Hujung
tahun lepas, aku berkesempatan ke Medan, Indonesia berjalan-jalan bersama kakak
aku. Antara aktiviti yang disusun adalah Body Rafting di Kolam Abadi.
“Body
Rafting tu gapo?” tanya aku kepada kakak pada pagi sebelum kami menuju ke kolam
tersebut. Risau jugak aku kerana dalam fikiran aku, pasti aktiviti melibatkan
air. Cuma bagaimana bentuk aktiviti itu masih lagi menjadi persoalan.
“Entah.
Kak pun tak tahu. Kita tengok je la nanti.” Jawap akak aku ringkas. Semalam
pakcik agent memberi pilihan sama ada nak body rafting atau hiking. Akak aku
pilih hiking memandangkan kaki aku yang dah tak kuat untuk berjalan jauh. Nanti
kalau sakit, aku jugak yang bebel-bebel dekat dia. Hahaha
Sampai
saja di pintu masuk ke Kolam Abadi, kami turun dalam kereta. Pakcik menyarankan
agar kami menukar baju basahan dan memakai selipar yang sesuai untuk masuk
dalam air. Di situ juga ada disediakan bilik mandi dan persalinan.
Kami
dibawa oleh seorang peneman yang sebaya adik aku berjalan ke dalam hutan selama
15 minit sebelum terjumpa air. Kolam ni bersih. tempat mula-mula kami turun,
air jernih dan rendah saja. Masih boleh berdiri di dalam air tu. Aku dah cuak
mengenangkan pengalaman lepas hampir-hampir lemas dalam air.
Ok
lagi.
Kami
meneruskan perjalanan di dalam air. Makin lama, air semakin dalam. Aduhh..
macam mana ni. aku dah risau walaupun masing-masing dipakaikan jaket
keselamatan.
Sampai
1 tahap, kaki kami sudah tidak mampu menjejak lantai kolam. Adik tu minta aku
angkat kaki supaya boleh terlentang di atas air. Biar betul! matilah aku.
“Itulah
body rafting. Badan hanyut.” Jelas adik tu apabila melihat rupa aku dah
berubah.
Oh,
nilah rupanya.
Matilah.
Hahaha. Aku dah la mudah panik. Memang susah nak bertenang terutama apabila kau
tak tahu kemana hala tuju kau.
2
kali jugaklah aku terminum air kolam. Hampir lemas ooiii tertelan air kolam
tu.. Tak fikir dah malu sebab adik tu dop gelakkan aku.. hahaha..
Tapi
yang tak tahannya, dalam takut aku, dalam panik aku, boleh pula aku setuju nak
terjun ke dalam kolam.
Iyalah.
Peluang hanya sekali. Bila lagi aku nak cuba. Tambah-tambah apabila adik tu dop
bakar aku dengan tunjuk video diorang terjun.
“Kalau
akak terjun, dekat bawah tu macam mana? Siapa nak tunggu akak?” tanya aku selepas
hampir 20 minit aku termenung berfikir nak ke taknak. Iyalah. Kalau sampai
bawah, siapa nak tarik aku, aku dah la tak pandai berenang.
“Takpa
kak. Nanti saya minta diorang tunggu akak dekat bawah. Cepatlah akak cuba.”
Elok je adik tu menjawap. Saja la tu.
Aku
pun ambil tempat untuk terjun. Aduh. Apalah yang aku buat ni. risau pun ada,
tapi takkan nak patah balik.
Aku
pun terjun.
Habis
nyawa aku weh. Aku boleh bayangkan yang aku tak bernafas masa terjun tu. Rasa
lama je dop melayang tu. Dekat nak sampai, aku boleh pulak fikir, eh apa aku
buat ni. hahaha. Tapi keras je la sebab aku takut kalau aku buat pergerakan
apa-apa, nanti terkena batu ke apa dalam air tu.
Dan aku selesai.
Hahaha.
Macam
tak caya pulak aku terjun tu.
Kerja
gila la.. haha.. tapi rasa nak buat lagi.
Akak
aku pun tak buat sebab takut. Maklumlah, kami ni sama-sama tak pandai
berenang.
Itulah
kisahnya di Kolam Abadi.
Akan
aku kenang pengalaman ini pertama kali terjun.
Dan
nasihat adik tu.
“Akak..
jangan panik. Ikut je air tu kak.”
Itulah.
Kadang-kadang dalam hidup ni, ada masanya kita perlu ikut saja arus yang
membawa kita. Jangan panik, dan bertenanglah. Percaya bahawa semuanya baik-baik
saja dan akan ada yang akan menjaga kita.