Wednesday, May 24, 2017

Gunung Rinjani (Day 5)

13 Mei 2017.  Perjalanan terakhir kami menuju ke Senaru Village. 

Ramai dah bangun walaupun jam baru menunjukkan pukul 4 pagi.  Katanya sebab dah tak tahan sejuk.  Haha.. Pagi tu kami bersarapan dan menikmati pemandangan di dalam hutan.  Tengah-tengah sarapan ada pulak sekumpulan monyet datang mencari makanan.  Besar-besar pulak tu.  Nasib baik monyet ni tak garang sangat.  Bagi yang berani, kami ambil peluang beri roti kepada monyet-monyet tu.  Banyak pulak roti yang tak habis makan jadi tu rezeki monyet tu la.  Yang lawak ada sorang porter ni buat ala-ala pegang senapang menggunakan tongkat.  Habis berkeliaran monyet tu lari.. hahaha..

Perjalanan turun dari Pos 3 semakin mudah.. dengan kata lain semangat semakin tinggi untuk menamatkan perjalanan.  Hahaha.. perjalanan melalui akar-akar pokok memudahkan kami untuk berpegang dan berpaut.  Alhamdulillah.  Kami macam biasalah.. asal ada tempat menarik kami akan ambil gambar.  Kami juara-juara belakang ni menyanyi, bergurau senda, bercerita dan berkejaran.. hahaha.. bergembira kami walaupun telah jauh ditinggalkan sahabat-sahabat team yang lain..

Jalan jalan jalan sampailah kami ke pintu gerbang Senaru.  Alhamdulillah.. Su rasa cukup gembira.  Masa su nak sampai tu, ada 2 ekor kupu-kupu warna kuning sedang bertebangan mengiringi perjalanan su.. sampai saja di pintu gerbang tu, Su disambut dengan lagu ‘Let her Go by Passenger’ oleh tuan kedai situ.. haaa ambik kau.. lagu favourite tu.. siapa tak bahagia.. seakan-akan disambut oleh orang tersayang setelah berjuang selama 4 hari.. Untuk pengetahuan, dekat pintu gerbang ni ada orang jual air dan juga disediakan kamar kecik aka tandas.   

Ingat perjalanan dah tamat.. rupa-rupanya masih ada lagi. Permukaan tanah pun dah makin selesa.. jalan jalan jalan kami berhenti dulu untuk dijamu buat kali terakhir.. seakan-akan meraikan kejayaan kami, kami dijamu spaghetti.. masing-masing makan dengan berselera dah tiada perasaan takut-takut nak makan dah.. hahaha..

Habis makan semua, kami berjalan lagi melalui kebun kopi dan macam-macam kebun lagilah.  Kami mencuci mata.. hihi.. jalan jalan jalan sampailah kami kebawah.. van kami telah menunggu untuk membawa kami ke destinasi seterusnya..

Alhamdulillah tamat sudah pengalaman yang sangat berharga ini. 
Pengalaman menghayati ciptaan Allah yang tidak mungkin akan dapat di tempat lain.




Gunung Rinjani (Day 4)

12 Mei 2017. Hari ke 4 di Lombok dan hari ketiga di atas Gunung.  Hari ini ikutkan jadual kami akan bergerak ke Pos 3 di laluan Senaru. 

Pagi-pagi lagi kami dah bangun.  Pukul 5 pagi dekat situ dah subuh dah.. alang-alang dah bangun awal, guide kami ajak pergi Hotsprings sebab semalam sampai lewat dah.  Katanya Hotspring tu dah tak berapa panas sebab air dari danau dah melimpah ke situ.  Takpalah. Kami sekadar nak menghayati ciptaan Allah je.. kami sempat rendamkan kaki kejap dan ambil gambar banyak-banyak.. masyaAllah sungguh cantik ciptaan Allah.. Lepas ke Hotsprings kami balik ke khemah semula untuk kemaskan barang dan ambil sarapan sebelum bertolak. 

Selesai semuanya, kami bergerak ke Pos 3 Senaru.  Perjalanan kami kali ini perlu mengelilingi Lake Segara Anak sebelum meneruskan pendakian ke Pos 3.  Trek kami kali ini berbatu besar dan melalui hutan rumput.  Perjalanan kali ini mungkin agak mudah kerana hanya perlu memanjat batu-batu besar yang memerlukan tangan dan kali yang kuat.  Perjalanan yang memenatkan tapi cukup indah kerana perjalanan kami sebenarnya di tepi tebing gunung yang menjanjikan pemandangan danau dari atas.  Terima kasih kepada guide kami yang setia menolong.

Kami berhenti rehat di Senaru Crater Rim dan makan tengahari.  Kami menikmati lunch kami dengan indah sekali dikelilingi pemandangan dan sahabat tersayang.  Setelah berehat dan menunaikan apa yang patut, kami bergerak lagi turun ke Pos 3.  Kali ini perjalanan agak mencabar kerana permukaan tanah yang berpasir halus dan licin.  Hujan renyai-renyai juga turun menambah cabaran kepada Su.  Risau dan cuak pun ada sebab terlalu takut.  Kaki Su tak kuat untuk berpijak di tempat yang licin.  Alhamdulillah ada guide yang setia disisi.. Terima kasih ya Allah kurniakan guide yang begitu membantu Su dan rakan-rakan.   Jalan jalan jalan.  Akhirnya sampailah kami ke Pos 3 di Senaru.  Pencapaian aku disambut dengan sorakan akak-akak team yang telah lama sampai.. hahahaha.. juara di belakang katakan...

Awal juga kami sampai di Pos 3 tu... Dalam pukul 3 petang.. dah sampai awal tak tahu nak buat apa pulak.. sambil-sambil teman porter pasang khemah, kami rehat dan bergurau senda.. dekat Pos 3 tu juga ada pondok jadi boleh la kami lepak-lepak di atas tu..  ni dah malam terakhir.. malam ni la kami bercerita bagai dan bergurau senda dengan guide dan porter.. kesian jugak dekat porter sebab kami ada masalah komunikasi sikit.  Jadi guidelah yang jadi orang tengah antara kami dengan porter..  malam ini kami tidur dengan tenang dan kesejukan sebab memang terlalu sejuk kerana Pos 3 ini terletak di dalam hutan dan kebetulan tadi hujan renyai-renyai menambahkan lagi kesejukan kami.   

Gunung Rinjani (Day 3)

11 Mei 2017.  Memulakan hari kami atas Gunung Rinjani.. seakan-akan tidak percaya dengan kebolehan diri.. Perjalanan hari ini mengikut jadual ialah Sembalun Crater Rim(2.639m) – Summit/Top 3.726m – Segara Anak Lake dan Hotsprings (2008m). 

Pagi-pagi pukul 1 lagi dah bangun dengan semangat walaupun sejuk sangat di atas tu.. Kami dijamu dengan Okmee (Meggi) sebagai bekalan tenaga untuk ke puncak.. Hari ini hari penentuan.. Sampai ke tidak ke Puncak Gunung Rinjani.  Kalau tahun lepas Su dah kalah dengan Kinabalu, hari ini insyaAllah.. tiada istilah mengalah lagi.. Kami berkumpul dan membaca doa.. Macam biasalah kalau gerak pagi-pagi kami hanya mengikut arahan guide je untuk melangkah.. Cahaya dari headlamp hanya cukup-cukup untuk menerangi langkah-langkah kami...

Perjalanan kami cukup mencabar minda disebabkan tidak biasa dengan permukaan tanah yang berpasir kasar dan akan menjatuhkan kita tanpa sedar.. kami kenal kemampuan diri dan bukanlah sunrise yang dikejar... hahaha.. dekat-dekat nak sampai ramai pendaki dah mulai turun.. mereka berkejaran turun acah-acah terer sangat.. kami yang sedang naik ni dalam hati satu je.. janganlah mereka jatuh tergolek hempap kami.. dahla nak kekalkan kaki di trek tu susah.. habis hilang jejak kaki orang hadapan kami yang boleh dijadikan pegangan.. sabar la wahai hati..

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 8.30 pagi kami tiba di puncak.. biar lambat asal selamat.. team kami 5 orang yang gerak sama-sama.. sepatutnya 9 tapi 2 orang dah sampai lagi awal dan 2 lagi di belakang kami.. cuaca alhamdulillah menyebelahi kami.. agak panas tapi berangin sejuk.. Selesai bergambar, kami bergerak turun ke camp site.. Lewat jugak kami turun.. iyalah dah alang-alang sampai puncak kan.. lamalah dekat atas tu.. perjalanan turun kurang mencabar seperti naik tapi tetap perlu berhati-hati sebab pasir tu licin.. Nasib baik ada guide kami yang setia temankan kami.. Lambat pun tetap bahagia menikmati pemandangan sebab kami tak berkejar sangat untuk sampai ke bawah..

Sampai je di campsite, kami makan sarapan dan rehat dulu.. sebabkan kami sampai agak lewat di campsite, kami rehat sampat makan tengahari dulu baru gerak ke Lake Segara Anak atau danau.. Waktu normal 2 jam ke Lake Segara Anak tapi macam biasalah bagi pendaki tak normal macam kami, dah gelap baru sampai ke campsite.  Sepanjang perjalanan kami terpaksa melalui tangga-tangga besar dan permukaan bukit yang berumput.. agak mencabar sebab Su memang tak suka turun tangga-tangga yang besar tu sebab masih lagi trauma dengan tangga Kinabalu.. Kami terpaksa tunda untuk ke Hotsprings sebab dah gelap.. kami bermalam di situ dengan suasana tenang ditemani kesejukan hutan dan air danau..

Ada satu peristiwa yang Su suka apabila Su terpisah dengan guide semasa turun tu.  Guide jaga di belakang dengan sorang team kami dan Su gerak sendiri dengan sorang kakak team kami... jalan jalan jalan kami ikut porter pendaki lain dengan penuh yakin.. sampailah ada satu tempat tu, kami macam nampak jalan mati.. entah macam mana porter tu boleh je lalu tempat tu dengan beg yang besar.. kagum kejap.. jalan mati tu kami terpaksa turun ke dalam lubang then panjat dinding lubang tu yang agak tinggi.. Su dan akak tu dah cuak.. macam mana ni.. tiba-tiba dengar..

“ Ayoohh kak.. kita jalan”
“Macam mana nak jalan ni.. kami tak boleh”
“Kami tolong akak sesama Islam.. ayoohh kak”

Dengan penuh percaya dan berserah, kami bergantung harap dengan Allah.. Dengan bantuan porter-porter yang masih muda dan lebih kurang saiz kami je tu kami selamat naik ke atas dinding lubang tu..Mereka terpaksa buat rantai bertiga semata-mata untuk tarik kami ke atas..  ya Allah.. murahkan rezeki mereka yang membantu kami.. 

Gunung Rinjani (Day 2)

10 Mei 2017.  Hari kedua di Lombok.  Hari bermulanya pendakian kami.

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap.  Sarapan pagi lempeng pisang dan air kopi atau tea.  Walaupun agak tidak berselera sebab tak biasa makan lempeng terpaksalah makan jugak.  Risau nanti tiada tenaga nak berjalan jauh.  Selesai makan, kami diperkenalkan kepada guide kami, Alif dan Fahri oleh Pak Asmadi.  Muda-muda lagi muka mereka.  Sepatutnya Pak As yang guide kami tapi dia ada hal tak boleh elak.  Harap-harap semuanya berjalan lancar.




Lepas dah selesai semua, kami angkut beg masuk special vehicle.  Hahaha.. Macam trak tu.  Beg dan 9 orang kami termasuk guide sorang.  Bayangkan betapa padatnya kami dengan perjalanan lebih kurang sejam di atas tu sebelum singgah untuk pendaftaran di Rinjani Trek Centre di Sembalun dan mulakan perjalanan di Sembalun.  Sebenarnya nak naik Gunung Rinjani ada 2 jalan dari Senaru dan dari Sembalun.. kami memulakan pendakian melalui Sembalun sebab nanti akan turun ke Senaru.  Sampai ada yang nak termuntah pun ada masa naik trak tu.  Tapi Su suka naik tu walaupun kaki agak tidak selesa sebab boleh tengok sekeliling... Tangan ni gatal nak ambil gambar Gunung Rinjani tapi tak pernah berjaya sebab angin yang laju.. *salahkan angin*.. hahaha 


 bergambar sebelum bertolak..

Dah sampai dekat laluan Sembalun, trak kami berhenti.  Tak sangka juga laluannya di situ sebab di celah-celah rumah orang.  Turun trak, kami buat persiapan terakhir.  Tapi nasib baik masing-masing dah selesaikan hajat semasa pendaftaran tadi sebab dekat situ dah tak ada kamar kecil.  Dalam hati berdoa harap-harap mampu bertahan lah.. hahaha.. Sementara kami buat persiapan terakhir, porter-porter dah dah sedia menunggu kami di situ lakukan kerja mereka.  membungkus beg-beg kami.  Bayangkan beg 9 orang nak bawa naik atas.  Kagum kejap dengan mereka.  Beg-beg kami dahla berat.  Almaklumlah 4 hari 3 malam di atas tu.. barang perempuan pulak tu.  Faham-faham sendirilah kalau perempuan berkemas tu macam mana.. hahahaha..




Perjalanan kami pun bermula.  Sambil-sambil jalan ambil gambar.. itupun kalau larat la.. hahaha.. Perjalanan kami sebelum sampai pos 1 perlu melalui padang rumput ditemani angin-angin dari gunung.. Panas tak terkata.. Memang perlukan topi atau sunblock yang tebal.. hahaha.. jalan jalan jalan.. lama tu barulah lalu tepi hutan.. alhamdulillah.. redup sikit..


Tibanya kami di pos 1 lebih kurang pukul 9.30 dan kami take 5 jap..minum air, bergambr n semua lah sblum memulakan perjalanan ke pos 2...pos 1 ni ada orang meniaga air tapi biasalah harganya agak mahal.. coke pon 6 hengget gak... biasalah.. kalau dah tiada pilihan, terpaksalah beli kalau dah tak tahan..

Perjalanan perlu diteruskan.. Baru Pos 1.. J Jalan jalan jalan kami sampai ke Pos 2.. Untuk sampai ke Pos 2, kami lalu kawasan yang berumput tebal dan dah mula mendaki.. Sampai-sampai di Pos 2, kami nampak 2 orang kakak group kami.. hahaha.. sampai awal mereka walaupun dari tadi tak nampak mereka lintas kami.. rupa-rupanya mereka sewa ojet (motosikal) untuk naik ke Pos 2 tu.. tanya jugak kenapa tak naik sampai atas je terus, katanya sebab ojet tu sampai Pos 2 je.. hahaha.. kalau tak silap harganya 250k rupiah jugak untuk naik dari bawah sampai ke Pos 2..

tengah deal nak naik ojet

Di Pos 2 ni, kami dilayan dengan sangat baik.. tikar dah dibentang dan dijamu makan siang bak kata orang Indonesia.. makan tengahari ditengah padang rumput tebal.. itulah kali pertama kami makan masakan porter.. sedap jugak mereka masak.. sepinggan penuh nasi mereka letak.. kesian banyak tak habis sebab kami kurang berselera nak makan.. almaklumlah letih bercampur jauh lagi perjalanan.. dah alang-alang berhenti lama, kami solat dan selesaikan apa yang patut sebelum ke Pos 3..



Dah selesai semua, kami mula jalan ke Pos 3 dan sampai lebih kurang pukul 2.30 petang dengan perjalanan ambil masa selama sejam setengah.. Pos ini yang terakhir sebelum menuju ke Bukit Penyesalan.. hahaha.. bukit yang memang mencabar emosi dan semangat.. asal jumpa orang mesti tanya berapa lama lagi nak sampai.. memang lama.. naik naik naik tak sampai-sampai.. dah nampak dah pucuk (puncak) tu tapi tak sampai-sampai jugak.. tapi alhamdulillah Allah kurniakan pemandangan yang sangat menarik buat peneman jiwa yang sedang bertarung hebat di dalam dada.. aderrr.. hahahaha... 

Segenap langkah perjalanan tu dikuatkan dengan pemandangan hijau di sekeliling yang cukup indah..  Allah juga kurniakan penghibur di antara kami.. siapa? Porter-porter la.. hahaha.. ayoohhh kak.. kita jalan.. merekalah yang bagi semangat kepada kami.. dengan beban yang berat bersama mereka masih lagi mampu tersenyum dan menyanyi bersama-sama.. takkan lari gunung dikejar katanya,, sedangkan kami beg hanya seketul je tapi muka tak boleh dah describe dah.. hahaha.. malu sendiri.. 


Jalan jalan jalan akhirnya kami tibalah di campsite kami lebih kurang pukul 5.30 petang.. dah nak gelap dah pun.. kami camp di Sembalun Crater Rim dengan pemandangan awan karpet yang cukup indah dan lain-lain lagi.. dari sini dah boleh nampak puncak Gunung Rinjani yang akan kami panjat esok pagi..   malam tu kami makan malam, dengar briefing untuk esok dan banyak berehat sambil menikmati pemandangan di atas gunung.. alhamdulillah Allah sampaikan juga aku untuk melihat ciptaan Allah..










Gunung Rinjani (Day 1)

9 Mei 2017.  Hari ini Su naik flight ke Lombok International Airport.  Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih dan kami sampai dalam pukul 1 petang plus minus.  Cuma beratur di imigresen dan urusan cek beg dekat situ yang ambil masa lama sikit.. Dah settle semua, ada wakil dari agent kami, Pak Asmadi datang jemput kami di Lombok International Airport, kemudian drive directly untuk check in di Pondok Guru Bakti Cottages di  Senaru. Dalam perjalanan yang ambil masa lebih kurang sejam dari airport ke Pondok Guru, ada juga kami berhenti untuk membeli air, roti dan makanan goreng-goreng bagi menahan lapar.  Kak Haly sempat juga beli pisang rebus yang dijual ketika van berhenti di lampu isyarat.  Nampak tak betapa kami kelaparan dan kehausan.. hahaha..


chalet kami : Pondok Guru bakti 

Dah sampai chalet tu, kami solat dan rehat kejap.. Petang tu kami keluar mencuci mata.  Melihat pemandangan yang indah dari chalet kami.  Pak Asmadi sebagai agent kami ajak kami berjalan-jalan di melihat air terjun yang kalau berjalan kaki dalam 10 minit.  Katanya laa.. hahaha.. Kami pun jalanla bersantai-santai.  Jalan punya jalan, turun tangga yang banyak, alhamdulillah sampailah kami ke Air Terjun yang pertama iaitu Air Terjun Sendang Gile.  Ambil-ambil gambar, then Pak As cakap kita nak jalan lagi.  Ada satu lagi air terjun yang terkenal iaitu Tiu Kelep. 

 Air Terjun yang pertama iaitu Air Terjun Sendang Gile

Mula-mula tu ok lah.. jalan je ikut Pak As.. jalan jalan jalan... jauhnya lah.. hahaha.. mulut dah start membebel.. nak kemanalah kita ni.. perlu panjat tangga tinggi, lalu jambatan sikit, redah sungai sikit tak sampai-sampai.. dalam 30 minit macam tu, alhamdulillah.. nampaklah Air terjun yang katanya memang terkenal.  Kalau pergi Lombok tak singgah air terjun tu tak sah.. Alhamdulillah.. lawanya ciptaan Allah.. sebabkan dah lewat petang, kami tak sempat mandi pun.. Ambil gambar banyak-banyak terus gerak balik.. Risau sebab tak ada bawak headlamp satu pun..


 




Muka gembira berjaya sampai 
di Air Terjun Tiu Kelep

Balik je dari Air Terjun, suasana pun dah gelap.  Dah maghrib dah.  Perut pun dah lapar.. hahaha.. iyalah.. dari tadi makan roti dan goreng-goreng je.. Kami terus pergi makan di chalet itu juga.  Sambil-sambil tunggu makanan sampai, kami diberikan briefing untuk perjalanan kami di gunung nanti.  Ikutkan peta yang ditunjuk, ada naik turun gunung, bercabang-cabang.. hahahaha.. seperti mana biasa, mereka akan beritahu tempoh masa normal yang diambil oleh pendaki... tapi kami bukanlah berkira-kira sangat untuk menjadi normal.. hahaha.. sebab kami tahu kemampuan diri kami..  tak fokus sangat Su masa tu sebab terlalu lapar.. maaf tuan.. haha..

Bergambar bersama adik-adik guide kami ke air terjun..
Masih kecil tapi suka membantu..
Akak bagi tips sebagai hadiah ye dik..

Habis makan cepat-cepat kami bayar dan kembali ke chalet.. Ada urusan lebih penting.. jeng jeng jeng... hahahaha.. urusannya adalah peningkan kepada untuk packing barang.. Su pergi berdua dengan kakak jadi beg kami besar untuk 2 orang.. *alasan...* hahaha.. Beg untuk porter satu, beg untuk tinggal di bawah satu, bagpack untuk diri sendiri satu.. Memang mencabar urusan ni sebab kami dah bahagikan beg porter tu.. jadi 6.5 kg je orang.. tapi rasanya beg kami berdua dah berat berapa lah.. last sekali malas nak fikir.. hahaha.. cepat-cepat tidur tanpa timbang pun berat berapa sebab esok nak jalan jauh.. Good Night.

Gunung Rinjani (Pengenalan)


Assalamualaikum..

“Tiada daya dan upaya kami melainkan semuanya dengan izin dan kasih sayang Allah”

Alhamdulillah..
Kami selamat pergi dan balik ke Lombok, Indonesia pada 9 hingga 14 Mei 2017 yang lepas.
Alhamdullillah kami berjaya sampai ke puncak Gunung Rinjani pada 11 Mei 2017 dengan kekuatan dan semangat yang Allah rezekikan kepada kami..
Allah permudahkan segalanya..
Perancangan tahun lepas selepas Misi Ke Puncak Kinabalu.
Tahun lepas aku tak berjaya sampai ke puncak Kinabalu sebab kurangnya semangat dan azam.  Persediaan mental dan fizikal pun tak cukup..

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..
Perjalanan lebih mudah walaupun cabarannya 10 kali ganda dari Kinabalu..
Allah permudahkan..

Sekadar perkongsian perjalanan dan pengalaman kami semua.
Semoga ramai lagi yang akan sampai ke puncak Gunung Rinjani dan melalui pengalaman melihat ciptaan Allah di gunung tersebut.

Post mengenai Gunung Rinjani ini adalah sebagai kenangan Su dan sekadar perkongsian pengalaman.. Mungkin ada sedikit kesilapan mengenai tempoh masa perjalanan kami, waktu tiba di sesebuah checkpoint dan juga mungkin tersilap nama-nama tempat kami berada. Jika tidak setuju boleh komen untuk penambahbaikan..


Share with LOVE

Thursday, May 18, 2017

HOBI MENDAKI GUNUNG


Pendakian bukan satu perlumbaan siapa yang akan sampai ke puncak dulu.
Pendakian satu perjalanan mengenal Pencipta dan dirimu jua
siapa sahabat disepanjang jalanmu.
Jika lelah dalam pendakianmu,
berhenti berehatlah sebentar..
tapi jangan sampai kamu berfikir untuk mengalah..
Sampai nanti di akhiran betapa kamu akan mengerti
jerit perih pendakianmu itu satu kemanisan...

11 Mei 2017
Alhamdulillah

Berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Rinjani Lombok

TIPS KE PUNCAK GUNUNG RINJANI

Sekadar perkongsian dari pengalaman aku menuju punjak Gunung Rinjani.  
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah.. 

“Tiada daya dan upaya kami melainkan semuanya dengan izin dan kasih sayang Allah.”

1. Seboleh-bolehnya gunakan 2 tongkat
Permukaan tanah untuk menuju ke puncak Gunung Rinjani sangat berpasir dan tiada tempat untuk berpegang.  Seakan- akan semuanya bergantung kepada kaki kita sahaja.  Oleh itu, aku cadangkan seboleh-bolehnya gunakan 2 tongkat sebagai tempat berpaut.  Perlu sangat-sangat berhati-hati.  Tapi itu ketika naik. Semasa turun, perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan menggelongsor turun.  Tongkat bolehla disimpan atau digantung di beg sekiranya agak mengganggu pergerakan.

2. Pakai gaiter dekat kaki (halang pasir masuk ke dalam kasut)
Gaiter ni ibarat macam kain yang menyekat pasir daripada masuk ke dalam kaki.  Pasir-pasir yang besar dan tajam-tajam boleh mencacatkan pergerakan kita ketika berada di atas.  Sakit andainya terpijak.  Sebab tu aku pentingkan juga mempunyai gaiter.  Tapi ada je yang aku nampak ikat plastic di kaki.  Terpulanglah kepada kemampuan dan kreativiti masing-masing.


sumber: google

3. Pijak bekas tapak kaki orang di depan
Yang ni penting jugak bagi kurangkan ketakutan dan ketidakyakinan diri kita ketika melangkah.  Pasir yang orang depan dah pijak akan menjadi lebih mampat dan mengurangkan untuk turun balik ke bawah.  Jadi pilihan yang terbaik buat kita adalah pijak tapak kaki orang depan kita.  Kalau dapat tapak kaki guide yang tengah tarik atau jaga seseorang lagi baik sebab tapak kaki mereka akan lebih kedalam sebab bebanan.

4. Sunblock
Haa yang ni juga adalah keperluan yang penting.. Aku hari tu degil.  Tak suka pakai.  Lagipun kami lupa bawa cermin.  Kiranya 4 hari di gunung tanpa cermin jadi tak nampak la perubahan yang berlaku.  Namun hari ke 3 akak-akak sepasukan dah tegur muka aku.  Dah merah macam udang kene bakar dah rupanya.  Masih lagi sombong.  Hahahaha.. hari ke 4 dah keluar hutan dan balik ke hotel, barulah aku terasa.  Habis menggelupas kulit muka aku apabila terkena air mandian.  Almaklumlah dekat hutan tak mandi pun. 

5. Penutup hidung / topeng (halang habuk)
Yang ni bergantung kepada cuaca ketika berada di puncak.  Alhamdulillah waktu kami di puncak, cuaca tidak terlalu berangin.  Jadi penutup hidung tidak diperlukan.  Cuma kadang-kadang aku guna untuk tutup hidung sebab terlalu sejuk.  Sekurang-kurangnya panas sikit muka kalau tertutup.

6. Pakaian yang sesuai (terlalu sejuk waktu pagi)
Pakailah pakaian yang terbaik dan paling sesuai sebab kalau nak kejar matahari terbit waktu pagi, pukul 1 2 pagi dah perlu gerak dah.  Waktu tu ya Allah.. sejuk yang amat.  Terketar-ketar.  Tapi janganlah pakai yang sampai menyekat pergerakan pulak sebab perjalanan tu memang mencabar.  Ada mendaki, melalui lorong muat-muat badan, nak jaga kaki dari tergelincir lagi.

7. Wet tissue/ tisu
Haa yang ni penting sepanjang keberadaan kita di Gunung Rinjani.  Sebab apa? Sebab dekat gunung ni tak disediakan kemudahan toilet atau kamar kecil.  Pandai-pandailah nak lepaskan bom nanti.  Wet tissue tu penting untuk bersuci nanti.  Lagi lama kita di gunung tu, lagi banyak kita perlukan tissue.  Masa ni lah nak praktiskan ajaran bersuci dalam Islam.

Sekian sahaja tips buat kali ini.
Nanti kalau ada maklumat lain su tambah ye..




Gambar atas ni kredit kepada perkongsian FB di page HACAM.. 
Cari balik tuan post dah tak jumpa.. 
Maaf ye tuan saya share tanpa izin.. 
semoga ilmu tuan akan berguna sampai akhir hayat blog ini dan pahala akan mencurah-curah ke akaun tuan.. 



UMAT ISLAM HARUS KUAT

“umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh”

Lagu yang disampaikan oleh sebuah kumpulan nasyid yang terkenal masih lagi bermain-main di fikiranku.  Lagu lama yang mempunyai maksud yang sangat mendalam itu aku hayati dengan penuh perasaan.

SELEMAH MANAKAH KITA?
Umat Islam di akhir zaman ini sering dikaitkan dengan lemah imannya.
Andai diuji kemiskinan oleh Allah, pasti akan menyalahkan takdir..
Andai diberikan nasihat berbentuk teguran, pasti tercabar menyalahkan orang lain..
Andai mendapat sesuatu berita, pasti terus disebarkan tanpa diselidik..

Sejak 1400 tahun dahulu lagi, Nabi Muhammad saw telah memberi amaran mengenai keadaan umatnya pada hari ini.   

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

KENAPA KITA PERLU KUAT?
Umat Islam harus cemerlang dan kuat imannya? Nabi Muhammad saw sendiri sukakan orang mukmin yang kuat seperti dalam hadis Nabi dalam riwayat Muslim yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a ia berkata “Rasulullah saw bersabda,
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.  Pada masing-masing memang terdapat kebaikan.  Capailah (dengan sungguh-sungguh) apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi lemah.  Apabila kamu tertimpa suatu (kemalangan), janganlah kamu katakan, ‘Seandainya’ tadi saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu,’ tetapi katakanlah, ‘ Ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi.  Sesungguhnya ungkapan kata ‘kalau’ (seandainya) akan membukakan jalan bagi syaitan”

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?
  1. PERCAYA PADA KUASA ALLAH
Hidup kita pasti akan kuat apabila kita percaya pada kuasa Allah.  Sebagai contoh apabila kita diuji dengan kemiskinan.  Jika kita percaya pada kuasa Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menjadikan, pasti kita akan menjadi kuat berusaha dan tidak mudah berputus asa apabila diuji.  Tiada yang mustahil bagi Allah.  Hal ini telah dibuktikan dalam kisah Nabi Zakaria a.s yang berdoa kepada Allah untuk mendapatkan anak dalam Surah Maryam ayat 8 dan 9 yang dapat diringkaskan:

Zakaria berkata, “ya Tuhanku, bagaimana aku akan mempunyai anak, sedangkan isteriku mandul dan aku sudah terlalu tua?

Allah berfirman, “Demikianlah keadaanya dan jangan dihairankan.  Hal itu mudah bagiku.  Sesungguhnya engkau telah Aku ciptakan dahulu, padahal pada waktu itu engkau belum wujud sama sekali.

Percayalah pada kuasa Allah.  insyaAllah Allah pasti menolong dan menguatkanmu.

  1. BERSYUKUR PADA ALLAH
Allah telah berfirman: 
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

  1. KUAT APABILA DITIMPA UJIAN

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memperingatkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), pasti azabKu sangat pedih”