Friday, November 11, 2016

BEKERJA SECARA PROFESSIONAL


Hampir 3 bulan aku berpeluang bekerja dan merasai pengalaman berada di sebuah syarikat yang agak terkenal.  Iya.. jauh di sudut hati, aku sangat bersyukur di atas peluang yang Allah berikan.  Merasai sendiri perasaan dikelilingi perbagai watak orang sekeliling.  Yang berpangkat dengan gayanya, yang pengalaman bertahun-tahun di syarikat yang sama, yang sedang beruasaha menyesuaikan diri..

Pesanku pada diri:
  • -       Rezeki itu milik Allah. Maka jagalah Allah, supaya Allah menjaga rezeki kita.  Mana mungkin jika kita tidak meletakkan Allah dalam pekerjaan kita, Allah akan ada sentiasa disisi kita.
  • -       Keberkatan itu wujud namun sesuatu yang kita tidak nampak.  Jagalah keberkatan dengan sebaik mungkin.  Seboleh-bolehnya elakkan membuat hal peribadi dengan mengambil masa pejabat. Hapuskan perangai mencuri masa kerja.  Peralatan pejabat gunakan dengan sebaiknya dan elakkan untuk urusan peribadi. Cubalah.. pasti kau akan merasai kelainannya.
  • -       Andai kata aku berpangkat tinggi suatu hari nanti, janganlah aku memandang rendah staf bawahanku.    Tugasan mereka bukanlah jijik dan tidak sesuai untuk aku lakukan.  Jika aku ketua, bukanlah sesuatu yang haram jika aku terpaksa mengambil alih tugas bawahanku. 
  • -       Letakkan Allah nombor satu dalam pekerjaan.  Jaga masa, jaga hubungan dengan bawahan dan sekeliling, jaga tugasan, jaga peribadi.
 
ALLAH ITU ADA.  USAHAKAN KEBERKATAN DARIPADA ALLAH SUPAYA ALLAH SAYANG KITA DAN SEGALANYA PASTI MENJADI MUDAH.


No comments:

Post a Comment