Saturday, November 24, 2018

KURSUS ASAS PERMATA (2)

TOPIK PEMAKANAN

“Esok kita akan belajar topik Pemakanan, iaitu antara bidang perkembangan yang perlu awak semua tahu. Jadi, saya minta setiap kumpulan mengikut tempat latihan praktikal nanti akan sediakan makanan untuk kita makan bersama. Kumpulan satu, Nasi Ayam, kumpulan dua, Salad Buah dan yang ketiga sediakan Sandwish.” Lembut arahan yang dituturkan oleh Puan Zainol.
.
Dan lihatlah hasilnya.
Tadaaa






Sunday, November 11, 2018

KURSUS ASAS PERMATA (1)

Sekadar perkongsian aktiviti aku menyertai kelas kursus asas permata di Machang, Kelantan.  Teringat kembali perbualan aku sebelum kelas bermula.

Bos : Su, awak dah boleh fikir dah untuk ambil sijil KAP.
Su : Ok kak. (dalam hati, aku agak keliru.  Kelas 3 bulan jumaat sabtu macam mana nak sertai sambil jaga ma ni. Ya Allah, tunjukkan jalan dan permudahkanlah)
Bos : Yang kelas hari tu macam mana? (Tanya kak merujuk kepada iklan kelas KAP di UPSI yang aku pernah tanyakan kepadanya.
Su : saya dah lupa pasal kelas tu. Hehe
Bos : haha.
Su : Biasanya ada buat dekat kota bharu ke kak?
Bos : nanti akak tolong tanyakan. Su nak pilih Tanah Merah ke Kota Bharu?
Su : yang mana better kak?
Bos : Kalau kota bharu tu dah lama buat.  Tanah merah baru lagi tapi terpulanglah pada su.  Bagi kak, semuanya bergantung kepada pengisiannya.
Su : Oh, kalau macam tu saya prefer Tanah Merah la. Senang nanti kalau terjadi apa-apa dekat rumah, dekat sikit saya nak balik.

Dan perbualan berterusan….

Dan hasilnyaa….
Hasil usaha Bos aku, kursus itu berjaya diadakan di Machang, kampung aku.
SubhanaAllah, Allah permudahkan segalanya.
Terima kasih ya Allah.

Pertama kali buat Rancangan Perlaksanaan Aktiviti (RPA)
Tengoklah, comotnya kertas perbentangan kumpulan kami. 
Biasalah, inikan proses belajar.
Positifkan diri. 


Dah lama tak mengadap buku teks dan menulis nota di waktu malam.
Pengalaman terbaik di waktu awal kelas. 


Berbahagialah sahabat.

Tersedar aku dari lena.
Sahabatku sudah punyai seorang bakal permaisurinya.
Perkenalan kami baru beberapa tahun
Tapi apabila bersamanya, aku cukup bahagia
Tak kering gusi kami ketawa bersama
Setiap punchlinenya selalu buat aku cair
Aku bahagia bersamanya

Raya lepas, dia beritahu aku yang tahun depan dia raya berdua
Aku ingatkan itu sekadar gurauan
Dan hari ini aku terhidu sesuatu..
Iya, sahabatku sudah punyai permaisurinya

Aku terduduk.. termenung panjang..
Aku akan hilang sahabat lagi..
Hilang sudah sahabat permainanku
Dalam diam, aku doakan yang terbaik buatnya.
Semoga semuanya dipermudahkan.

Sunday, September 23, 2018

Lagu Pasti Sempurna : Kristal / Ronnie Hyper Act


Ada waktu sukar mengejarmu
Moga tabah sabar bersamamu
Jauh ku di luar sana
Mendoa dikau bahagia
Yakini dirimu
Pasti sempurna

Harapan semoga dirimu dilindungi
Sinar rahmat bahagia
Jalanmu lurus dan kekal berjaya
Diredhai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini
Diperlukan namun tiada
Doa dan harapan
Hanya mampu ku utus bersama

Ku sematkan azimat kenangan
Menemani jiwa kehilangan
Menghapus segala resah
Mendorong di kala hiba
Teguhlah jiwamu
Selama-lama
Huuu ohh

Harapan semoga dirimu dilindungi
Sinar rahmat bahagia
Jalanmu lurus dan kekal berjaya
Diredhai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini
Diperlukan namun tiada
Doa dan harapan
Hanya mampu ku utus bersama



Friday, September 21, 2018

Saturday, September 15, 2018

TERIMA KASIH ALLAH


Alhamdulillah.
Nikmat dari Allah mana lagi yang kamu dustakan.

Terima kasih ya Allah.
Peristiwa tadi betul-betul menyentap hatiku.
Allah memperkenankan doaku 2 hari lepas.
Kun fayakun!
Tiada yang mustahil bagi Allah.
Sekelip mata, Allah beri aku rezeki yang tak disangka-sangka.
Sampai berair mata aku menerima rezeki dari Allah itu.

Selepas solat Isyak hari Rabu lepas, aku teringatkan sesuatu dan aku terus berdoa.
“Ya Allah, dah hampir sebulan dah tapi duit pampasan itu belum masuk ya Allah.  aku tidak mempunyai masa untuk telefon pejabat ya Allah.  Berilah rezeki yang sebaik-baiknya pada aku ya Allah.”

Itu doa aku. Bukan aku taknak telefon pejabat untuk bertanyakan hal itu, namun suasana kerja aku tidak membenarkan aku untuk memegang telefon.  Dan hari khamis keesokan harinya, aku cuba untuk mencuri masa untuk menelefon pejabat tapi keadaan tidak membenarkan aku. 

Aku nak pegang telefon je, tiba-tiba “Cikgu Su buat apa tu?” si kecik menegur apabila melihat aku cuba mendail telefon lantas terus aku letak kembali dalam beg.

Tak lama kemudian, selepas melayan seberapa ketika, aku kembali lagi mencuba peluang kedua.  “Cikgu, apo?” haii si comel dah terbangun dah.  Dengan pelatnya, dia menegur dan menyertai aku di atas karpet.  Sambil melayan si comel, aku berdoa dalam hati, “Ya Allah, bukan aku taknak usaha, tapi aku tidak berpeluang ya Allah.  Bantulah aku!”..

Dan aku teruskan kerja seperti biasa hinggakan terlupa.  Pagi tadi, aku masih lagi terfikir untuk mencari nombor telefon customer service pejabat bagi bertanyakan mengenai hal itu cuma masih belum berkesempatan. 

Dan petang tadi, aku dapat mesej dari Unifi untuk beli data sebab data internet aku dah nak habis. Termenung aku seketika.
Aduhh akaun mana yang ada duit ni? Rasanya semua akaun tinggal beberapa puluh je lagi sehingga akhir bulan ni..
Sambil termenung dan kepala ligat berfikir, jari aku laju untuk menyemak baki akaun melalui internet. Laju aku login dan masukkan password tanpa ada rasa curiga dan berserah bahawa baki hanya tinggal berpuluh saja hari tu.

SubhanaAllah..
Seakan-akan aku tidak percaya.  Jumlah itu memang tidak tersangka.. masyaAllah.. aku menangis melihatkan kuasa Allah.  MasyaAllah…Jumlah itu tidaklah sebanyak mana, tapi masyaAllah, Allah itu Maha Mendengar.  Jika Allah nak bagi rezeki pada seseorang, tiada siapa yang dapat menghalangnya..  MasyaAllah.

Ya Allah…
Allah itu Maha Baik, Maha Penyanyang bagi hambaNya.
Percayalah pada Allah
Percayalah pada kuasa Allah.

Dan aku selesai sahaja solat, tengah belek-belek al-quran terjemahan abe min hadiahkan, Allah bukakan surah Maryam kepada aku.  MasyaAllah, sekali lagi Allah tunjukkan aku bukti kasih sayangnya.. Menangis lagi aku sendiri.



Tiada yang mustahil bagi Allah.
“Semua itu amatlah MUDAH bagiKu!”

Friday, September 7, 2018

Pernah kau menyesal?



Teringat kisah beberapa tahun lepas.  Ada seorang bertanyakan satu soalan yang agak sukar untuk aku jawab.

“Kau pernah tak buat satu keputusan yang sampai sekarang kau masih terfikir lagi tentangnya?” si dia bertanya kepada aku.

“Pernah. Ada satu keputusan yang aku buat hampir 10 tahun dulu yang sampai sekarang aku masih terfikirkan apakah itu keputusan yang terbaik.” Aku cuba menjawab sebaik mungkin sambil mengenang kembali kisah lampau.  Keputusan lama yang tak mungkin aku boleh ubah lagi.

“Kau menyesal dengan keputusan yang kau ambil tu?” si dia cuba mendapatkan menjelasan kepada aku.

 “Nak kata menyesal tu tak lah, cuma kadang-kadang ada juga timbul perasaan pelik kenapa boleh buat keputusan macam tu.  Masa tu, aku cuba ubati hati yang semua itu sudah ditakdirkan oleh Allah walaupun keputusan itu aku yang pilih.”

“Semoga hati kau sentiasa redha dengan apa yang telah Allah tentukan buat kau.  Kadang-kadang hidup kita ini sukar nak difahami, tapi percayalah Allah sedang menyusun yang terbaik buat kita.”

“Aminnn..” aku membalas nasihatnya dengan harapan semoga hati aku sentiasa redha selalu.

*************************
Entah kenapa, seminggu dua ini aku terkenangkan keputusan lama yang pernah aku buat dulu.  Kata orang, “Jangan makan ludah sendiri” dan sebab tu perlu berhati-hati apabila membuat satu-satu keputusan.  Semuanya telah terjadi, dan segalanya dah tetap terjadi.

Kerana keputusan aku dahulu, aku dah kecewakan seseorang.
Disaat si dia diuji ujian hebat, aku mengundurkan diri tanpa sebarang alasan kukuh.
Di masa dia perlukan seorang peneman, aku berlari menjauhkan diri.

Jadi aku takkan sesekali salahkan dia jika sekarang egonya tinggi.
Jadi aku takkan pernah terasa hati jika sekarang hatinya terlalu keras untuk ditembusi.

Ku tenung kembali,
Jika aku tak pilih untuk undurkan diri, pasti sekarang kami bahagia bersama
Jika aku tak pilih untuk menjauhkan diri, pasti sekarang kami sudah tenang bersama

Jika??
Dalam Islam tiada istilah ‘jika’!
Hidup kita adalah ditentukan oleh Allah.
Alhamdulillah, Allah jaga kami sepanjang 10 tahun ini, sebab tu Allah putuskan hubungan kami.
Alhamdulillah, Allah tentukan yang terbaik buat kami.
Alhamdulillah, Allah tahu sekuat mana hati kami, Allah tahu di mana lemahnya hati kami.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Andai kata ini bukan jodohku, insyaAllah Allah akan dapati aku termasuk dalam golongan orang yang redha.
Kuatkan hatimu, kuatkan hatimu!
Aku pasti kuat.


Friday, August 31, 2018

Move On

Teringat dulu aku pernah bertanya kepada seorang sahabat aku yang telah melangsungkan
perkahwinan beberapa tahun yang lalu.

“Bagaimana awak boleh ‘move on’ secepat mungkin? Bukan ke awak dulu pernah putus tunang
sebelum berkahwin dengan dia? Dan sebelum itu pun awak pernah ada hubungan dengan orang lain?” panjang lebar pertanyaan aku.

Bagi aku, pelik tapi benar.  Bagaimana seseorang yang pernah mempunyai hubungan sebelum ini boleh ‘move on’ kan diri mereka.  Eh hari tu dengan orang lain, dengar-dengar dah bertunang dengan orang lain, tak lama kemudian terlihat status dah putus tunang.  Pelik tapi benar. Macam mana mereka boleh move on secepat mungkin.

Dan ini jawapan dia.

“Perjalanan hidup kita ini Allah yang tentukan. Sampai bila kita ingin bersedih mengenang nasib.  Percayalah, jika kita percaya pada kuasa Allah, pasti akan ada keajaiban yang akan Allah akan berikan. Suami aku sekarang pun tak pernah tersangka akan menjadi suami aku, dia pun dipertemukan oleh Allah
melalui sahabat aku.”

Dan ini pandangan aku pula. Mungkin salah, mungkin ada betulnya.

Setiap kali dalam proses move on, pasti akan terselit doa “ya Allah, berikan aku pasangan terbaik”

Dan kemudian datang seorang jejaka datang menabur janji pasti bahagia. “Oh, mungkin ini jawapan dari Allah” .. dan kemudian tiada ketenangan yang ditemui.

Dan hidup kembali move on, dan proses itu kembali berputar seperti roda.  Sampai bila? Sampai bertemu hero yang akan berhentikan roda itu buat sementara sehingga Allah menjemputnya kembali.

Pelik tapi benar kan?
Kuasa Allah. 
Kadang-kadang sukar sangat kita nak faham.
Mana satu petunjuk, mana satu ujian, yang mana sekadar untuk menguji tahap keimanan kita.
Tapi itulah tanda kekuasaan Allah.

ALLAH MAHA KUASA!
TIADA YANG MUSTAHIL.

Percaya
Percaya
Dan
teruskan percaya.

Tulisan Hati Suria


Aku terdiam. 
“Kenapa kau tinggalkan lelaki itu tanpa sebarang penjelasan? Kau deactive akaun Facebook kan? Sampai bila kau nak lari dari dia?” Bertalu-talu pertanyaan Qaseh kepada aku melalui balasan Whatsapp semalam. Dah mula nak membebel la tu minah ni, aku mendengus dalam hati sambil membiarkan Whatsapp itu sekadar ‘bluetick’ buat sementara.  Nanti esok-esok hati aku dah ok aku balas la.

Itulah Suria.
Perangai keras kepalanya tidak pernah berubah.
Setiap kali ada masalah, dia akan hilangkan diri buat sementara bagi tenangkan hatinya. “Tiada orang yang faham apa yang aku rasa, apa yang aku alami!”

Qaseh sahabat baik Suria.  Mereka sudah lama berkawan dan Qaseh dah kenal sangat dengan perangai Suria. Entah kenapa sekeras-keras kepala Suria, Qaseh masih lagi setia bersahabat dengannya.

Pertanyaan bertalu-talu dari Qaseh buatkan Suria lelah.  Dia membuka tingkap dan termenung nasib sambil memandang keluar. “Betul cakap Qaseh, sampai bila aku ingin larikan diri dari lelaki itu tanpa sebarang penjelasan.”

Teringat kembali perkenalan dia dengan lelaki itu.  Lelaki itu memulakan perkenalan mereka melalui satu page Mencari Jodoh di Facebook.  Aku tidaklah serius sangat ketika menyertai page itu kerana aku pernah mempunyai beberapa pengalaman yang tidak baik dengan orang yang aku tidak kenali di luar. Tetapi entah kenapa, perkenalan dia dulu aku sambut dengan mesra.  Mungkin kerana aku rasakan mungkin Allah makbulkan doa yang aku kirim kepada abang aku yang ketika ini sedang berada di Mekah bagi menunaikan rukun haji.  Lagipun aku sedang dalam proses ‘move on’ kata orang putih.

Iya, diawal perkenalan, aku cukup bahagia.  Rajin ke masjid dan baik budi bicaranya buatkan aku jatuh hati dan mungkin juga kerana itu adalah antara ciri-ciri calon pilihanku. Sehari, 2 hari aku bahagia..

Namun, disangkakan bahagia ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin, rupa-rupanya sekadar singgah sebagai ujian Allah.  Semakin lama, seperti ada yang tidak kena.  Aku tidak setenang sebelum ini, tidak setenang ketika aku hidup sendiri menikmati proses ‘move on’ aku.  Entah apa yang mengganggu,

Tidak sampai seminggu, aku mengambil keputusan untuk deactive Facebook dan diamkan diri.  Aku cuba mencari ketenangan yang hilang.  Sebelum aku deactive, 2 3 kali juga aku cuba terangkan mengenai perasaan tidak tenang aku namun aku tewas.  Aku mengalah dengan hujah dan ketegasannya mempertahankan apa yang dirasakan.
Tapi sampai bila??

Panjang Suria termenung mengenangkan keputusan yang baru dia buat. Entah betul-betul terbaik, entahkan tidak bagi dia dan lelaki itu.  Cuba diharapkan itu yang mampu buatkan hati dia kembali tenang semula.

“Semoga Qaseh faham apa yang cuba aku sampaikan.” Doa Suria dalam hati sambil menekan huruf-huruf di telefonnya bagi membalas semula Whatsapp Qaseh yang ditinggalkan tergantung semalam.

Tuesday, August 14, 2018

Aku nak kawen


Cikgu su nak kahwin?
Cikgu su dah ada gewe?

Hahahaha..

Hana dan kakak bergelak besar apabila terdengar perkataan kahwin dari ciksgu chah.. sebenarnya ketika itu cikgu chah tanya aku, “ Apa ucapan yang cikgu su bagi bagi orang yang nak kahwin.”

Nak je aku jawap doa-doakanlah.. huhuhu…




Nasihat kepada Anak