Friday, June 14, 2019

ALLAH JAGAKAN AKU..


Penghujung bulan Februari.
“Awak, saya nak kenal awak boleh?”
“Boleh.” Dan seakan-akan terlalu cepat membuat keputusan dan menyerahkan hati, semuanya seakan-akan dipermudahkan.

“Ya Allah, berikan aku petunjuk.  Adakah ini jodoh yang aku cari selama ini?”

Dan hari berlalu hari.
Lumrah orang bercinta, setiap saat dirasakan terlalu bahagia.
Setiap saat bersama begitu berharga sampaikan korbankan waktu tidur dengan alasan bekerja bersama.

Entah macam mana, tiba-tiba Allah detikkan dalam hati, “Betul ke aku betul-betul ikhlas terima dia? Atau sekadar pengganti hati yang dibawa lari atau membalas dendam terhadap hati yang kecewa?”

Makin kuat doa dititipkan “Ya Allah, aku perlukan petunjukMu. Jika benar dia jodohku, permudahkan. Jika tidak, jauhkanlah ya Allah.”

Sebulan berlalu segala-galanya nampak seperti dipermudahkan.
Semuanya indah, semuanya berjalan seperti yang diaturkan.
Walaupun jarak memisahkan, tapi segala-galanya tiada yang mustahil seperti tiada halangan.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sepandai-pandai dia sorokkan dari aku, akhirnya brigak jugak.

Ya.
Allah berikan aku petunjuk dengan pengalaman yang paling berharga buat aku.  Pengalaman yang menakutkan dan mahal untuk aku lupakan. Semenjak hari itu, semenjak pengalaman itu, hati aku makin menjauh dengannya. Bagai ada yang tak kene, hari demi hari dilalui dengan penuh keterpaksaan, tiada lagi keikhlasan. Seakan-akan tidak cukup, Allah berikan aku lagi petunjuk yang berharga.  Terbongkar segala rahsia.

Berikan peluang ke dua?
Tak mungkin. Aku terlalu takut. Biarlah aku bawa diri.

Dan kisah itu hanya berlalu selama 3 bulan. Awal Ramadhan aku memulakan hari yang baru, dan kehidupan aku kembali kepada asal.

Alhamdulillah.
Allah Maha Tahu.
Hubungan yang bermula bukan kerana Allah takkan kekal lama.

No comments:

Post a Comment