“Baiklah
anak-anak. Hari ini kita buat aktiviti santai iaitu melukis. Cikgu bagi semua
kertas ni ye?” aku memulakan sesi aktiviti dengan agak formal. Terikut-ikut skrip RPA dan juga sedang
menduga mood anak-anak pada hari ini.
Aku
memberikan anak-anak sehelai kertas A4 putih dan pensil bagi yang dah besar dan
pensil warna saiz besar kepada anak-anak yang masih lemah genggamannya.
“Lukis
la apa sahaja yang nak dilukis. Lukis robot ke, kucing ke, rumah ke. Bunga pun
boleh.” Aku cuba memberikan gambaran kepada anak-anak. Lagipun aku yang tak
mahir lagi berkomunikasi dengan anak-anak dan tidak dapat nak bayangkan lagi
apa sebenarnya yang mereka sedang fikir.
“Yeay..
cantiknya.. cantiknya.. yeay..” aku cuba memberikan semangat kepada mereka
untuk melukis.dalam masa yang sama, aku bersoal jawap semata-mata nak ajak
supaya mereka yakin diri dan berani bercerita apa yang mereka lukis.
Kalau
dilihat lukisan mereka, tiada apa yang cantik. Hanya sekadar contengan pensil. Tapi
sebenarnya, itulah yang tercantik bagi tahap mereka. Garisan-garisan dan
bulatan yang mereka coretkan mempunyai maksud tersendiri yang hanya mereka yang
faham.
Ketika
contengan dibuat,
Ada
yang diuji tahap imaginasinya
Ada
yang diuji tahap kesabaran dan yakin dirinya
Ada
yang diuji tahap fokusnya berapa lama
Ada
yang diuji tahap bilangan perkataan yang dikuasai
Ada
yang diuji tahap pemikiran logiknya
No comments:
Post a Comment