Thursday, July 4, 2019

Hadiah birthday in advance


Alhamdulillah
Syukur kepada Allah atas segalanya yang telah Allah tentukan.

Walaupun pahit untuk ditelan,
Walaupun sakit dada menahan rasa,
Walaupun bengkak mata menangisi diri,
Namun aku tetap syukur atas apa yang telah ditentukan.

Tak pernah disangka, tak pernah terduga..

Semalam aku sedang kusyuk menyediakan bahan untuk taska esok. Sedang berbahagia menggunting topeng kucing untuk anak-anak aku. Pasti mereka akan berbahagia!

Tiba-tiba, ada satu wasap masuk.. nombor tak dikenali.

“Salam.. Ni su ke?”
“Saya Ya**”
“Su kawan Ko***??”

Walaupun sedang sibuk, aku luangkan masa juga untuk menjenguk wasap dari orang yang tak dikenali tu.

“Ya** mana?”
“Ko*** mana?”

Aku menjawap dengan persoalan. Sebab bagi aku bukan senang nak percayai orang yang belum dikenali. Pengalaman lepas banyak ajar aku.

“Bu******* O***.. Su kawan sekolah dia kan?”
“Saya kenalan dia. Su mungkin tak kenal saya. Saya cuma borak-borak, jangan fikir bukan-bukan.”
“Saya cuma nak kepastian hubungan su dengan dia?”

Aku merenung wasap tersebut dengan 1001 persoalan. Pelik.

Dan dibiarkan sepi seketika.

Aku menjawap, “Kenapa ye perlukan kepastian?”

“Saya gf dia.”

“Oh, ok2”

Terdiam aku seketika.
Sabar wahai hati, jangan engkau menangis!

Dan alhamdulillah.
Semalam aku tertidur dengan lena, dan bangun awal..
Nangis sikit-sikit saja.

Dan malam ini.
Hati aku hancur berkecai.
Entah apa yang mengganggu, aku menangis sekuat hati.
Ku sangkakan kisah kita bakal berakhir dengan tenang, tapi rupa-rupanya hatimu milik orang.

Biarlah aku menangis semahunya malam ini.
Dan aku yakin esok hari mata aku akan bengkak sepanjang hari.

Tapi biarlah.
Aku yakin esok aku akan bangun sebagai orang baru.

Terima kasih atas segalanya
Terima kasih kerana sudi berikan aku harapan untuk bahagia.
Dan terima kasih untuk hadiah birthday in advance yang pasti akan terlekat di hati.
Pasti!.

No comments:

Post a Comment