Ayat 95:
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut
berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang
yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan
Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan
orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang
yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu
darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan
balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas
orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu
uzur) dengan pahala yang amat besar;
Ayat 96:
Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta
rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
__________________________________________________________________
Dua ayat ini menerangkan mengenai kepentingan jihad. Namun apa yang aku lagi terkesan ialah
apabila memikirkan bawaha ayat ini juga berkenaan dengan DAKWAH. Adakah sama orang
yang berdakwah dengan mengorbankan harta dan jiwanya dengan orang yang duduk
sambil lewa dan sekadar membiarkan hidupnya kosong tanpa dakwah?
Pedih? Terasa? Ya aku terasa dengan ayat ini. Dakwah itu bukan sekadar tugas ustaz ustazah,
bukan sekadar tanggungjawap dai’e pencetus ummah imam muda... Adakah kita masih
mampu untuk duduk dikerusi dengan selesa sambil scroll facebook tanpa hala
tuju?
Sahabat,
Jom sahabat
Kita berdakwah walaupun sedikit
Kita berdakwah walaupun kita sendiri belum sempurna
Kita berdakwah walaupun hanya sekadar copy paste kata-kata
ulamak
Jom sahabat
Kita usaha dapatkan syurga yang tertinggi
JOM...
No comments:
Post a Comment