Aku terdiam.
“Kenapa kau tinggalkan lelaki itu tanpa
sebarang penjelasan? Kau deactive akaun Facebook kan? Sampai bila kau nak lari
dari dia?” Bertalu-talu pertanyaan Qaseh kepada aku melalui balasan Whatsapp
semalam. Dah mula nak membebel la tu minah ni, aku mendengus dalam hati sambil
membiarkan Whatsapp itu sekadar ‘bluetick’ buat sementara. Nanti esok-esok hati aku dah ok aku balas la.
Itulah Suria.
Perangai keras kepalanya tidak pernah
berubah.
Setiap kali ada masalah, dia akan hilangkan
diri buat sementara bagi tenangkan hatinya. “Tiada orang yang faham apa yang
aku rasa, apa yang aku alami!”
Qaseh sahabat baik Suria. Mereka sudah lama berkawan dan Qaseh dah
kenal sangat dengan perangai Suria. Entah kenapa sekeras-keras kepala Suria,
Qaseh masih lagi setia bersahabat dengannya.
Pertanyaan
bertalu-talu dari Qaseh buatkan Suria lelah.
Dia membuka tingkap dan termenung nasib sambil memandang keluar. “Betul
cakap Qaseh, sampai bila aku ingin larikan diri dari lelaki itu tanpa sebarang
penjelasan.”
Teringat
kembali perkenalan dia dengan lelaki itu.
Lelaki itu memulakan perkenalan mereka melalui satu page Mencari Jodoh
di Facebook. Aku tidaklah serius sangat
ketika menyertai page itu kerana aku pernah mempunyai beberapa pengalaman yang
tidak baik dengan orang yang aku tidak kenali di luar. Tetapi entah kenapa,
perkenalan dia dulu aku sambut dengan mesra.
Mungkin kerana aku rasakan mungkin Allah makbulkan doa yang aku kirim
kepada abang aku yang ketika ini sedang berada di Mekah bagi menunaikan rukun
haji. Lagipun aku sedang dalam proses
‘move on’ kata orang putih.
Iya,
diawal perkenalan, aku cukup bahagia.
Rajin ke masjid dan baik budi bicaranya buatkan aku jatuh hati dan
mungkin juga kerana itu adalah antara ciri-ciri calon pilihanku. Sehari, 2 hari
aku bahagia..
Namun,
disangkakan bahagia ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin, rupa-rupanya
sekadar singgah sebagai ujian Allah.
Semakin lama, seperti ada yang tidak kena. Aku tidak setenang sebelum ini, tidak
setenang ketika aku hidup sendiri menikmati proses ‘move on’ aku. Entah apa yang mengganggu,
Tidak
sampai seminggu, aku mengambil keputusan untuk deactive Facebook dan diamkan
diri. Aku cuba mencari ketenangan yang
hilang. Sebelum aku deactive, 2 3 kali
juga aku cuba terangkan mengenai perasaan tidak tenang aku namun aku
tewas. Aku mengalah dengan hujah dan
ketegasannya mempertahankan apa yang dirasakan.
Tapi
sampai bila??
Panjang
Suria termenung mengenangkan keputusan yang baru dia buat. Entah betul-betul
terbaik, entahkan tidak bagi dia dan lelaki itu. Cuba diharapkan itu yang mampu buatkan hati
dia kembali tenang semula.
“Semoga
Qaseh faham apa yang cuba aku sampaikan.” Doa Suria dalam hati sambil menekan
huruf-huruf di telefonnya bagi membalas semula Whatsapp Qaseh yang ditinggalkan
tergantung semalam.
No comments:
Post a Comment