“Diperlukan
Pembantu Peribadi untuk syarikat kami.”
Tersenyum
aku ketika membaca post di dinding Facebook syarikat tersebut. Kalau dekat, aku dah mohon dah. Haha. Segera tangan
aku laju memberi komen, “Semoga dipermudahkan segala urusan.”
Dan
admin syarikat tersebut mesej personal dengan aku. Menjemput aku untuk bekerja
dengannya. Sayang, syarikatnya jauh di Rembau sana dan aku masih lagi ada
tanggungjawap di negeri Kelantan. Tawaran tersebut aku tolak dengan lembut tapi
masih lagi dirayu untuk bekerja dengannya.
Entah apa yang menjadi tarikan aku pun tak pasti. Pung pang pung pang,
akhirnya aku setuju dengan tawaran tersebut.
Tawaran menjadi ketua admin merangkap majikan ke dua jarak jauh.
Kenapa
aku terima?
Entah.
Mungkin
sekadar ingin menguji kekuatan diri aku
Mungkin
sebabkan aku dah lama teringin untuk bekerja dengan syarikat training
Mungkin
aku rasa doa aku dalam bidang kerjaya diperkenan
Mungkin.
Dan
aku terima dengan senang hati.
Selesai
sahaja kerja rutin pagi sampai petang, malam pula aku bersengkang mata untuk
menyiapkan tugasan kerja separuh masa aku bersama syarikat tersebut.
Kadang-kadang
sampai pukul 1 2 pagi dan esoknya, pukul 6 pagi aku dah bangun untuk memulakan
kerja hakiki aku.
Penat?
Adalah
sikit sebab dah lama tak tidur lewat sebegitu.
Tapi
aku gembira, aku teruja bekerja sampai tidak terasa sedikit pun kepenatan tu.
Entah
dari mana aku dapat kekuatan tersebut.
Tapi
aku sentiasa doa setiap hari supaya aku tidak terlepas pandang dan mengabaikan
anak-anak aku sebabkan kerja kedua aku.
Dan
masa berlalu dengan pantas.
Sebulan
selesai dengan begitu tenang sekali.
Dan
bulan ke dua sedikit demi sedikit kebenaran terbongkar
Salah
aku juga, tak pandai menjadi majikan
Apabila
staf tanya, aku tak pandai jawab
Apabila
staf persoalkan, aku tidak pandai memberi alasan
Apabila
staf duga, aku terduduk menyalahkan diri
Apabila
staf keluarkan kenyataan pahit, aku tak dapat terima yang pahit itu bakal
menyembuhkan syarikat yang sedang sakit
“Sebagai
majikan, cik Su tak boleh buat macam tu”
“Sebagai
majikan, cik Su perlu percaya dan bertahan”
“Sebagai
majikan, cik Su kene yakin dengan syarikat”
“Sebagai
majikan, cik Su jangan buat keputusan sendiri atas nama keputusan syarikat”
“Sebagai
majikan, cik Su tak sepatutnya berhubung dengan staf secara peribadi”
Entah.
Hati
aku makin hari makin tawar
Bukan
mencari salah, tapi sukar untuk diterima apa yang aku hadapi sendiri
Setiap
tindakan aku ada alasannya, tapi awal-awal lagi dah dilabelkan bermacam-macam
Jadi
aku ambil keputusan diamkan diri
dan bawa diri aku.
Biarlah,
Itu
bidang aku minat, itu janjikan gaji yang 2 kali ganda dari sekarang
Biarlah.
Aku
undurkan diri.
Biarlah,
Apa
pun yang dia fikirkan aku terima dengan hati terbuka
Biarlah,
Aku
bawa hati aku sendiri
Biarlah
Walaupun
sekali lagi aku terduduk tapi aku redha
Biarlah
Aku
masih lagi mampu tersenyum
Biarlah
Biarkan
aku kembali ke kehidupan aku yang asal
Biarkan
aku hidup bahagia sendiri dan begini.
No comments:
Post a Comment