Sekadar
perkongsian aktiviti aku menyertai kelas kursus asas permata di Machang,
Kelantan. Teringat kembali perbualan aku
sebelum kelas bermula.
Bos
: Su, awak dah boleh fikir dah untuk ambil sijil KAP.
Su
: Ok kak. (dalam hati, aku agak keliru.
Kelas 3 bulan jumaat sabtu macam mana nak sertai sambil jaga ma ni. Ya
Allah, tunjukkan jalan dan permudahkanlah)
Bos
: Yang kelas hari tu macam mana? (Tanya kak merujuk kepada iklan kelas KAP di
UPSI yang aku pernah tanyakan kepadanya.
Su
: saya dah lupa pasal kelas tu. Hehe
Bos
: haha.
Su
: Biasanya ada buat dekat kota bharu ke kak?
Bos
: nanti akak tolong tanyakan. Su nak pilih Tanah Merah ke Kota Bharu?
Su
: yang mana better kak?
Bos
: Kalau kota bharu tu dah lama buat. Tanah
merah baru lagi tapi terpulanglah pada su.
Bagi kak, semuanya bergantung kepada pengisiannya.
Su
: Oh, kalau macam tu saya prefer Tanah Merah la. Senang nanti kalau terjadi
apa-apa dekat rumah, dekat sikit saya nak balik.
Dan
perbualan berterusan….
Dan
hasilnyaa….
Hasil
usaha Bos aku, kursus itu berjaya diadakan di Machang, kampung aku.
SubhanaAllah,
Allah permudahkan segalanya.
Terima
kasih ya Allah.
Pertama kali buat Rancangan Perlaksanaan Aktiviti (RPA)
Pertama kali buat Rancangan Perlaksanaan Aktiviti (RPA)
Tengoklah, comotnya kertas perbentangan kumpulan kami.
Biasalah, inikan proses belajar.
Positifkan diri.
Dah
lama tak mengadap buku teks dan menulis nota di waktu malam.
Pengalaman
terbaik di waktu awal kelas.
No comments:
Post a Comment