

Ke hadapan bakal suamiku
Surat ini hanyalah untuk memperkenalkan diriku sebagai bakal isterimu dan kamu adalah bakal suamiku.

Yang benar,

Bakal isterimu

Tuesday, August 29, 2017

PASTI ADA HIKMAH

Alhamdulillah.. Tepon su dah pun siap baiki.. setelah hampir sebulan hidup tanpa wasap dan telefon di tangan.. Macam-macam Allah uji.. Tepon rosak, pahtu nak cari kedai baiki lagi.. dah dapat kedai, kene order barang spare part pulak.. dah order, tersalah pulak.. order yang murah lagi sebab bajet tak cukup.. dijadikan cerita, yang murah tu tak sesuai pulak.. terpaksa order yang mahal semula.. ambil masa lagi untuk order semua tu. Lepas tu barulah semuanya selesai.. Allah uji semua tu..

Sekadar perkongsian hikmah dari telefon rosak hampir sebulan.  Allah beri satu pengalaman yang sangat-sangat berharga.  Allahuakbar.. Allah Maha Besar dan Maha Bijaksana mengatur perjalanan hidup aku.  Tiada apa yang berlaku dengan sia-sia melainkan ada sesuatu yang Allah ingin ajarkan.

Jadual hidup aku banyak berubah semasa telefon rosak:

1.  Lepas Maghrib, aku luangkan masa membaca Al-Quran sebanyak mungkin.. baca dan baca sampailah masuk waktu isyak.  Kalau terlalu penat, aku akan tertido gitu je.
2.    Lepas isyak, keluar bilik kejap.  Sama ada teman ma tonton televisyen atau kemas-kemas dapur atau lipat kain baju.  Dah siap semua, masuk bilik, baca Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk terus tidur.  Kalau tak dapat tidur, zikirlah sampai tertido.
3.    Waktu kerja aku lebih effective.  Aku dah tak luangkan masa dengan telefon tapi sentiasa cari kerja untuk dibuat supaya tidak bosan.  Macam-macam aku buat. 
4.    Aku boleh bangun tahajud sebab tidur awal. Yang ni paling aku sayang dan aku cinta.  Sebab Allah bantu aku untuk bangun tahajud.  Alhamdulillah syukur pada Allah yang uji aku dengan telefon rosak.
Aku harap sangat, walaupun Allah dah kembalikan telefon aku, aku tidak akan hanyut dengan telefon lagi.  Aku harap sangat semua amal ibadat yang aku lakukan semasa tiada telefon sebelum ini dapat diteruskan.  Aku harap sangat aku tiada akan lupa dengan Allah walaupun ketika aku senang.  Sebab Allah tidak pernah lupakan aku ketika aku susah.

Allah tak pernah uji manusia tanpa sebab.  Allah uji sebab nak tunjuk hikmah disebalik apa yang berlaku.  Percayalah.. tiada sesuatu pun yang berlaku di dunia ni tanpa sebab.  Pasti ada hikmah yang tersembunyi walaupun sekadar bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali pada hari tersebut.  Pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk.



Monday, August 21, 2017

ALLAH TEGUR AKU..

SubhanaAllah.. nikmat apa lagi yang kamu dustakan?

Cerita hari semalam tapi baru nak diceritakan hari ini.  Baru ada mood kata orang. Hee

Entah kenapa, sampai je rumah lepas balik dari kerja, aku terus capai buku “Umrah ke Langit, Umrah ke Laut” dan baring atas kerusi sofa tempat kegemaran aku.  Terus aku baca.  Biasanya, kalau aku sampai je rumah, perkara pertama aku cari adalah nasi, tapi semalam tidak.  Aku berusaha baca helaian demi helaian.  Aku fikir mungkin sebab aku target nak habiskan buku tu semalam.  Sebab itu aku berusaha baca bersungguh sungguh tu sampai lupa nak macam.

Baca dan baca.  Helaian demi helaian aku selak. Sekali sampai satu bab yang berkisarkan tentang bersangka buruk di Mekah dan aku tersentap apabila baca huraiannya:

Firman Allah SWT dalam surat Al-Hujuraat ayat 12 maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.

Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.

Apabila aku baca je ayat tu, terus terasa sesak dada.  Ibarat peluru ditembak tepat terkena jantung.  Aku terdiam.  Allah nak tegur aku.  Ya Allah, maafkan aku.

Teringat perangai aku petang itu semasa di tempat kerja.  Nak dijadikan cerita, Allah takdirkan kawan sekerja aku terjumpa sesuatu yang kami tidak sangka.  Memang kami tidak pernah sangka sesuatu perkara seperti itu walaupun sebelum ini kami pernah juga bermain teka teki namun apabila tiada jawapan, persoalan itu seakan-akan hilang ditelan masa.  Sebab itu, kami seakan-akan terkejut apabila Allah takdirkan kami terjumpa hal itu.

Kami seakan-akan masih lagi tidak percaya.  Persoalan itu kembali menghantui kami.  Teruknya kami apabila sanggup mengeluarkan pelbagai teori-teori yang mungkin terlibat dalam hal tersebut tanpa sedikitpun terfikir yang kami sudah bersangka buruk dengan si dia.  Kami lebih selesa membuat anggapan sendiri tanpa sedetik pun terfikir bahawa itu perihal dia, bukan urusan kami.

Ya Allah, ampunkan kami, ampunkan kesalahan kami yang dilakukan tanpa sedar ya Allah.

Maafkan kami ya Allah.  Kami bersalah.  Allah tegur aku dalam aku tidak sedar.  Allah tegur aku dengan cara yang amat halus.  Ya Allah. Ampunilah kami. 

Friday, August 18, 2017

ALLAH PUJUK AKU...

Tadi lewat petang, aku dilanda sedikit kekecewaan.  Entah kenapa, hati aku ibarat diletak bawah mendung kelabu, sedikit lagi akan ditimpa hujan badai.  Seakan-akan ingin turut sama menyertai hujan lebat di luar sana.

“ Aku suruh dia sambung belajar.” Ayat dari si dia berkenaan A itu ringkas namun terus mematikan mood aku.  Entahlah.  Hati aku berat terasa.  Aku ingatkan si A akan mengambil tugas aku sebagai PA si dia namun lain pula perancangan si dia.  Sikit lagi air mata ingin menitis mengenang nasib.  Ya Allah dugaan apakah ini.  Aku merancang, si dia merancang dan Allah sebaik-baik Perancang.

Selesai solat Maghrib, aku capai al-quran terjemahan berkulit tebal itu.  Al-quran itu pemberian abang aku semasa aktiviti keluarga tukar-tukar hadiah 2 tahun lepas.  Tangan aku bermain-main penanda di al-quran tersebut.  Tak aku sangka, tiba-tiba aku terbuka Surah Maryam dan mata aku terus menuju kepada terjemahannya.   

Allah berfirman dalam surah Maryam ayat 1 hingga 9 yang bermaksud:

1. Kaaf Haa Yaa ‘Aiin Shaad.

2. (Ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhanmu kepada hambaNya, Zakaria.

3.  Ketika Nabi Zakaria a.s. berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.

4.  Dia (Zakaria) berkata, “ Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu ya Tuhanku”

5. “ Sesungguhnya aku bimbang terhadap kerabatku dalam menyempurnakan tugas agama sepeninggalanku, isteriku pula seorang yang mandul, maka anugerahilah aku seorang anak lelaki daripada sisiMu.”

6. “ Yang akan mewarisi aku dan mewarisi keluarga Nabi Yaaqub a.s. dan jadikanlah dia ya Tuhanku, seorang yang diredhai”.

7. ( Allah berfirman), “ wahai Zakaria! Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami belum pernah memberikan nama seperti itu sebelumnya.”

8. Dia (Zakaria) berkata, “ Ya Tuhanku, bagaimana aku akan mempunyai anak, sedangkan isteriku seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua?”

9. (Allah) berfirman, “Demikianlah keadaannya dan jangan dihairankan.” Tuhanmu berfirman, “ Hal itu mudah bagiKu, sesungguhnya engkau telah Aku ciptakan dahulu, padahal pada waktu itu engkau belum wujud sama sekali.”

SubhanaAllah.. Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku.  Allah gerakkan tangan aku untuk memujuk aku dengan ayat al-quran ini. 

“Su, jangan sesekali bersikap lemah kerana Allah itu Maha Berkuasa.  Hal apa pun amat mudah bagi Allah sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segalanya.  Jangan pernah kecewa dan berputus asa jika hajat belum dimakbulkan.  Jangan pernah kecewa dengan Allah.  Tiada yang mustahil Su! Percayalah!”

Tuesday, August 8, 2017

LATIHAN COPYWRITING

Sekadar menyibuk latihan kawan baik aku yang ada menjual MJ


Kisah di suatu petang,

 “ Abahnya, buat apa layan bercakap dengan Diva tu? Kalau bercakap dengan saya ni ada jugak faedahnya,” bebel Mak Jemah apabila melihat suaminya, Pak Ali sering menghabiskan masa dengan burung kak tuanya yang diberi nama Diva tu.  Terasa hati pun ada jugak.  Maklumlah, Pak Ali lebihkan Diva tu daripada dia.  Sikit-sikit Diva. Ada apa-apa berlaku, pasti akan diceritakan kepada Diva dulu.  Kadang-kadang nak makan pun sanggup bawa pinggan keluar rumah semata-mata nak Diva temankan.  Siapa tak jeles kan?
.
Teringat masa dulu-dulu.  Waktu Mak Jemah masih lagi awet muda, muka licin berseri.  Pak Ali tu la yang tergedik-gedik setiap petang temankan dia pergi kedai.  Masa dating, macam-macam Pak Ali cerita nak tarik hati dia.  Pernah satu ketika, Pak Ali buka cerita kelakar.  Sampai sesak nafas dia ketawa.  Tapi semua tu dulu.  Sekarang tak lagi.  Sekarang semuanya mengenai Diva.
.
“Tapi takpa, kali ni mesti abahnya akan terkejut dan ternganga.  Tadi si Yani ada kasi aku detox clay mask ni.  Lengkap dengan tuala microfibre lagi.  Katanya boleh serap dan tarik semua kotoran pada kulit.  Mask tu pulak boleh hilangkan parut dekat muka ni.. haa nanti bersih dan licin la muka aku.  Pasti ayahnya akan melompat terkejut nanti..”

Selepas 3 hari kemudian,

“ Maknya, awak ada nampak air dekat bawah katil kita tak?” Pak Ali bertanya pada Mak jemah.

“Air apa ayahnya?” Mak Jemah Tanya kembali dengan muka berkerut.  Entah air apa yang ada di bawah katil tu.

“ Alaaa.. air pengasih la.. Sebab saya rasa makin hari makin kasih pula saya dekat awak sejak 2 3 hari ni. “ Pak Ali bermain kata seperti zaman bercinta dulu. 

Alahai sukanya hati Mak Jemah.  Tak sia-sia dia terima pelawaan si Yani 3 nak bantu masalah dia hari lepas. Yani bagi pinjam sikit je nak buat tester.  Takpa.. Kali ni Mak jemah beli sendiri. Harga pun tengah murah katanya, ada promosi hebat sempena bulan 8.  Harga RM85 je untuk Detox Clay Mask dan Tuala Microfibre.

Ada yang nak beli sama macam Mak Jemah? Nanti kita sama-sama lawa depan suami.  Makin hari makin sayang.. 

Saturday, August 5, 2017

HARAPAN HATI

"Jangan berharap.. nanti kau akan sakit"
hmm.. itulah yang selalu aku dengar
itulah yang selalu orang nasihatkan dekat aku

hati masih lagi takut
kenangan lalu mematahkan semangat aku untuk berharap
tapi entahla..
jauh di sudut hati aku harapkan segalanya sempurna
segalanya pasti sempurna..

segalanya pasti sempurna.


nak berjaya ke?








hobi membaca



Friday, August 4, 2017

untuk kamu


ILHAM DARI ALLAH

“Kalau tak boleh ubah si dia, ubahlah cara kita menangani si dia.”

Itu sahaja nasihat yang sesuai.  Entahlah.. Rasa agak sakit hati, tidak selesa dan serba tak kena penuh di hati petang ini.  Entah kenapa peristiwa pagi tadi memenatkan aku.  Bukan tidak pernah terpaksa alami peristiwa itu, tapi entahla.. setiap kali perkara tersebut terjadi, setiap kali itulah hati serabut.  Mulut berbunyi tapi kalau di depan, tiada apa yang mampu diluahkan seakan-akan terkunci.  Kami sudah mati kata-kata.  Tiada apa yang mampu diluahkan lagi.  Penat terlalu penat melayani sikap si dia.  Setiap kali ditegur, baru bergerak.. seakan-akan paku dan tukul.  Sekali diketuk, sekali masuk ke dalam. 

Aku termenung mengenang nasib.
Sampai bila aku mampu bertahan begini.
Sakit aku, derita aku, tekanan perasaan aku tidak pernah cuba untuk difahami.
Bukan sekadar aku.
Kawan-kawan aku juga mempunyai nasib yang sama.
Entah apalah nasib kami.

Tiba-tiba
Allah hadirkan satu ilham
Satu petunjuk yang datangnya dari Allah
Satu fikiran yang timbul hasil dari pengalaman
Dan yang pasti
Semuanya dengan izin Allah..

“Jika tidak mampu mengubah sesuatu, ubahlah dirimu untuk menerima sesuatu itu”

Serba ringkas cukup padat menyentuh hatiku.
Iya, aku tak akan mampu untuk mengubahnya..
Tapi aku mampu untuk mengubah diriku untuk terimanya.

“Ubahlah dirimu su, cuba fikirkan sesuatu untuk membantu anak-anak itu.  Biarkan si dia dengan angan-angan dan sikapnya yang tidak mungkin aku fahami.  Bantulah anak-anak itu. 


Semoga Allah sentiasa bimbing aku.

Sayang Allah sentiasa.

Thursday, August 3, 2017

BERSAMA BANTU MEREKA

“Cikgu, bagaimana dengan prestasi anak saya? “seorang ibu bertanya dengan lembut ambil menunggu aku menyelesaikan urusan pembayaran yuran anaknya.
.
“Anak puan ya? Dia boleh membaca cuma kadang-kadang agak merangkak sedikit.“ aku menjawab menerangkan serba sedikit prestasi anaknya setakat pengetahuan aku.
.
“ Saya risau cikgu.  Tahun depan sudah nak masuk Darjah 2 tapi masih belum pandai membaca.  Sempat tak boleh membaca akhir tahun ni? Saya risau anak saya akan ketinggalan subjek-subjek yang lain kerana tidak pandai membaca.”  Si ibu meluahkan perasaan risaunya.  Iyalah.  Ibu mana yang boleh bertenang apabila seorang anak ketinggalan dari anak-anak yang lain.
.
“ Saya faham perasaan puan dan saya hargai usaha puan masukkan dia ke dalam kelas tuisyen ini.  Anak puan walaupun tak pandai membaca tapi dia rajin dan ada keinginan nak membaca tu.  Tadi pun anak puan minta saya bekalkan dia beberapa salinan nota bacaan untuk dia belajar di rumah.  Jadi sekarang ini saya mampu katakan anak puan insyaAllah boleh membaca tahun ini dengan syarat kita sama-sama sokong dia.  Kami di sini cuba sehabis mungkin untuk membolehkan dia pandai membaca sebelum masuk tahun depan dan puan juga perlu awasi dia di rumah.  Dengan izin Allah, dengan usaha kita semua, anak puan pasti boleh membaca nanti.” Panjang lebar aku memberikan semangat kepada ibu tersebut dengan harapan si ibu itu jangan putus asa.  Seperti kami juga di sini. J
.
Itulah hati seorang ibu.  Setiap masa merisaukan anak-anaknya.  Pelajaran anaknya sentiasa dipantau bagi memastikan mereka tidak ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.  Bersabarlah ibu.  Jangan sesekali putus asa dengan kemampuan anak-anak kerana mereka juga mampu berjaya.  Berikan sepenuh keyakinan dan semangat kepada mereka kerana mereka perlukannya.

MEREKA MUNGKIN LAMBAT, TAPI MEREKA PASTI BERJAYA JUGA!!!!




Wednesday, August 2, 2017

Pesanan Jack Ma

Pesanan-pesanan Jack Ma si Ali Baba kepada 'penulis baharu'

·  Adakah perlu jadi seorang yang genius, banyak maklumat dalam kepala baru dapat menulis buku pertama?

Kata dia, "We are not smart people but we are very optimistic. We believe in the future (then we write)."

·  Nanti-nantilah tulis buku pertama, orang tunggu sayakah?

Jawab Jack Ma, "We believe, if we are not succeed, somebody will (write first book)."

·  Bagaimana mahu jadi penulis yang melekat bersama pembaca?

Jack Ma menambah, "We need to be humble and serve the customer (reader). If customer (reader) like us, we have the future (and keep creating an optimistic future)."

·  Bolehkah saya tunggu buku siap?

Jika menunggu maka, "If you don't work hard (learning and writing), you don't see a sunshine."

·  Saya nak ubah dunia dan saya mahu marah dunia yang bobrok ini dengan kata-kata saya.

Respon Jack Ma, "If you complaint, nobody will follow you. Nobody love to follow a leader (author) who complaint a lot."

·  Apakah satu perasaan paling penting mesti ada pada penulis terhadap penulisan dan pembaca?


"Love your job (writing), love your customer (reader)."