Tarikh yang sama
Beberapa tahun yang
lalu
Kisah duka hati yang lara
Ikutkan rasa binasa
Ikutkan hati mati
Terlepas perahu boleh diundur
Terlepas kata memakan hati
Betullah kata orang
Allah tak beri kuasa talak kepada wanita
Kerana wanita itu terlalu ikutkan emosi
Mudah sangat terpengaruh dengan perasaan
Ya, itu kelemahanku
Tarikh yang sama
Waktu malam ketika hujan lebat
Kilat sambar menyambar
Tersembunyi diri disebalik anak-anak tangga
Saat mulut merungkapkan kata
Tanpa memikirkan akibatnya
Tanpa mengambil peduli isi hatinya
Andai kata dia membaca ini
Aku ingin meminta maaf
Atas segalanya yang berlaku
Maaf kerana membiarkan menjadi tanda tanya
Bencilah diriku
Kerana aku masih tidak mampu untuk berterus terang
Hanya Allah tahu kenapa aku berbuat begitu
Biarlah orang cakap aku meroyan
Biarlah aku dibenci disudut hatinya
Aku terima atas kesalahanku
Aku bersalah
Maafkan aku
Aku selalu berdoa
Semoga engkau
berbahagia disamping si dia
Dan hatimu sudah mampu untuk memaafkanku..
Rama-rama
Terbanglah bebas mencari cintamu
Kipaskan sayapmu didunia ini
Carilah bunga yang terbaik
Yang sentiasa setia menantimu
yang sentiasa berbahagia denganmu
yang sentiasa menenangkan hatimu wahai rama-rama
dan aku sang matahari
pasti tersenyum melihat dirimu bertemu bunga yang terbaik
kerana kau rama-rama dan aku matahari
Sekian,
Hati yang bersalah
No comments:
Post a Comment