Saturday, September 15, 2018

TERIMA KASIH ALLAH


Alhamdulillah.
Nikmat dari Allah mana lagi yang kamu dustakan.

Terima kasih ya Allah.
Peristiwa tadi betul-betul menyentap hatiku.
Allah memperkenankan doaku 2 hari lepas.
Kun fayakun!
Tiada yang mustahil bagi Allah.
Sekelip mata, Allah beri aku rezeki yang tak disangka-sangka.
Sampai berair mata aku menerima rezeki dari Allah itu.

Selepas solat Isyak hari Rabu lepas, aku teringatkan sesuatu dan aku terus berdoa.
“Ya Allah, dah hampir sebulan dah tapi duit pampasan itu belum masuk ya Allah.  aku tidak mempunyai masa untuk telefon pejabat ya Allah.  Berilah rezeki yang sebaik-baiknya pada aku ya Allah.”

Itu doa aku. Bukan aku taknak telefon pejabat untuk bertanyakan hal itu, namun suasana kerja aku tidak membenarkan aku untuk memegang telefon.  Dan hari khamis keesokan harinya, aku cuba untuk mencuri masa untuk menelefon pejabat tapi keadaan tidak membenarkan aku. 

Aku nak pegang telefon je, tiba-tiba “Cikgu Su buat apa tu?” si kecik menegur apabila melihat aku cuba mendail telefon lantas terus aku letak kembali dalam beg.

Tak lama kemudian, selepas melayan seberapa ketika, aku kembali lagi mencuba peluang kedua.  “Cikgu, apo?” haii si comel dah terbangun dah.  Dengan pelatnya, dia menegur dan menyertai aku di atas karpet.  Sambil melayan si comel, aku berdoa dalam hati, “Ya Allah, bukan aku taknak usaha, tapi aku tidak berpeluang ya Allah.  Bantulah aku!”..

Dan aku teruskan kerja seperti biasa hinggakan terlupa.  Pagi tadi, aku masih lagi terfikir untuk mencari nombor telefon customer service pejabat bagi bertanyakan mengenai hal itu cuma masih belum berkesempatan. 

Dan petang tadi, aku dapat mesej dari Unifi untuk beli data sebab data internet aku dah nak habis. Termenung aku seketika.
Aduhh akaun mana yang ada duit ni? Rasanya semua akaun tinggal beberapa puluh je lagi sehingga akhir bulan ni..
Sambil termenung dan kepala ligat berfikir, jari aku laju untuk menyemak baki akaun melalui internet. Laju aku login dan masukkan password tanpa ada rasa curiga dan berserah bahawa baki hanya tinggal berpuluh saja hari tu.

SubhanaAllah..
Seakan-akan aku tidak percaya.  Jumlah itu memang tidak tersangka.. masyaAllah.. aku menangis melihatkan kuasa Allah.  MasyaAllah…Jumlah itu tidaklah sebanyak mana, tapi masyaAllah, Allah itu Maha Mendengar.  Jika Allah nak bagi rezeki pada seseorang, tiada siapa yang dapat menghalangnya..  MasyaAllah.

Ya Allah…
Allah itu Maha Baik, Maha Penyanyang bagi hambaNya.
Percayalah pada Allah
Percayalah pada kuasa Allah.

Dan aku selesai sahaja solat, tengah belek-belek al-quran terjemahan abe min hadiahkan, Allah bukakan surah Maryam kepada aku.  MasyaAllah, sekali lagi Allah tunjukkan aku bukti kasih sayangnya.. Menangis lagi aku sendiri.



Tiada yang mustahil bagi Allah.
“Semua itu amatlah MUDAH bagiKu!”

No comments:

Post a Comment